Thursday, August 21, 2014

Aduhh malunya..

Assalamualaikum...
Hai korang? Sihat? Hope u guys always be happy...huhu
Aku nak citer sikit pasal hal aku semalAm...serius malu weyyy!! 

Begini ceritanya...
Semalam secara tiba-tiba aku tersedar dari tidur tepat jam pukul 10 pagi. Then masa tu lah aku teringat yang  aku dah lambat datang kelas biologi...Aku ingat kelas bio ni start pukul 10 pagi...so aku rasa aku memang dah lambat dan aku rasa tak sempat kalau aku nak mandi...
So aku pun dengan pantas pergi basuh muka...kumur-kumur sikit kasik hilang air liur basi. Baru lepas tidurlah katakann..haha. And then lepastu aku tukar baju seluar dan aku memang tak mandi pun masa tu sebab dah memang tak sempat. 
So macam biasa minyak wangi hampir boleh dikatakan satu baldi aku sembur kat badan aku bagi x nampak sangat yang aku ni tak mandi. Rambut yang kusut masai aku basahkan je then aku lap.Supaya nampak fresh.

Snap sikit kasut raya..hahaha..sempat lagi tu..

So aku sudah siap hendak ke kuliah walaupon tak mandi..hihi
Nasib baiklah kelas aku kat kampus baru..so jalan kaki je dari hostel.Tapi kali ni aku tak jalan..tapi berlari lari anak...memang kelam kabut masa tu.

Aftet that...aku sampai kelas 15 minit lambat. So far dalam fikiran aku lambat 15 minit tu kira biasalah kan. SO aku masuk ke kelas dengan muka selamba badak. Dengan muka yang aku rasa tak bersalah langsung dalam kes ini.Haha...
Masa tu lecture dah mula mengajar. Masa aku masuk kelas...aku tengok tiba-tiba muka-muka kawan aku buat muka pelik. 

Heishhhh member aku ni, macam tak pernah tengok orang masuk lambat lah pulak. Lecture masa tu pun buat tak tahu..
Sekali tu masa aku duduk..member aku kat sebelah cakap...
"weiii lambatnya kau datang"
"eh, apa pulak... lambat 15 minit je kot"
Lalu kawan aku cakap yang kelas start pukul 9 pagi....

Eh!!! Ah!!!!! aku lupa!!!!!!!!!!!" maknanya aku datang kelas lambat 1jam 15minit!!!!!!! ini memang memalukan!!!!! Malunya.. Malunya... Malu..malu..malu.. Muka aku dah merah padu dah masa tu...
Adeiiiii nasib lecture jenis tak amik kisah...heishhh nasib..nasib...


P/S: Lain kali hafal Timetable kuliah....dan set Alarm jam okey....




5 comments:

  1. huhuhu.. nsib baik lecturer sporting..

    ReplyDelete
  2. Prnh jd jgk..ms kt kolej..dgn member satu balik lewat..smpi dpn blok kuliah.lega sbb Ada gak yg lbt..dgn lajunya kami suma 5org jln trus buka pntu kuliah masuk..dh spruh Jalan..br brni angkat muka.tba2 tgk muka student lain Knapa mcm xpnh npk..rupanya dh silap masuk..kls Ada 100 org..malu giler..kuar dewan Tu..bole dgr diorg gelak tebahak2.. Cisss

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...