Wednesday, May 20, 2015

Blogku sudah matang



Assalamualaikum semua...

Hari ni terasa nak update blog pulak kan, yelahh maklumlah sekarang ni aku tengah melepak kat bilik 24 jam kat Library Upsi ni. Dalam dia sejuk and internet pun laju so rasa selesa pulak nk upadate blog kan. Hahaha

Di bilik 24 jam Perpustakkan Tuanku Bainun. 

Tadi pagi baru lepas makan kuew teaw goreng and ayam kari. Wow makan sarapan macam makan tegah hari pulak kan. Punyalah obesiti perangai aku ni. Lepastu ingat nak gi library sebab minggu depan nak final exam kan. Rasa macam kejap je kuliah sem 3 ni. Tiba je library internet macam laju, so apa lagi downlod movie lah apa lagi. Bukannya nak bukak nota ke ape ke, ni bukak facebooklah, update blog lah, intagram lah..apa lahh  ish3. hahaha. lantaklah, pastu baru aku study betul tak. Nak cari mood study lah katakan.

Gambar takde mengena dengan entry.

Korang perasan tak yang design blog aku sekarang dah semakin matang. Takde header yang mengarut-nagrut. Takde widget2 yang ntah pape.Tiada iklan yang macam harammm sikit2 pop-up window je kejenyerr. So sekarang ni korang boleh bukak blog aku dengan santai. Baca pun santai. Tak macam dulu, dulu aku blogger tak matang. Segala benda pelik aku letak kat blog aku ni. Konon nak jadi Pak lawak Blogger. Tak jadi2 pon. Haha. Mungkin jarang update, Yelahh seboklah katakan.



Header yang simple dan santai....ini header terbaru aku..

Satu benda je aku tak ubah iaitu trademark blog aku ni. "BUKAN BUDAK SKEMA". Aku rasa dah lebih kurang 4 tahun guna trademark ni. Dulu guna perkataan ni sebab aku dulu pengawas sekolah yg skema. Sekarang dah masuk Universiti pon guna perkataan ni lagi. HAhaha tak kesah lah. 

Dan lepas ni aku nak update blog yang matang-matang lah sikit kan. Asyik post benda mengarut je. Hantu lah komik lah ape lah. hihihi . Al maklumlah sekarang ni dah jadi abang-abang kan. Semua baca blog ni panggil aku abang. hahahaa kelakar pulak kan. Terasa senior dongggg... ok stop. jangan nak bajet bagus pulak yerr..

Tapi apa pun terima kasih kat korang semua sebab menyokong blog aku dari dulu sampai sekarang, Insha'allah aku akan update post2 yang bermanfaat untuk korang semua.






No comments:

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...