Monday, November 9, 2015

Fynn Jamal dan Puisi Tepi Jalan

Assalamualaikum... Wazzup..wazzup...
hahaha..
Lama aku tak menyentuh blog kan.
Ada jugak orang kata yang aku ni dah berhenti tulis blog ke??
NO! NO! NO!
I'm still writing ok. Cuma Busy sikit. hohoho



Okeyy berbalik pada tajuk di atas...acehhh macam surat rasmi pulakkan. Mentang-mentang hari ni studenst SPM exam Bahasa Melayu..haha

Siapa kat sini minat Puisi Sila senyum comel!!!

krik...krik..krik...krik.. masing-masing muka masam macam pekasam tu apa cerr.. Tak minat le tuu.. hehe.
Kalau korang Tanya aku, aku akan jawab. "OFKOSSSSSSSSSSSSSSSSSS" hehe



sebab puisi ni aku dah bermadah sejak aku form 4 lagi. Sebab dulu aku ngorat aweks ni dengan puisi. Tapi dia tak tahulah yang aku ni asyik menulis pasal dia. Tapi last2 ia tahu jugakkk..dan dia kata.. sweetnyerrr... hahaha. Heishhhh bencilah citer kisah lama... merah muka ni haaa.

Lepastu lama kelamaan, aku menulis puisi tu dah macam hobi. Bila aku sedih, aku gembira, bila aku nak cakap tapi tak tercakap, aku akan menulis dalam bentuk puisi. Hanya yang terfaham aku faham. Hanya yang rasa akan merasa. Tu je aku nak cakap. Puisi aku sangat common. Tak begitu spesifik. Tapi hanya bermadah merdu halwa telinga jee..

sampai sekarang aku still menulis. Ada masa aku menulis. Buku lama aku yang penuh puisi aku terhilangkan. Baguslah hilang.. sebab semua puisi aku merakam semua kenangan aku. Aku kekadang tak suka kisah silam dibawa memori sekarang. Sedih weyy....sedihhh...sebak.



Sampailah tetiba ada seoang akak ni. Dia ni penulis puisi yang terkenal dengan lagunya "Arjuna Beta". Sentap lagu tu. Apatah lagi untuk para-para ibu.

dan bila aku stalk semua kisah pasal fynn jamal ni dengan lagu dan puisinya. Aku tertarik. Aku suka. Ibarat satu inspirasi. Dari situ aku mula meminati rasa pedas dan manis isi-isi lagu fynn jamal sampailah sekarang. Aku bukan taksub. Tapi suka. Suka dan taksub bukan perkara yang sama. Ada kawan aku cakap, cukup-cukuplah buat puisi n dengar lagu fynn ni sumer... xde faedah kott... So what? ko minat mseti berulang. samalah mcm aku. Aku minat apa yang aku suka. That All. hehe

Apa pun semoga Kak Fynn Jamal dapat menghasilkan karya-karya yang bermanfaat untuk semua orang. Aku tahu.. suatu hari nanti aku mungkin sudah bosan dengan karya fynn jamal. Sebab aku manusia. Manusia tak selamanya suka dan cepat bosan. Tapi aku tetap sokong dia. Macam asam pedas mak aku. Bila aku duduk lamaaaa kat UPSI, sampai termimpi-mimpi masakan mak aku. Bila balik rumah, hari-hari mak aku masak asam pedas sampai aku jemu. Tak kisahlah fitrah manusia macam mana. Tapilah itulah warna-warni kehidupan kita sebagai manusia.

Sebagai Hamba Allah, kita patut taat dan tawakal kepadanya... :) terima kasih semua...


P/S: Siapa perasan yang penulisan aku kali ni lain daripada yg biasa?? hehe







2 comments:

  1. Meh singgah http://misseidakun.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Hahaa.., Tak pernah tunjuk pun puisi kau..
    Mehla share sikit. Hehe

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...