Monday, March 14, 2016

Menjaga Orang Tua Bukanlah Mudah.



Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita pasal atuk aku. Sebab hari ni adalah hari dalam sejarah. HahAha.
Cerita dia macam ni. Biasalah atuk aku tu dah tua. Umur pun dah lebih 90 tahun. Perangai tu lain macam sikit. Telinga tak berapa nak dengar. Ingatan pun dah lupa. Nyanyuk. Kalau dulu atuk aku sihat memang suka orang dekat dengan dia. Sampai cucu berebut rebut suruh datang rumah. Tapi atuk aku sekarang dah lain. Biasa orang tua ni perangai sangat sakit jiwa dibuatnya,hehe. Bukan nak mengutuk. Tapi kenyataan. 

Sumber; Pak cik Google Image

Kepada siapa-siapa yang pernah menjaga orang tua pasti menyokong aku. Tapi kita sebagai orang muda kena bersabar tahap kuasa 10 kali ganda. Kita kena hormat orang tua. Kita kena jaga dia dengan penuh kesabaran dan lemah lembut. Orang tua ni cepat kecik hati. Dia ibarat seperti sudah jadi zaman kanak-kanak. Cakap pun ikut sedap mulut. 
Bagi aku, kalau nampak surat khabar Tajuk depan  anak halau mak bapak yang dah tua tu janganlah cepat labelkan dia sebagai anak derhaka. Korang tak merasa. Korang tak berada kat tempat dia. Korang sepatutnya bagi sokongan dan dorongan serta motivasi kat anak tu supaya bersabar jaga mak bapak diorang yang sudah tua. Bukan melabel anak derhaka lah, anak tak kenang budi lah.. Kesian dia tau tak. Memang orang cakap yang ibu boleh jaga 10 orang anak. Tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang Ibu. Ya. memang betul pepatah tu. Tapi kalau anak perangai mcm orang tua, belum tentu ibu dapat jaga 10 orang anak. Orang tua ni lain penjagaannya. Ia melibatkan semua orang termasuk jiran tetangga.

Sumber: Pak Cik Google

Macam tadi aku tengah tengok tv dan Nenek aku tertidur dekat kerusi sebelah aku. Then dalam asar gitu dia terbangun. Bangun mamai macam tu. Lepastu dia pergi ke depan rumah. Aku ingat dia nak pergi bilik tidur dia. So aku tengok jelah tv.
Selang beberapa minit macam tu, ada sedara aku datang rumah bagi salam. Dia cakap nenek aku jalan-jalan keluar kat tepi jalan. Terkejut beruk aku dengar. Aku pun apa lagi, ikut sedara aku tu naik kereta ambil dia. Nasib baik takde apa-apa. Lepasni dah kena kunci pintu rumah selalu. Sabar-sabar. Bila aku tanya nenek aku tu nak pergi mana? dia jawab dia nak balik rumah dia. Padahal dia sekarang tengah duduk rumah dia. Astagfirullahalazimm..

Tadi pulak, nenek aku nak buat air teh. Tapi dia buat guna serbuk kunyit dengan garam. nasib baik bapak aku nampak. kalau tak dah habis dia minum air kunyit tu. 

P/S:Apa pun yang terjadi, kita mesti bersabar sesabar sabarnya bila menjaga orang tua. Berdoa pada tuhan agar memberi kesabaran dan kesihatan untuk menjaga orang tua. Semoga kita dapat pahala keatas perbuatan baik kita. Insha'Allah. 


2 comments:

  1. Bersabarlah Ijal..,
    Ujian tu.,
    Berasabarlah..,
    (Tu jrk yg mampu aq ckap)..
    Hee...

    ReplyDelete
  2. Ye ke jal.napa aku x tahu cerita ni.hahaha

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...