Senyumlahh...


Assalamualaikum..

Hari ini aku nak bincangkan pasal satu tabiat iaitu senyum...


kenapa kita mesti senyum?

bagi pendapat aku...aku mudah tertarik kepada orang yang mempunyai senyuman yang manis..Kalau tengok tengok tu kan, rasa sejukkk jerk hati nih..Tak kesahlah lelaki atau perempuan.Kalau dianugerahkan dapat senyuman manis tu, senyumlahh selalu.
Janganlah sombong...kalau kita senyum kat orang, kita senyumlah balik walaupun sekadar senyum-senyum kambing..asalkan kita hormat menghormati dengan masyarakat.

Kenapa Senyum itu satu sedekah?

Okey, ini adalah prinsip yang selalu aku pegang, "Perangai kita adalah Virus".  Bila kita positif, semua orang sekeliling kita positif...Kalau kita negatif, semua disekeliling kita akan negatif..
Contohlahkan, kalau dalam satu kumpulan tu kan, tiba-tiba ada seorang marah sambil tengking-tengking.Macam mana perasaan orang disekeliling tu, sedih atau suka?....

Jadi, bila kita senyum kat orang....mestilah orang lain rasa gembira...

Tapi ingat, senyum ada batasnya, ikut keadaan....

Jadi..Senyumlah selalu.....




Comments

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Popular posts from this blog

Sains Komputer Uitm

Tips masuk Upsi (For freshy)

Teh Hijau Dan Aku.