Tuesday, September 8, 2015

Roti Ikan Bilis Paling Sodap..



Assalamualaikum semua..

Nak tahu tak, hari ni kan aku tengah diet nasiiii...Sekarang ni dah masuk 6 hari aku tak makan nasi. Aku nak tengok dulu lah sama ada kalau aku diet nasi ni ada perubahan ke tak dengan berat badan aku. Biasa aku dengar semua dietetik kat Malaysia ni kalau nak kurus kena puasa nasi. So aku pun try lah ikut.

Memang agak perit lah kalau tak makan nasi ni. Dari kecik kot hidup dengan makan nasi. Aku sekarang ni asyik lapar je memanjang. Kalau dapat sekeping biskut kering pun kira dah bersyukur dah bagi aku. hehe 



Dan lagi satu, aku selalu gi cafe beli roti ni. Roti sambal ikan bilis gardinier ni. Pehh rindu beb. Dulu masa sekolah form 4-5 aku selalu beli time waktu rehat. Entah kenapa hari ni rasa teringat zaman sekolah bila makan roti ni. Sebab roti ni memang femes orang koperasi sekolah aku jual. Student Selalu makan. Plastik pon merata-rata jenama roti ni. Abis abam abam and sister sister pengawas kena buat ronda-ronda jaga orang.

Btw, aku harap aku dapat jaga diet aku ni dengan baik. Bukan sebab diet sebenarnya, tujuan aku sebenarnya menjaga kesihatan.Aku ada belajar biochemstry dari lecture aku, yang lebihan carbohidrat boleh menyebabkan penyimpanan lemak lah lebih kurang bunyi nya gitu. Terus aku diet nasi kauu... Tak lupa jugak jangan makan makanan berkolestrol dan lemak Trans. Actually lemak trans itu Beracun.


6 comments:

  1. All da best .. Semoga misi tercapai. Hehehe

    Nuffclick #DOVE :)

    ReplyDelete
  2. Tapi my fren said makan roti gemuk paha.....tatau la betul ke idakkk

    ReplyDelete
  3. yeke?? aduiiii mcm mana ni... roti feveret tu..hihi :)

    ReplyDelete
  4. Puasa pun boleh jugak.. Nanti berbuka makan benda yang kenyangkan perut macam pau ke..

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...