Sunday, April 12, 2015

Jalan-jalan sambil BerGST.

Assalamualaikum semua..

Hari terasa boring sangat sebab cuti takde buat apa-apa. So apa lagi terasa nak berblogging pulak kan. Okey semalam aku dengan kawan-kawan aku yang duduk Upsi pergi jalan-jalan kat KL nak tengok movie Fast and Furious 7. Masa tu aku ingat diorang naik KTM nak gi Midvalley, rupanya terus pergi ke NU Central kat KL central. Harga dari Tanjung Malim ke KL Central dalam RM7. Dengar cerita tak lama lagi harga tiket KTM nak naik sebab GST. Alahaiiiii..
Tiba sana tengok orang agak penuh jugaklah semalam kat shopping complex kat situ. Maybe hari minggu kot, orang KL lepak2 kat sana.

Okey sampai sana je apalagi kitaorang cari tempat makan. Siap tengok peta lagi sebab Nu Central ni besar dan ada probility boleh sesat. So tengok peta cari restoran satu persatu. Pelik2 sungguh nama restoran tersebut. Ada Dubu-dubu lah..Waerong Penyet lah apa lahh. Alih-alih kitaorang pergi Food Court je. Senang sikit. Banyak pilihan.

Sampai sana memang terbeliak lah mata aku dua kali ganda. First terbeliak sebab makanan kat sana nampak sedap-sedap and macam-macam ada korean food, bakso, western food, nasi kandar, penang food dan macam-macam lagi lah. Second terbeliak mata ialah harga makanan dia tersangatlah mahal. Dan paling best ialah dicampur pulak dengan GST!. Sebagai student, kalau hari-hari aku datang sini, memang kayap lah aku dibuatnya. Hahahaa

LASAGNA

Mahal mahal pon aku melantak jugak kan sebab dah lapar. Aku beli 2 menu. Satu Lasagna dengan Bubur bakso. Lasagna dia sangatlah sedap. Chezze pun meleleh dan kuah tomato dia secukup rasa. Lagi satu hidangan yang depan pinggan lasagna tu. Bubur Bakso. Bebola daging dia macam bola tennis. Besar nak mampos. Tak habis aku makan. Kuahnya agak biasa tapi okeylah. Harga dua-dua hidangan ni lebih 20 inggitlah sebab ada GST kan. Kopak duit aku. Tapi puas hati. hehe


Adli and Azrim makan nasi Kandar. Macam sedap je diorang makan kan. Tapi tak sempat nak tangkap gambar diorang dah habiskan. huhu, memang tak sempat amik gambor sebab masing-masing dah kebulur.


Lepas kitaorang makan, kitaorang terus pergi wayang tengok movie Fast and Furious 7. Sumpah gempak citer tu. Walaupun aku tak tengok dari season 1 sampai 6. Tapi jalan cerita dan effect movie ni memang superb. Adegan last tu macam sedih sikitlah kan sebab berpisah dengan kawan dia tu. Aku bagi 4.8/5 bintang...rasa nak tengok lagi lah.

lepastu habis movie, kitaorang makan lagi. Mulanya nak makan McD. Tapi sudah dimaklumkan aku dah lama boikot McD so aku terus buat muka lah bila diorg nak makan McD. Tak payah nak kondem sangat eh. Suka hati aku lah nak boikot pon. Aku boikot ada sebab. Alih-alih diorang pon makan KFC. haha Sorry geng. Sayang korang. Muah2 sikit. buekkkkkkk haha

Hari dah nak lewat. Badan pon dah kenyang. Terus balik UPSI tanjung Malim naik KTM. Memang masing-masing buat muka penat.

Tak sangka pulak sampai Upsi rasa nak makan Sushi. So makan lagi....haha dinner lah katakan. 

makan sushi ni berdekatan depan Pintu Timur UPSI. Nama Kedai ni UMI SUSHI. Harga kat kedai ni buakan harga student yerr.. Mahal kot beb. Setakat mampu makan hidangan yang pinggan pusing-pusing sebelah kita tu jek. Tapi dah datang takkan makan tu je. So testlah makan special sikit. Sekali sekala. hoho 

Aku Order "CRAZY SUSHI FUTOMAKI" ... harga dia pon boleh buat orang maki. Haha mahal siott.. memang last lah aku makan kat sini.

Budak tak reti pakai Chopstik. Asyik berterabur je..haha



kalau makanan ni aku bagi dalam 6/10 bintang. Sebab sedap dan kenyang. Harga dia dalam RM16.80 gitulah termasuk GST sekali. Niat dalam hati aku cakap apa tau, "tak nak datang sini lagi kecuali orang belanja." Haha

Itu saja kot. Memang aku having fun semalam. So harap-harap dapat next time boleh jalan-jalan lagilah. Sebab sekarang ni aku tengah busy dengan short sem aku. Semua benda nak buat. haha

Byeeeeeeeee...










No comments:

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...