Thursday, May 7, 2015

Diploma di UPSI


Hi Assalamualaikum.

Haa tujuan aku tulis kat blog ni sebab ramai adik-adik diluar sana yang mention pasal diploma kat UPSI ni. Sekarang kan aku study diploma kat upsi. hihihi so ramai lah yang duk tanya macam-macam. So nak jawab memang malas kan. So aku tulis je dalam blog. Hope korang suka.

Soalan Pertama:

Best ke Upsi tu?

jawapan: Bestttttttttttt sangat-sangat. Kampus cantik. Baru lagi bangunan dia. Hostel or kolej memang selesa. Kalau adik dapat kelas yang dekat kampus baru tu, memang cantik dengan keindahan banjaran bukit yang indah. Awan-awan yang lapang. Serius best. Dekat Upsi semua benda ada. Nak pergi Kampus lama ke kampus baru pun dah disediakan bas. Line intenet pun boleh tahan laju. Tapi nak laju tahap F1 boleh pergi library.


Betul ke diploma kat UPSI dianak tirikan?

jawapan: Orang tak bersyukur je yang rasa macam tu. Bagi saya kemudahan dan perkhidmatan dekat Upsi ni sangat bagus nak dibandingkan dengan Universiti yang lain. Tak kira lah student Degree or diploma, kalau rasa dia student UPSI dia takkan cakap dia dianak tirikan.

Upsi ada tempat jogging? banyak program tak?

jawapan: HAHA salah satu soalan yang tak disangka-sangka. Jogging ko kata? cis, kat UPSI melambak-lambak tempat jogging. Paling kalau jogging kat kampus baru sebab dilemparkan dengan keindahan alam dan bangunan upsi yang cantik-cantik. Program? hurmmm banyak sangat program yang student UPSI sendiri buat cuma kita je malas or rajin nak join program tersebut. Tapi kalau nak Mycat (markah kita aktif di Universiti, kalau kat sekolah kira macam markah koko lah) kena join banyak program. Kalau nak dapat hostel or kolej, kena join MMK punya program. BTW, kalau korang dapat duduk KHAR, untung tau. Sebab KHAR banyak buat program. Hihi

Masjid pulak?

Kalau nak tahu, masjid dekat Upsi ni Alhamdulillah catik sangat. Masih baru dan unik-unik kipasnya. Lagi satu yang bestnya pasal masjid kat Upsi ni kan, Sentiasa ada program, kuliah dan pengajian. Hari-hari ada tazkirah. So bolehlah korang mendalami lagi ilmu agama kan. Kadang-kadang ada jugak masjid jemput penceramah selebriti.


Orang kata Tanjung Malim macam Pekan CowBoy.

jawapan: Actually kira okey dari duduk kat bandar yang sesak dengan kereta jem dan orang-orang yang ramai. Tapi jangan risau, walaupun macam pekan cowboy, tapi ada KFC, PIZZA HUT, DOMINOS, TUTTY FRUITY, SECRET RECIPE dan macam-macam lagi. 


Kalau hari minggu nak jalan mana bang?

jawapan: Actually, Tanjung Malim dekat je dengan KL. Korang boleh jalan2 kat KL naik ktm or bas or kereta sewa. Pastu boleh tengok wayang kat RAWANG! RAWANG! RAWANG! haha. KL sentral pon ada wayang GSC kan.









3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Kereta saga flx baru (auto) utk disewa sila hubungi en hafizal 017-8483113.terima kasih

    ReplyDelete
  2. Estima utk disewa hubungi cikgu nor 019-2222777

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...