Friday, July 4, 2014

Haii!! saya Orang MuO


Haiii Assalamualaikum semua.... 

Pejam celik pejam celik tak sangka dah 6 hari sudah kita berpuasa.Setakat ni aku masih berpuasa lagi di Upsi ni.Ingatkan nak balik kampung hari ini, tapi sabtu ni ada kelas tambahan lah pulak..Heishh potong stim betol lah lecture ni...Baru nak berbuka bersama parents kann...Aduaiiii...

Dah hampir berapa bulan aku tak baik kampung.Hari tu balik seminggu je. Itupun tak puas. Aku rindu lah nak pergi bazaar Ramadhan beli murtabak sedap-sedap kat Pekan Parit Jawa.

Home sweet Home


Buat pengetahuan korang semua, saya ni orang Muar. Atau nama yang orang selalu sebut Bando MUO....hahaha, orang Muar kalau ada perkataan "AR" mesti tukar kepada "O"...sebagai contoh..

"Aduhai, perut dah lapar,selipar pulak kena curi.Terbakar hati ni dibuatnya"

kalau orang MuO cakap macam ni..

"Adoaii, Perot dah lapO, SelipO pulak kena curi. TerbakO hati ni dibuatnya"

hahaha, masa aku duduk muar sana perkataan ni macam biasa je.Tapi bila dah duduk kat negeri orang ni.Ramai pulak yang tanya2 apsal kau cakap O terlebih sudah kan.Lepastu dengan bangganya aku cakap...


"SAYA ORANG MUOOO"




P/S: Siapa kat sini orang MUO angkat tangan sikit!!!....




5 comments:

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...