Tuesday, February 21, 2017

Teh Hijau Dan Aku.


Assalamualaikum semua,

Hari ni aku nak cerita satu topik pasal teh hijau atau
orang selalu duk kata minum green tea lah.

Sebenarnya, aku dari zaman sekolah menengah lagi aku nak diet. Maklumlah kalau berat badan BMI sampai dah Overweight siapa tak risau kan. Kesihatan pon kena jaga. Tapi...

tapi.... tulah, kalau dah aku ni  jenis manusia pantang bau sedap. Memang cepat je aku terkam. Lepastu perut ni asyik lapar je. Mau nyer tak gemok. Hahahaha

Okey, back to the topic.

Sebenarnya, aku dah lama dah mengamalkan minum teh hijau ni dari bulan 7 tahun lepas. Sebab masa tu aku ada ternampak lah abang aku ada beli ubat bakar lemak. Alaaaa yang orang gym selalu makan tu untuk weight loss tu. Aku manalah percaya pasal ubat2 kurus ni. Tapi masa tu aku saja lah try tengok ingredient maklumat kat pelekat ubat tu kan. Satu perkataan pon aku tak faham kecuali ada satu bahan tu iaitu "extract green tea" . 

So aku pon apa lagi, kira wow lahh sebab hampir semua product kurus yang aku tengok bahan dia ada extract green tea. Sedangkan product Herbalife pon ada extract green tea.

So aku pon apa lagi...mula lah mengamalkan minum green tea sehari 2 kali. Pagi and malam.


Dekat tempat aku nak cari yang pure green tea susah. Macam2 kedai aku cari, last2 kat pasaraya Econsave ada jual. Murah lah jugak RM9 lebih ada 50 teabag.


Apa perasaan anda bila minum green tea?

Sumpah!! pahit nak mampos! rasa nak termuntah pon ada masa first2 minum. Nak turunkan berat badan punya pasal terpaksa gigihkan minum. Lama-lama aku amalkan green tea ni hari-hari so lidah aku dah kebal. And ofkos lah aku minum tak letak gula. Sia-sia lah minum letak gula.

Result?

Alhamdulillah, sekarang ni BMI dah Normal. Asal timbang berat badan je rasa bahagia giler. Bukan nak bajet bagus. Tapi adalah dalam 5-10 kilo turun naik gitu. Sebab aku makan pon jenis orang yang makan banyak kan. Then kalau ada masa free aku selalu jogging.

Serius lah aku cakap, walaupon aku makan banyak, berat aku tak naik2 dari aku first minum green tea ni. tapi kadang-kadang adalah naik sikit. Musim keje khawin kan. Makan tak sedar diri. hohoho






Betapa gigihnya aku menjadi model tak berbayar ni. Muka pon sakai habiss nih...hahaha




So sekarang dekat Upsi minuman ni lah yang aku minum hari-hari. kalau tak minum tu rasa macam berdosa pon ada jugak. HAhahaha. Siap beli teko kecik comel lagi. Tapi nasib baiklah kedai runcit berdekatan ada jual Teh Boh ni. 

Okey, lastly, untuk pengetahuan korang, selain daripada boleh kuruskan badan secara sihat, minum green tea ni jugak boleh hilangkan stress dan kurangkan darah tinggi. Boleh dikatakan minuman green tea ni macam KING OF DETOX! sebab boleh lajukan metabolism korang kan. Lagi satu aku nak ingatkan, kalau minum green tea jangan letak GULA!


So korang apa lagi, amalkan lah minum green tea ni. Kalau yang mana berat badan macam anak ikan paus tu cuba-cubalah amalkan tips minum ni. Yang tengah stress tu pon boleh relax minum teh hijau panas-panas. Hehe. selamat mencuba. BYE!




2 comments:

  1. Minum pg before or after breakfast? Malam pulak masa bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah, sebelum semasa atau selepas pon boley. Malam tu dlm lepas isyak. Or lepas dinner.

      Delete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...