Hiking di Bukit Berekeh. Kaki Cramp!!!

Assalamualaikum semua. Bertemu kembali setelah 10 juta tahun tak ketemu. Sebenarnya hari ini terdetik nak menulis blog. kikikiki biasa kalau aku tulis blog mesti ada perkara impak besar lah dalam hidup aku. Apa impak besarnya?? haaa tunggu lahh.. baca dulu sampai habiss..

Ok, Ahad hari tu kami budak-budak biologi ni berniat nak buat hiking. Memang tiap-tiap semester diaorang punya tradisi memang pergi hiking. Aku ni kira macam mengada-ngada lah nak ikut sebab bosan cuti-cuti minggu tak buat apa kat rumah. So aku decide nak join diorang hiking walaupun aku tahu yang aku punya stamina ni tak cukup. So dalam kepala otak aku mesti diorang tinggalkan aku kat bawah sebab hiking slow. hahaha. Tapi oleh kerana perempuan pun ikut, so aku lega sikit sebab mindset aku perempuan slow bila hiking. LAalalalalalala. jangan kecam.

So kami bercadang nak gerak masa tu dalam pukul 3 pagi. Estimate kitaorang dalam 2 jam lebih dari UPSI sampai sana subuh dah boleh hiking. Tapi oleh kerana kami ni melayu. Janji melayu memang dicapati. Hahahaha. kami gerak pukul 4.30 pagi.

Ini dak2 Utara. Nasiblah diorang duduk kereta aku. Takdelah aku mengantuk drive pagi2.


Ok sampai sana lepas solat, sarapan beli apa-apa yang perlu. Maka sampailah kami di Bukit Berekeh Sugai Siput Perak. Sampai sana sebenarnya aku tengok dari bawah takde lah cantik mana bukit tu. Macam kawasan peneroka kelapa sawit aku tengok. Hambar weyy dari bawah. Dan lagi satu kawasan kat sini banyak anjing. Mungkin kawasan orang asli. Tapi jangan risau sangat sebab anjing kat sini tak kejar orang. Macam jinak je. 

 

So kitaorang pon start lah gi hiking. Mula-mula aku punya semangat sampai nak tinggal je budak-budak kat belakang tu. Lambat sangat. Cammon lahh... Hiking je pun. 
last-last tak sampai setengah jam. Aku dah pancit. 
tak guna betul.
aku yang kebelakang sekali..nak merintih kepenatan pon tak boleh sebab diorang laju sangat kat atas. 
So nasib baiklah diorang berhenti kat kawasan view cantik. Serius, mula-mula aku ingat macam hambar je bukit ni. Rupa-rupanya makin naik makin cantik view permandangan dia. 

Ni semua budak-budak perform nih. Kaki apa diorang pakai aku pon tak tahu. 



Selfie sorang-sorang. Hahaha



Sebenarnya, Bukit Berekeh ni ada lima puncak tau. Haaaa jangan terkejut. Masa nak naik mula-mula tu cuma ibarat tangga nak ke bukit tu. Sebab tu kat bawah tengok macam tak cantik. Bila korang naik....fuhhhhhhh berhnti amik gambar je weyyy. View dia subhanallah. Cantik sekali.


Nak scan jodoh dari atas tak nampak2. Hurmmm.



Ini view dari kaki bukit. Belum sampai atas lagi tau. Cabaran yang sebenar belum bermula lagi. Ayuh anak muda..Bangkit terus menawan Bukit Berekeh!! bahahahahaha.

Okey, masa dekat kaki bukit tu, aku dah rasa lain macam dah. Otot kaki aku ni duk gerak-gerak. Macam petanda nak cramp. That why aku banyak berhenti. Disamping perut lapar, aku pon makan jajan yang kawan aku bagi. Hiking sambil makan jajan twistis. Ko rasa?. Perut buat hal  punya pasal. Terpaksa layan kan aje.. 

