Sunday, August 21, 2016

3 Tips Untuk Kurus

Assalamualaikum semua...

Kita bertemu lagi dalam rancangan sihat qu sihat bersama pengacara anda Dr. Shazrizal Shahmy!!!!!!

yo yo yo yo...hahaha adeiii belum apa-apa dah tulis tips untuk kurus kau, Yelaaa sebelum ni tiba-tiba senyap je blog ni alih-alih update citer pasal diet plak nk kurus bagai...hahaha

Sebelum memulakan bicara...anda tengok gambar ni.

Gambar Kiri: 84 Kg
Gambar Kanan: 81 Kg

Okey, gambar diatas adalah 2 minggu mengamalkan diet yang sihat cara aku. Nampak beza tak? nampak tak? hahaha tak nampak sudah nama ko bedah.
yelahh xdelah susut sangat badan tu, sebab baru 2 minggu kan. So bayangkan kalau aku disiplinkan diet aku ni dalam 3 bulan. Rasanya diet aku berjaya. Insha'Allah.
So aku bagi 3 tips untuk kurus mengikut diet cara aku.



Ini gambar pagi tadi. Konon nak jogging. Tiba-tiba hujan pulak. Pada masa yang sama kempunan bubur ayam McD. So singgah lah breakfast kat McD with yobo yobo. haha


3 Tips.

1. Green Tea

So untuk makluman aku malas nak tulis kelebihan yang ada pada green tea ni. Korang boleh google sendiri. Cuma aku nak cakap yang green tea sangat pahit pada first time aku minum. tapi lama kelamaan aku dah biasa. heheehe. Best jugak lah amalkan green tea ni. Selain dia ada antitoxin dia jugak boleh tingkatkan metabolism dalam badan kita. Aku amalkan setiap pagi selepas breakfast dan minum malam selepas makan.

2. Jangan Skip breakfast, lunch, dan dinner 5 hour before sleep.

Aku kurangkan makan nasi dalam kuantiti yang banyak. Aku elakkan minum gula. Elakkan kuah yang banyak dalam makanan. So jgn skip makan tiga masa ni. Kalau tak nanti laparrrrrrrrrrr memanjang. hahaha

3. Active. (Jogging, kerja, exercise)

Oleh kerana aku kerja setiapa isnin sampai jumaat, so aku decide untuk jogging sabtu ahad pagi. 


Aku selalu jogging kat Tanjung Ketapang Muar setiap pagi sabtu and ahad. Dekat situ memang port baik untuk jogging. Serius gua tak tipu memang cantik tempat kat situ.


Okey, itu jelahh untuk post hari ni, so harap2 bermanfaat untuk korang semua. Apa-apa boleh komen kat bawah. Kalau titew rajin titew balas. hehe.. Byeeee...

No comments:

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...