Saturday, September 12, 2015

Shooting Untuk Assigment Biothecnology


Assalamualaikum....hai semua... apa khabar, dah lama dah tak usik-usik blog ni.. Serius ku banyak gila assigment nak kena hantar. Dah masuk sem 4 ni macam-macam benda nak buat. Ekonomi pun semakin tak stabil kena bayar tu bayar ni. Hurmmm tu lah dugaan budak Universiti ni. Kena survival lah sikit. Tak yah manja-manja weyyy. Ko dah besar tak payah nak manja-manja. Memang kena penumbuk dari aku karang.

Bercakap pasal assigment, kebetulan semester 4 ni ada assigment yang bagi aku, seronok sangat sebab yang ia minat aku. Yelahh minat aku dalam buat-buat video ni. Dari kecik kot dari zaman enset Nokia paling Puaka tu yang camera dia blur2 tu aku buat video itulah, inilah, apalah... hahaha siapa kawan aku dari kecik memag tahulah..

Di sambungkan cerita, assigment biothecnology ni lecture aku suruh buat video pendek pasal dunia biothecnology yang berlaku kat dunia ni. Soalan yang aku dapat ialah "CLONING". First time aku tengok aku dapat tajuk tu memang giler nak fikir apa nak buat dengan tajuk tu. Berperah-perah kepala otak ni nak fikir. Panggil satu kumpulan bincang pun still tak dapat jalan cerita yang betul. nasib baiklah aku semangat nak buat video ni. hehe.

Entah macam mana hari tu masa bulan Puasa tiba-tiba tuhan bagi ilham dalam kepala ni. Masa tu dalam pukul 4 pagi. Terus bukak ladtop dan terus aku buat skrip. Alhamdulillah dapat jugak jalan cerita pasal clonning ni. Walaupun agak macam drama melayu sikit. hehehe

Terima kasih kat Si Izni and Dayah sebab transelate kan skrip yang aku buat dalam Bahasa Melayu kepada English...huhuhu..

Ni gambar kitaorang sambut birthday Mak mentua..hehehe birthday Anis..



HAPPY BIRTHDAY Anis!!!! (KIRI)




Bila dah siap skrip awal, lecture pun masa tu macam suka kitaorg punya skrip siap awal. So bila lecture dah bagi lampu hijau, kitaorang pun dah start enjin mulakan lakonan.

Alhamdulillah hari ni....siap sudah videonya...

Tapi jujur aku cakap, aku sedih sangat, sebab banyak scene kami aku terpaksa potong untuk compact video tu 10 minit. Sedih kecewa semua ada.... sebagai pengarah dan pelakon2 semua pun sedih. Tapi nak buat macam mana, kita mesti mengikut arahan dan peraturan yang diberikan. Insha'Allah ada hikamh disebalik semua ni.


Scene pertama yang kitaorg buat adegan Mak mentua


memperkenalkan watakwatak video ni....Dari kiri depan, ZAITON-EVIL NURSE-KATTY-MAK MENTUA-KAMAL- yang lelaki kacak tunjuk piece tu PROFESSOR

Sempat lagi tangkap gambar aku tengah Shoot....


Scene ni kira macam attraction untuk video ni..Sangat suspen... Bila mak mentua cakap yang anak dia tak dapat anak sebab isteri anak dia mandul. So Mak dia ugut anak dia si Kamal untuk ceraikan bini dia atau kawin dgn perempuan lain, kalau tak dia tak dapat mewarisi harta pusaka dia. Pehh drama habis weyyy


Scene kedua suami isteri berjogging di taman.

Scene kami terpaksa potong semua sekali sbb terlebih masa. Sedih weyy, kitaorg shooting sampai dah nak maghrib. Siap ada diolog "i Love You " lagi. tapi apakah daya nak buat macam mana kan...ini video knowledge bukan video romantik tu sumer...hoho

Scene ketiga yang kitaorg buat ialah scene Doktor specialist

scene kitaorang buat dua kali. First bagi lecture tengok dan dapat komen yang positif tapi tak memuaskan. So buat lagi sekali. Tapi yang geramnya second shoot tu banyak main-main. So bila aku edit balik video tu, diorang banyak senyum2, ada background suara ketawa2 lah. Heishhh dugaan betul. Alih-alih au terpaksa jugak pakai video lama. Its okey lahhh... Jangan kecik hati yerr kawan-kawan. Aku just nak yang terbaik..hehe

Tengok tu...dalam kelas pun jadi untuk scene kat bilik Doctor Specialist.. Semua pelakon fokus padahal berlakon tegok skrip..HAHA... Dr Specialist tu redha je pegang skrip.


