Tuesday, August 1, 2017

Tips masuk Upsi (For freshy)


Assalamualaikum...

Hello guyss..
bertemu lagi dalam blog ni setelah lama tak update. hahaha

Before that, jangan lupa klik banner2 iklan yang ada kat atas tepi bawah blog ni (mintak simpati haha) okeyy? 

Sebelum tu nak cakap..tips yang ada dalam blog ini adalah sesuai untuk new student diploma and degree's UPSI.

TANIAH!!!!
Kerana anda sudah menjadi warga UPSI. You should proud by yourself beb. Serius aku jamin korang suka bila belajar kat sini. As a senior (kononlahh haha) yang dah lebih kurang 3 tahun kat sini and i have been since i diploma and degree here. HOHO btw english aku teramatlah rojak betis.

Ok ini tipstips nya or takdelah macam tips, tapi more like i share experience... enjoyyyy baca...!!


1.Orentasi pelajar.

Nanti mungkin sebelum korang jadi student dan memulakan aktiviti pergi kuliah, kelas dan sebagainya, korang akan diorentasikan oleh pihak upsi. Benda ni lepas korang daftar kolej. Ya dippangil minggu suai kenal. Student yang akan arrange korang nanti ialah senior yang dipanggil abang akak RSK (rakan suai kenal). Untuk minggu suai kenal ni korang diwajibkan bawak baju formal untuk last day program ni.

lelaki muslim: Baju melayu lengkap warna hitam. Songkok hitam. Samping hitam yang ada gold line tu.

lelaki non muslim: kemeja putih, tali leher, seluar slack hitam.

Perempuan: Baju kurung putih, kain hitam. For muslim pakai tudung putih jugak.

Sebenarnya syarat2 pemakaian ni dah ditulis kat surat masa daftar. Just in case korang terlepas pandang. Sebab nanti kalau korang xde benda ni semua nanti korang kena bayar untuk beli baju. Kan membazir namanya.

Minggu orentasi ni was like very good for me. Some might be boring. And some might be interesting. Depends pada masing2 lah. Kalau korang tertidur, RSK akan tangkap gambar korang. HAHAHA. 

Aku nasihatkan kau, sepanjang Minggu ni korang akan penat. Panat itu ini buat macam2, tapiiiiiiiiii nanti korang akan asyik2 makan je nanti. Serius tak tipu. Sikit2 makan. Tapi for me korang akan rasa lapar jugak sepanjang masa sebab duduk dengar ceramah and aktiviti dari pagi sampai malam bagai memanglah lapar. Hahaha

Okey jangan lupa ya, selfie banyak2. Sebab one day bila korang last semester korang boleh buat perbandingan dari sem 1 sampai sem last. Sumpah noob giler muka masing-masing time orentasi compare dgn muka last sem. 

Sebenarnya nak cerita banyak pasal minggu orentasi ni tapi takut nanti tak supriseeeeee je nanti. So itu jelah aku cerita ya. hahaha yang penting korang enjoy. 

Ini Dewan besar. Sumpah air cond sejuk gilerr dalam ni. Inilah tempat korang orentasi nanti.


Okey, sebelum terlupa, lepas minggu orentasi bersama RSK ni, korang akan ada lagi satu orentasi Kolej. HAHAHA!! ko ingat boleh habis cepat. No No No. hadaplah budak2 baru oiii. Lagipun Upsi buat ni ada kebaikkan nya. chill lah.

bosan nya lahaii citer pasal orentasi ni... hahaha. Tapi tu lah budak2 baru nak masuk U ni nak tahu. Hahaha sangat rajin aku menaipnya demi korang.. ok next!

2. Kolej

Haaaa korang dapat kolej apa? KHAR? KUO? KZ? Taman Bahtera? KAB? 
tak kisah lah dapat kolej mana pon. Yang penting aku dah pernah duduk KHAR and KUO. Dua2 best. Kolej dia ala-ala legoland. warna warni. Makanan2 kat cafe dia memang menggemok kan aku. Hahaha. Biasalah jadi student memang lapar aje..

Image result for universiti pendidikan sultan idris
Okey, ini gambar kolej KHAR/KUO. Ala-ala legoland gituu..


Okey, benda2 yg korang perlu bawak ialah, barang2 mandi bagai alat kelengkapan tu korang tahulah kan. Cumanya korang kena bawak bantal sendiri, alas katil, selimut, baldi, penyakut baju, water heater, iron baju, maggie (haha). Alaaa benda2 macam pandai-pandailah korang.

Jangan lupa bawak Payung. Better bawak payung yang boleh lipat tu. Sebab berdasarkan pengalaman aku, Cuaca kat upsi ni tak menentu. Hujan dan Tanjung Malim tak boleh dipisahkan.

