Friday, June 13, 2014

Dunia Masakan Pilihanku pulak.

Assalamualaikum...

Selepas aku berhenti dari Uitm aku merasakan masa depan aku gelap tiada cahaya.Terasa diri ini banyak menyusahkan mak bapak aku.Nasib Yuran Uitm murah.hoho tapi kos sara hidup tetap mahal.kah3..
Ofkoslah sedih dapat pointer rendah.Siapa tak sedihkan.Masa tu aku rasa macam nak terjun bangunan je. Sebab kecewa tahap gila cadbury. Sebab itu aku mengambil pilihan supaya aku berhenti jek terus. Say goodbye for Uitm. And Goodbye sains komputer....hahaha

Lepastukan aku senyap je.Tak bagitahu pun siapa-siapa aku berhenti dari uitm.Sebab belum sampai seminggu aku berhenti, aku telah ditawarkan kos SKM (sijil kemahiran Malaysia). Percuma kottt sebab masa tu kerajaan johor tanggung.SKM tu kat JB. 

Alahaiiii rindunya korang semua...diorang ni member aku. Sama2 amik kos kulinari. Cuba teka yang mana satu aku??

Masa aku dapat tu kan, terus aku ngan mak aku esoknya pergi JB cari kolej yang tawarkan SKM ni.Percuma kot, bila baca syarat dia A sampai Z..haaa, aku layak dapat percuma dengan syarat kalau berhenti sekerat jalan akan didenda RM5000. WoW!! banyak tu. Tapi masa tu aku dah terdesak dah weyyy.... masa tu tak fikir apa dahhh... masa tu fikir aku nak sambung belajar. Malu kot ngan kawan-kawan sebab diorang sambung belajar tapi aku still mengganggur kat rumah.

Masa kitaorang pergi kat JB tu...fuYYOOO!!! nampak singapore!!! hahahaha punyalah jakun tahap maksima masa tu sebab exited tengok singapore kan.Sebelah jerk dengan JB. kah3
Lepastu aku,mak and abang aku carilah kolej yang tawarkan skm ni. Nama kolej tu ialah Suria College. Wow, nama pun dah macam tv singapore..mesti gempak kan. Alih-alih kitaorang cari punya cari sesat lah pulak. Masing-masing mata terbeliak cari kolej tu.Sampailah kitaorang putus asa dan bercadang untuk balik. Dengan kuasa tuhan, time kitaorang balik tu kitaorang nampak Hotel SUria terpampang besar kot.Lahhh sebelah singapore je... Kalau macam tu hari-hari nampak singapore.hahaha

Okey. Dipendekkan cerita...aku sudah menjadi student kemahiran dalam penyediaan makanan atau paling glamour namanya "KULINARI".

pelikkan? kenapa budak dari uitm kos sains komputer tiba-tiba amik masakan? dah kenapa kau ni. hahaha weyy! disudut hati aku ni memang minat bab-bab kulinari ni okey.Aku amik kos ni cuma 6 bulan. 3 bulan study dan 3 bulan praktikal kat hotel. Then after that aku bercadang nak sambung belajar diploma.Seronokkan hidup aku. Semua dapat belajar.hahaha. Alhamdulillahh...

Tadaaaaa...aku amik kat Google jerk gamba nihh..hehe

Sebenarnya macam-macam aku nak cerita pengalaman aku kat Suria College ni.Memang best sangat-sangat belajar kemahiran masak-masak ni.Kawan-kawan pun gila-gila kan.Aku pun dah naik gila. Masa aku belajar sana, aku tak bagitahu sangat yg aku ni bekas student UITM. Last2 je aku bagitahu..bagi gempak kan.
Lepastu aku dapat tawaran ke UPSI. memang banyaklah konflik aku dengan pengurus college tu sebab aku kene exam 2 hari. masa tu pulak aku kat Upsi. Urmmm nak mintak tangguh tak boleh. So aku haraplah tarikh final exam aku tu aktiviti kuliah aku kat Upsi tak terganggu.Mintak tuhan permudahkan urusan aku. Aminn.

Ok...aku pun dah ngantok dah ni....after this aku nak cerita pengalaman aku study kat Kolej Suria. Macam mana pahit getir aku study SKM ni.....Jangan tak caya aku dalam dunia masakan beb.hohohoho









4 comments:

  1. It's okay, xyah malu dgn kawan-kawan. Yg penting kita tahu kemampuan diri. Tgk bila hilang 1, Allah bagi 1 kan. Good luck di sana. Lepas ni mana tahu jadi chef terkemuka pula kan. Do ur best! kakak doakan. :) <3 N jgn lupa rajin2 update blog, nak tgk jugak life student hospitality~~^^

    ReplyDelete
  2. hurmmm xpayah malu2 lah kalau sekerat jalan.lg pun itu bukan tandanya perjuangan tu dah berakhir.sy sendiri pun stakat spm jerk...ok jer pun ehehe gurau je dulu.tp suria tu mmg sy tau sbb pernah dok jb 3 4 hari sbb ade court kat sana.mmg dkt sgt lerrrr

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...