Tuesday, November 22, 2016

Saya sudah Konvo kali ke 2 !!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur syukur syukur tak terhingga kehadrat ilahi. Aku sudah konvo. Aku sudah habiskan pembelajaran aku di UPSI dalam Diploma sains.




Actually tujuan aku nak tulis blog ni bukan nak show off. Bukan nak menunjok2 yang aku ni dah konvo lah. Apa lah. Aku cuma nak share something dengan korang. Something apa yg aku pendam dan rasa. Yelahh, mungkin tak semua aku luahkan. Tapi sedikit sebanyak penulisan aku kali ni dapat memberi inspirasi kepada pembaca. Wahhh gitewww.. Hahaha sbelum tgok gmbar2 konvo dulu yer..








Pre- konvo giteww. Haha

Ok lah.



Muka dah lama tak gelak dgn member. Yelahh, lepas praktikal hari tu, masing2 aku dah x jumpa dah. Duduk jauh2 kan. Hahaha.

Sesetengah orang ada merasakan yang konvo ni adalah perkara yg sangat kecil. Satu perkara yang org cakap "elehhh, konvo je pun, bukan confirm dapat keje pon, last2 kena banyar hutang ptptn jugakkk"

Coiiii!! Meh sini aku gunting bibir orang yg cakap mcm ni. Ko takkan rasa apa yang kami semua rasa. Apa yang aku rasa. Aku bila konvo diploma ni aku rasa nak menangis tau tak.

Bukan apa, mungkin sesetengah orang merasakan yg konvo ni bende yg biasa2. Benda yang lepas grad ko merasakan tanggujawab kau semakin besar, ptptn nak kene bayar lah. Apa lahh. Itu kisah kau.

Lain pulak kisah aku.
Mendapat segulung diploma ni pun aku rasakan cabaran yg aku tak sangka orang macam aku ni boleh survive. Alhamdulillah Allah kuat kan semangat aku. Ya, aku memang org yang lemah. Jujur aku cakap aku sedar aku ni memang lemah dalam segala hal. Sebab tu aku cuba buat mcm2. Buat segala benda baru yg aku belom pernah buat. Aku masih tercari2 kekuatan yg ada kat diri aku ni. aku sendiri pun tak nampak.

Aku cuba jadi org lain tapi tak boleh. Aku cuba pura2 yang aku ni hebat. Ego tinggi. Tapi mcm yg aku cakap. Aku memang manusia lemah. Org caci sikit aku akan rasa down sangat2. Walaupun di luar aku nampak biasa2. Setiap hari aku fikir mcm mana nk jadi seperti org lain yg pandai, yg tahu nak survive.

Aku selalu jugak terlalu takut dan trauma dengan masa lepas. Yelahh, kisah uitm aku dulu. Hurmm malas lah nk citer. Aku terlalu takut benda yg lama kembali berulang. Bak kata tajuk lagu tomok. "Sejarahhh mungkin berulanggg~~ walau engkau bla bla bla"

Lama kelamaan, aku sedar, tuhan dah letak dalam diri aku satu kekuatan. Satu kekuatan yg dibentuk didalam hati dengan bantuan masa dan pengalaman. Ya aku dah mula sedar kenapa selama ni aku boleh survive.

Allah bgi aku kesabaran yg tinggi. Subhanallah. Aku brhnti uitm aku sabar, aku sambung belajar kemahiran kulinari di bandar JB mcm rusa masok kampung aku pun sabar, masuk upsi tapi kene ulang balik upsi-JB sebab exam kulinari, praktikal di Kepong. Motor hilang time praktikal. Dan macam2 lagi dugaan yang aku sorang2 kene tempuh. Aku diam je. Memang aku redha. Tapi sebelum aku redha aku kena sabar dulu. Muhasabah diri.

Memang sepanjang aku lepas dari spm ni, aku byk merantau. jumpa bermacam2 orang. Juvana? Sosial? Pergaulan bebas? Pondan? Bapok? Gangster? Lurus lembab? OKU? Dadah? Ganja? Genius, pandai? Gemok? Kurus? Sado? Semuaaa aku dah nampak dan pernah brkawan sendiri. Cuma aku ada iman untuk aku bataskan dengan siapa aku nak brkawan.

Sebab tu aku cakap, jangan lah kita duk kutuk orang konvo ni. Kami dah menghadap berliku liku cabaran untuk habiskan pelajaran kami. Insha'Allah suatu hari nanti kami akan berjaya dan bantu masyarakat.

Tuhan ada..
Doa banyak2...
Allah maha besar..

Terima kasih kat orang sekeliling aku. Terima kasih Abah Mak, family, kawan kawan semua yang bagi aku support dan semangat. Terima kasih..

1 comment:

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...