3. Kelas.

UPSI terbahagi kepada dua kampus. Kampus lama dan kampus baru. kampus lama dipanggil kampus sultan abdul jalil (KSAJ) dan kampus baru dipanggil Kampus sultan azlan shah (KSAS)

kampus lama yang yang kat pekan tenjung malim tu dan kampus baru kat proton city. kalau nampak bangunan warna warni tu, haaaa itu lah kampus baru. Dan nanti korang akan pergi kelas mungkin kat kampus lama or kampus baru. Dan jangan risau, Upsi ada bas kesayangan student iaitu bas kiffah yang boleh bawak korang.



And bila ada orang cakap, "KELAS KAU KAT PT"
PT means pintu timur tau, bukan ptptn. Hahaha, takut korang konfius.. PT kat Kampus lama.

Okey pasal jadual pulak.

B01-3-BK02
maksudnya..

Blok 1, tingkat 3, bilik kuliah 2
paham? hoho

Okey cukup the story that you should imagine bila kat sana for new student macam korang.

Then ini adalah tips-tips masuk upsi dari senior. Aku copy paste dari twitter #tipsmasukupsi


Yang tak ada wifi sendiri tu, janganlah hantar assignment online last minute. Nanti kau jugak yg susah bila wifi UPSI meragam

Replying to 
jangan gunakan kuota 3 kali xhdir ke kelas tu awal2 sem, nnti mnyesal. gunakan sebaik mungkin n pastikn guna l huuhuhu

untuk pengetahuan hadik2 hakak2 dan habang2 degree yg baru daftar hari ni, extension wire diharamkan ye kt sini 😉

Kpd sape2 yg dpt upsi tu,rajin2 la gi kolam renang. Exercise sikit,jgn nk date dgn katil je keje 😂. Tpi abg uni lain tau 😂

the one that sits beside you on your first sem will probably not the same person that will sit next to you in the last sem

Ohhh last! Jangan lupa bawak payung kemana sahaja anda pergi. kelas semua jauh and Tg. Malim ni cuaca macam gila sikit 😌

Masuk la uniform.Ada PALAPES,SUKSIS,SISPA.hakak join SISPA hehe 'seronok' sangat jangan la takut.dapat duk kolej and elaun

Jangan lupa hafal lagu fakulti bagi fakulti sains sukan dan kejurulatihan

Universiti Pertemuan Suami Isteri (UPSI) Kau akan slalu dgr word ni. Heyy sudah, jgn kau berangan jumpa bakal jodoh plak.


Okey, aku pon ada tips jugak haha...


1. Upsi is the best place untuk korang nak jogging petang-petang.

2. Upsi ada kolam renang yang free untuk student guna. Kolam dia sumpah dalam. Make sure pandai berenang and bawaklah Google mata tu.

3. Pusat sukan di upsi nama dia ARENA. Baru siap. Bapakk lawooO.. Korang boleh main badminton, hoki, bola, ping pong and macam-macam lagi. Berkayak pon adaaaa.. Jangan ingat UPSI ni sengkek. Lucky for those yg amik kos sains sukan.

4. Jangan lupa bawak payung, better bawak payung boleh lipat tu, Sebab Hujan dan UPSI tak kira musim. Sesuka hati dia hujan. Hahaha, jangan jadik macam aku, pasrah jeeee bila redah hujan. Habis balik rumah basah lencun.

5. Nak diet? HAHAHAHAHAHAHA! kirim salam diet. Makanan kat cafe boleh tahan sedap and murah. 

6. Jangan carik group assigment dengan pasangan yang bercinta. 

7. Transport?? Tak perlu risau, upsi ada bas kiffah yang bawak korang dari kampus baru ke kampus lama. And kat upsi banyak lah prebet-prebet. Taxi ada jugak tapi mahal teruks.

8. The best place untuk tido....dalam library.

9. Kadang-kadang wifi kolej boleh tahan annoying jugak. So sabae jelahh..

10. Selalu-selalu lah join teater, konsert or okestra or program-program yang budak kos  dari fakulti Muzik and persembahan ni buat show. Gempak giler... 

11. Kalau nampak abang hensem nama dia Shazrizal, tegur2 lah dia.. dia pemalu orangnya..huhuhu

Korang jugak boleh baca post aku time diploma dulu. . Yang degree tak letak sebab sekarang baru sem 2. 
klik kat bawah ni:



For those yang nak tahu sekarang ni aku amik kos apa..., kalau time zaman diploma dulu, aku amik diploma sains. Sekarang degree amik kos sarjana muda pendidikan (Biologi ). Sayy hi to junior!! 

p/s: Rasanya itu je kot nak cakap, tapi kalau ada apa2 aku akan tambah lagi dari masa ke semasa. Apa-apa sebarang pertanyaan boleh komen dibawah. Goodluck gaisss












No comments:

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...