Scene ni menceritakan tentang seorang doktor pakar ni cakap bahawa sebenarnya bukan isteri dia yang mandul, tapi Si suami yang mandul kerana dalam air mani dia takda sel sperma. KOSONG! x de sperm cell langsong. So lepastu mula lah drama melayu bermula....

Scene Keempat Mencerita tntang Dolly The Sheep

Scene ni pon banyak potong...nguwaaaaa!!
Scene ni kitaorang jalan kaki dari pekan tanjung Malim cari kat Restoran Zaaz berdekatan dengan UPSI kampus lama tapi kena jalan kaki sikit.


Steady Alba....Steady....


Terima kasih kat Tuan Kedai sebab bagi kitaorang shoot kat restorang anda..huhu.. 



Wlaupun scene ni banyak Fakta, tapi aku ambil yang penting je. Scene memang 90% fakta. So kalau korang akan dapat tahu cara-cara saintis cipta Klon daripada seekor kambing. dan scene ni lah penyebab si suami nak hasilkan manusia klon.

Scene kelima adalah babak seorang Professor menghalang Kamal Membuat proses Klon 

Ini scene aku...huhuhuhuhu paling senang aku shoot sebab aku sorang je. Aku lah pelakon. Aku lah cameraman masa tu. Buat dalam bilik. Scene Professor nampak mulut je.. huhuhu gila cool. SO aku tak kaku lah bila shoot.huhu

Scene keenam babak Kamal Upah Doktor X.

Scene ni  jangan main-main. Ada watak psiko. HAHA siap make up jadi watak joker lagi doctor X.
Pada mulanya aku nak jadikan watak doctor X ni macam joker, tapi jadi mcm lagi psiko pulak bila watak ni kawan aku si Carlyndy ni yang buat.

Sempat lagi si Carlyndit ni pakai shawl. Ya ampunnn,,,,,, pantang bagi gincu. dengan cermin-cermin ko posing..haha

 Ada pulak Si Izni ni jadik Evil Nurse siap ketawa macam pontianak bagai. Masa shoot memang lawak habis. Sampai shoot banyak fail. Seronok gilerr.. hahaha

Scene atas bumbung...scene ni lah kene potong sebab nak compact 10 minute...nguwaaaa

Scene Ketujuh...scene HAPPY ENDING!!

Mula-mula niat aku nak buat watak si kamal ni kecewa tahap gaban sampai bunuh diri..Tapi ada beberapa orang yang menghalang idea aku..So terpaksalah kami buat happy ending! hehe.. siapa yang tengok boleh tersenyum kot.



So setakat ni aku puas sangat2 dengan assigment ni. Walaupun penat, stress. ngantok. gaduh lebih, membebel sana sini, sentap situ sana, tapi tak kisah pon semua tu, sebab seronok...hehe

Kepada semua ahli kumpulan, aku bukanlah pengarah yang baik, asyik keras kepala tak nak dengar cakap orang. Aku minta maaf sangat-sangat dari hujung quantum atom rambut hingga hujung sel tissue kuku kakiku. Ye lahh aku rasa bersalah sangat2 sepanjang aku buat video ni dengan korang. Tapi serius aku cakap, korang alba,Naza,Khairi, Sem, Daya, Izni, Anis,Dona and Zati memang aku bangga dengan korang. Tak sangka korang boleh improve berlakon macam tu. Setiap scene mesti ada korang teman. Mesti ada orang tolong tuliskan skrip.  Kira macam ahli kumpulan ni punya kerjasama memang bagus. Thank You very much. Pehhhhhhhh luahan perasaan seyy aku...hoho

Bagi korang yang nak tengok, aku akan Uplode kat Youtube bila Final Exam Aku habis nanti....Tapi trailer dah ada dah.. Trailer ni aku suka-suka buat sebab masa tu baru downlode software VEGAS PRO. Serius Best. Terbaik...

So tontonilah Trailer kat Youtube KLIK SINI atau kami dibawah ini....jangan lupa LIKE! and Describe! (ayat batak) haha








No comments:

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...