Makin lama, makin extream pulak bukit ni. Geram pulak aku. Aku tengok kawan aku si Afiq dah macam biawak duk menyiarap naik bukit. Tegok tapak kasut dia dah licin habis. Memang susahlah dia nak naik. Ok guyss. Tips nak hiking make sure sebelum nak naik tu check tapak kasut korang. Kalau nipis macam mana nak hiking.  bahaya giler.. Kalau jatuh ditimpa tangga takpe. Kalau jatuh ditimpa batu tajam atas bukit tu?? Haaaaa fikir lah sendiri. Then akhirnya sampailah puncak. Tapi baru puncak pertama.



Permandangan di puncak pertama. Masa ni rasa bersyukur gila. Permandangan dia sangat cantik.




Yaaa..ini puncak kedua ke ketiga? tak pasti. Tapi time ni ramai dah tak larat nak pergi puncak yang seterusnya. Btw, aku punya posing acah2 Kpop. Hhaahaha.

So masa di puncak kedua hanya aku dan beberapa orang yang lain telah meneruskan untuk kepuncak seterusnya. Sebab aku rasa macam tak puas hati. Nak naik jugak sampai punca akhir. hahaha. Walaupun masa ni kaki memang tak larat lah. Perut pun dah sebaldi aku minum air. Dah macam orang mengandung dah. Hahaha.

So naik punya naik, aku larat sampai puncak ke empat je. Sumpah puncak kelima tu curam namatey. Kaki aku pon dah berdenyut-denyut dah..So aku decide tunggu diorang kat pucak keempat. Masa tu aku dengan sha, ika and yaya je kat situ. Makan sandwich sardin lah. Buat teater tengah atas bukit. Tak paham aku. Hahahaha. 

Saja cover perut. Sebab dah kembong minum sebaldi air.


Indahnya alam ciptaan tuhan. 



Apek mana lah yg senyum nih..



So yang suspennya.. masa time nak turun tu. Lutut aku memang bergetar habis. Macam kekurangan nutrient(padahal dah melantak sandwich atas bukit). So aku turun pastu aku stop. Turun stop turun stop lama-lama..........

ARrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Babi diseru!!!!!!!!!!!!!!!
sakit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
arrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!

kedua-dua kaki aku cramp. CRAMP TERUKS!!!! aku rasa macam dua-dua otot kaki aku berlipat lipat, ditarik tarik. Masa tu memang panas gila matahri. Aku dah rasa macam nak pengsan dah. Ko bayangkan kaki kau cramp rasa macam diseksa weyy. Tak berhenti-henti otot mengeliat. Aku dah macam orang beranak bersalin dahh. Nasib budak2 perempuan kat bawah. So dia tak dapat tengok kesakitan lelaki bersalin macam mana. Kalau tak hilang macho aku. Hahahahaha tapi yang part jerit tu memang aku tak boleh cover. Sampai Fasihah cakap aku jerit macam tarzan. Kuaang asam punya budak. Hahahaha

Tapi aku macam bersyukur giler tau. Member-member aku tolong aku. Papah aku turun kebawah walaupon berat aku macam anak gajah. Aku tahu korang tak larat bawak aku. That why aku suruh berhenti duduk je kat situ. Tunggu kaki aku okey sikit baru turun. Terima kasih banyak-banyak. Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Mangsa anak gajah kaki cramp. 

So lepas kaki aku dah lega sikit, kitaorang semua balik ke masjid untuk solat, mandi, tidur dan sebagainya. Rehatkan badan sekejap kat masjid. Lepastu kitaorang balik UPSI. Tapi masa tu sempat lagi singgah wayang tengok Movie VENOM. huhu syokk weyy. Sampai rumah memang nampak katil je lah..

Ok itu je kot nak cerita. Memang best lah hiking kat sini. Aku nasihatkan nak hiking sini pakailah topi and baju lengan panjang. Panas weyy. Matahari macam kat atas je weyy. Balik-balik tu memang sah2 muka and tangan kau kena sunburn. Dan lagi satu, hiking pagi-pagi pon syok jugak, nampak kabus and matahari sunrise gitu..sejuk pun sejuk... Haaaa apa lagi... jom hiking kat sini..






Comments

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Popular posts from this blog

Sains Komputer Uitm

Tips masuk Upsi (For freshy)

Teh Hijau Dan Aku.