Monday, November 30, 2015

Diet Memerlukan Kesabaran Yang Tinggi


Assalamualaikum..

Apa khabar semua...wazzup--wazzup..

Hari ini aku rasa macam banyak dugaan lah. Kononnya hari ni nak diet tak nak makan. Memang dari malam tadi aku berazam dengan penuh semangat agar hari ni aku tak nak sentuh makanan dahh. Just in case makan waktu maghrib tu bolehlahh. Sebab apa aku nak diet ni.?? Sebab berat badan aku dah bertambah lahh!!! Arghhttttt!!!! ko banyangkan last time aku timbang berat aku dah 75kg. Itu berat badan anak gajah tu, Then paling latest aku try timbang....WHAT!!!! 85kg!! itu moyang GAJAH weyy!! aduss. aduss. aduss... Sadisnya aku ni. So apa lagi, hari ni dietlah.




So cerita dia macam ni, pagi aku ada kelas fizik. So After kelas fizik tu ada gap 1 jam. So aku tunggulah kat kelas tu untuk next subjek punya kelas. Begitu jugak dengan member2 aku semua tunggu dalam kelas tu. So yang paling sadisnya kat kelas tu tadi ialah apabila diorang semua keluar secara drastik dan tiba2. Aku pun malas lah nak ambil kisah maybe diorang jalan2 keluarkan sebab nak tunggu next kelas satu jam punya lah lama kan. So aku main jelahh henpon. Woot! Woot! tiba2 diorang datang. Minah-minah ni semua datang dengan tangannya ada bungkusan roti Sosej dan Nugget yang bau dia memang menguji nafsu aku. Brengset tul. Sabar jelahh aku dengan bau makanan tu. Bau sedap pulak tu. Dalam kepala otak  aku memang nak pergi beli makanan tu.. Memang dugaan giler lah aku tetapkan diri aku supaya jangan makan kan. Budak depan aku relax je makan nugget. Pehhh Gua lek wa peace je...haha... So aku decide buat macam ni. "tutup mata, bau makanan tu senikmat-nikmatnya dan bayangkan dalam mulut ko tengah makan" kunyahlah ko sampai menangis. Sadis bukan. hahaha

                 

Itu kisah di kelas...ini kisah dibilik pulak. Aku punya lah lapar sampai perut berbunyi lagu najwa latiff "kosog---kosong--kosong..". So aku decide untuk tidur. Ya, tidur adalah salah satu cara yang baik untuk tahan lapar. So aku baringlah dengan syoknya. Masa tu pulak hujan. Memang sedap rr tidur. Tapi Perut tak payah cakap lah kan. TIBA-TIBA datang pulak si roomate ni. Lepastu bukak citer kartun apa ntah bising-bising. Tak kisahlah sbb aku dah biasa tidur dalam keadaan bising ni. Yang sadisnya dia boleh pulak makan sambil tengok kartun dalam bilik tu. Bau dia memang mengancam perut beb. Ntah apa ntah dia makan. Malas lah nak tanya sebab aku tgh diet kan. Roomate pulak jenis makan slowmotion. Bukan main lama ko makan sampai aku terseksa dengan bau makanan tu... sadis beb sadis beb...Tapi Alhamdulillah... tidur jugak akhirnya..

eh, citer aku belum habis lagi...
itu baru roomate....ini twitter pulak!
Apa kena mengena dengan twitter dan diet aku ni?
Macam ni cerita dia..
Selepas aku bangun tidur, macam biasalah benda pertama yang aku capai ialah henpon aku. So aku bukak whatsapp yang penuh dengan group. Dah lah ada 7 subjek. 7 Subjek ada 7 group Whatsapp. Lepastu dalam 7 subjek tu ada group assigment. Group whatsapp kelas lagi...tadika lagi..itu ini heishhh banyak giler...then pastu aku check lah twitter..aku scroll...scrolll...scrolll.... SIALAN!!! semua post gambar makanan!! benci aku... nguwaaaaa!!!













No comments:

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...