Saturday, February 21, 2015

Menaiki KTM



Assalamualaikum semua..
hope korang semua sihat-sihat belaka yerr...yang sedang membaca blog aku ni harap kamu kamu sihat..huhu

Sedang aku menaip ni, actually aku sedang berada dalam gerabak komuter kereta api ktm ni. Tengah-tengah boring duk dalam ktm ni sambil-sambil tu aku berblogging. Takde lah aku buang masa berdengkur dalam ktm kan.

Lebih Kurang macam ni lah kereta api kat tanjung malim ni...

Cakap pasal ktm ni, teringat dulu first time aku naik ktm. Memang satu apa pun aku tak tahu cara untuk menaikinya. Almaklumlah, dekat tanjung malim ni takde tiket bas untuk ke Muar.So terpaksa Guna ktm untuk ke TBS KL sebab nak beli tiket bas kat situ..hehe

Dilanjutkan cerita, masa tu hari cuti, so aku berniat nak balik kampung. Try lah nak guna ktm ni. So aku berjalan dari pintu selatan upsi sehingga ke ktm. Agak penatlah jugak. Then bila sampai ktm aku nampak orang beratur panjang beli tiket. Masa tu ari jumaat. Hari student upsi balik kampong. Dah beli tiket ke tbs yg harganya 7.50 sen pastu aku tak tahu mana nak gi ke terminal mana. Platform A ke atau platform B? Eh ada platform C pulak.. heishhh pening kepala aku 360 darjah. Tanya orang pon diorg tak tahu..adoaii pelik. So aku talifon kawan aku. Alhamdulillah ktm ke TBS dari tanjung malim adalah platform B. Hampir 1 jam jugaklah aku sesat kat station situ sebab tak tahu mana nak tuju.Baca peta dia pon pening...pening..pening.. yang paling best aku siap google kat henset aku cara-cara menaiki ktm.Hahaha sila boooooooo kan aku.

So nasihat aku, kalau tak tahu sila tanya orang yg jaga kaunter tiket.Jangan jadik macam aku.Malu bertanya.

Rasanya siapa biasa naik KTM paham kot baca peta ni...


So bila aku dah biasa naik ktm ni sebab ulang alik balik kampung dari Upsi ni, aku dapat jumpa macam2 tabiat orang dalam ktm. Ada yang tidur mulut ternganga. Ada yang jenis orang dari mula sampai habis stesen asyik korek hidung je kerja dia, lepastu nak selit-selit taik hidung dia cover2. Ingat orang tak nampak. Ada jenis manusia yang sesuka hati makan dalam ktm. Haaaa itu aku lahh..hehe pernah sekali tu aku makan pizza dalam ktm, berbau semua pizza dalam ktm tu. Nasib aku sempat habiskannya sebelum pegawai ktm tu dtg.hohoho 

Dan jangan ingat dalam ktm tak ada bangla...warga asing dan sebagainya. Biasa hari ahad hari warga bangla guna ktm.hehe saje je cakap. Dan lagi....eh alamak, dah sampai stesen tanjung malim lahh...hehehe..kbye!!!!!!



1 comment:

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...