Sunday, January 4, 2015

Aktiviti Orienteering


Assalamualaikum..

Hey guys, apa khabar blogger sekalian...masih ingat Aku lagi tak? haha dah lama sudah Aku tak update blog ni. Rasanya sejak ada wechat ni memang susah nak update kat blog. Tapi sekarang nampaknya Aku lebih suka untuk berblog sebab kurang kontrevesi sikit. Kalau dulu semua nak baca blog Aku so kena cover2. Tapi sekarang followers Aku ramai dah up to date ngan Aku kan. Tapi takpe, sekarang blog Aku berwajah baru, simple, dan casual giteww..Alahai gediknya ayat. Header pun dah baru. Trademark pon dah bertambah. Kalau dulu panggil kau aku. Sekarang kena sopan sikit.haha

Okey, back to the story, semalam Aku and semua batch diploma sains ada aktiviti Orieteering kat kampus Baru Upsi. Korang tahu tak apa jadah Orienteering tu?? korang googlelah sendiri. Orienteering ni kira macam explorace lah..cuma kita kena pakai kompas untuk cari arah yang nak dituju.Lepastu ada task yang perlu diselesaikan bersama kumpulan. Serius Aku cakap, penat gila Cadbury beb. Kena lari satu Upsi ni. Boleh kurus Aku dibuatnya.


 Salah satu tugasan yang perlu kami buat. Lukis permadangan sekitar masjid Upsi. Cantik sangat keindahan masjid tu...Hilang sikit penat berlari bila tengok masjid tersebut.


Kami disuruh menukar tali kasut masing-masing dengan ahli kumpulan lain..HAHA nampak tu, Aku dapat warna pink tali kasut.huhu


Kat Lif pon sempat selfie..

Lepastu kami kena makan bawang putih sorang-sorang. Ya Allah, memang tak tahanlah bau bawang putih tu.Gigit sikit pun rasa nak muntah kan. Mungkin aku tak biasa makan bawang putih. Sekali makan terkentut kentut dibuatnya. Bau pulak bau bawang putih basi, memang koma lah siapa yang bau nya.



Ini bukan selfie main-main tau.Ini adalah tugasan yang diberikan. Kitaorang kena selfie kat tingkat atas bangunan Fakulti Sains Matematik lepastu kena buat gaya paling comel. Hah! betapa gedik dan Annoyingnya aku buat gaya muncung Che Ta versi angry Bird. Yang lain pun apa kurangnya kan...haha



Yeayyy, Alhamdulillah, kami dapat tempat ke tiga..Auchh! betapa gemuknya aku disitu...benci perasaan ini...nguwaaaaa nak diet!!




 Last sekali bergambar dengan Instruktor2 Master Sains Sukan. hehe


Apa pun, pengalaman ni memang best. Aku boleh berlari sekeliling upsi dengan team-team yang sporting...........dan kuat selfie..HAHAHA!!



1 comment:

  1. selamat sejahtera..awak tahu tak kat mana saya boleh beli kompas orienteering tuh?urgent sesangat..dah google tapi tak banyak membantu..maaf..

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...