Sunday, May 28, 2017

Kisah Student Biology semester 1 (Part 1)

Assalamualaikum..

haii korang, hari ni aku nak ceritalah sikit tentang sedikit sebanyak cerita dan pengalaman aku sepanjang semester satu ambil ISMP Biology kat UPSI ni. Mesti ramai yang diluar sana duk cari artikel pasal kehidupan student biology macam mana kan? haaa ni abang blogger nak citer. Untung sekarang tengah study week, ada lah masa sikit2 nak bercerita ni.

Sebenarnya malas lah aku nak cerita dari a sampai z and confirm-confirmlah korang akan mengantuk nanti. So aku just cerita apa yang aku ingat jelah eh. Ok


Baiklah, macam biasa mula-mula aku agak awkward dengan situasi dalam kelas sebab lelaki aku hanya kenal sorang. Itupun dia sama-sama diploma. Dan daripada 36 orang dalam kelas tu, 6 orang sahaja lelaki. Segan jugalah aku bila nak expose kan diri aku ni kan. Sakaiii sangat. HAHAHA tapi lama-lama okey je dengan diorang.


Dan semenjak jadi student biology ni, tahap kemahiran lukisan kami telah diasah supaya menjadi artistik gitu. HAHAHA tapi lukisan atas bukan lukisan aku. Lukisan si Shastella... Lab group kitaorang.



Memperkenalkan group untuk Lab Biodiversity Plantae, dari kiri Sha, Aishah, and Yuni.

Dan memang microscope dan kami memang tidak boleh dipisahkan. ..



Dan jangan terkejut kalau lab kami ada buah-buahan Tropika dan bunga-bunga. Sebab buah2 ni semua bukan untuk dimakan, tapi untuk dikaji.hehe

Dan biasanya lecture-lecture kitaorang terdiri daripada golongan pakar pakar paling top kat malaysia ni. Diorang sangat popularlah dikalangan penyelidik kat seluruh malaysia ni. So sangat beruntung kalau masuk dalam kelas diorang ni.

Kisah tragedi mental bermula selepas kami balik dari fieldtrip ke Cameron Highland...

sebelum tu..tgok gambar kami pergi cameron dulu..

Masa ni kitaorang nak cari sample lumut kat sekitar bukit ladang teh ni..

Lelaki Biology terakhir....hahaha 


 Kami bermalam dan berprogram di SK MENSON...tempat pelajar-pelajar orang Asli. Kami sebagai bakal guru jadikan program ini sebagai satu platform untuk jadi guru kelak. Gituu


Rindulah budak-budak ni. Diorang semua peramah sangat..





Masa ni kat Mardi...Kitaorang kena observe setiap morpholofy fizikal bunga-bunga kat sana. Bayangkan kalau ada berpuluh-puluh jenis bunga and pokok kitaorang nak kena observe satu-satu. Hestag #BiologistLife


Then selepas balik je dari fieldtrip ni, kitaorang sembreak seminggu. Serius time ni paling heaven untuk budak2 biologi. Kalau boleh nak cakap kat semua orang yang beruntungnya amik biology ni!! yelaa dapat jalan-jalan. Ambil sample sini dan sana. Cuma nak cakap yang kos yang kitaorang ambil ni bukan sekadar di kuliah danlab semata-mata. Tapi di luar dan tempat2 yang menarik dan adventure. gituuuu.. hahahaha.. Tapi itu hanyalah sementara..

Setelah habisnya sembreak, Kami telah didedahkan oleh lab assistance tentang mini projek yang akan kami buat untuk semester ni. Masa tu aku kat kampung. Lab assistance iaitu En Atul duk buat group pasal mini projek kat whatsapp. Bertalu-talu notification keluar. Rasa tak tenang terus. Semuanya pasal mini projek kitaorang yang nak kene buat nanti......Mini projek kami ni lah yang akan buat kami tak tidur malam, menangis, stress, mental, tak terurus, kemalangan dan sebagainya...  Bukan satu tau mini projek untuk sem ni,,, Tapi tiga!!!!!... Haaaa nak tahu projek apa?

tungguuuuuu part 2 nanti..

Bersambung...






No comments:

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...