Monday, January 13, 2014

Tips memilih aliran apa lepas PMR Bahagian 2

Salam...Bertemu kembali setelah sekian lama tak update blog.

Okey, semalam aku tiba-tiba rajin bukak blog aku ni untuk check inbox comment. Alahaiii, banyaknya adik-adik lepasan PMR yang bertanya kat Abang Rizal (Wahhh Abang gitewww, seniorlah katakan huhu) tentang nak pilih aliran apa lepas PMRlah, pasal addmath susah ke senang lah family tak bagilah, macam-macam soalan yang aku dapat.Urmmm, dengan adanya pengalaman dan nasihat rakan-rakan aku, Abang Rizal akan bagi serba sedikit untuk adik-adik buat keputusan yang betul.Semoga ia bermanfaat untuk adik-adik semua. Insha'Allah.



Berikut adalah soalan-soalan yang Abang Rizal terima...Dan jawapan dari Abang dan kawan-kawan abang.



"Saya minat Akaun, Tapi Family nak saya masuk aliran sains"
Kalau adik minat, go onlah tapi ukur kapasiti diri dulu. Kalau rase result PMR sains tak berapa, Ok'.
 Tanamkan azam nak pertingkat dan lebih fokuz., sebab sains kene study smart dan workhard sikit.

"Result saya tak berapa nak bagus, boleh tak saya masuk aliran sains?"
Bagi abang, Sekolah dah tentukan kelas mengikut keupayaan berdasarkan result PMR adik, Pihak sekolah bukan main-main suka hati nak letak pelajar kelas apa.Semuanya untuk kebaikan pelajar dan CGPA sekolah nanti.Tapi jangan risau, Adik kalau berminat boleh buat rayuan kepada pihak sekolah.Tapi Usaha lebih yer dik.

"Saya suka math, tapi tak suka sains.Bidang apa yang perlu saya masuk?"
Masuklah Aliran Perakaunan. :)

"Agak-agak kalau saya masuk sain, boleh tak saya jadi akauntan?"
Boleh takde masalah.Tapi lebih baik amiklah subjek tambahan seperti subjek Akaun.Tapi tak amik pun takpe, Anda boleh belajar bila masuk Universiti nanti.Tapi kalau kita dah ada basic dari sekolah.Kat Universiti nanti kita boleh relax sikit. :)

"Saya tengah kusut sekarang ni tak tahu nak pilih aliran apa!!?"
First sekali adik kena fikir, Cita-cita adik nak jadi apa. Lepastu adik minat apa? lepastu kebolehan dalam akedemik adik pada aliran sains atau teknikal? then baru buat keputusan.Better tanya dengan guru kaunseling.Mereka lebih memahami dan berpengalaman. :)

"Saya tak Yakinlah nak masuk Aliran sains, Ramai kawan saya cakap susah tak boleh bawak"
Ini lah yang selalu bermain di fikiran abang dulu, tapi nasib baik abang dengar nasihat cikgu.Orang cakap tak semestinya menggambarkan perkara sebenar.Kalau orang yang malas dan tak minat, mestilah diorang kata susah.Cuba tanya pelajar-pelajar yang cemerlang, tanya kat dia susah ke senang.Yang penting terpulang pada adik nak tempuhi dengan malas-malas dan main-main atau dengan kerajinan dan usaha adik.

"Kalau saya dapat result bla bla bla bla, saya nak amik aliran ape yup?"
Sebab tu kena ade cita-cita dik. Dari kecil kalau boleh cita-cita jgn ubah-ubah. Sekarang tanye diri, sebenarnya nak jadi apa? dan kecenderungan dekat mne. Boleh atau pown tidak, kalau nak pergi kat aliran tu. Sebaik- baiknya kes adik nie. Jumpa kaunselor cakap face 2 facesebab diorang lebih arif.
( Masih blom terlambat untuk fixed kan ambition 2')


"Saya nak jadi Arkitek,so saya perlu amik aliran apa"
Setahu abang, Arkitek memerlukan kemahiran melukis, fizik dan matematik.Adik ambil aliran sains lebih baik.



Okey itu sahaja, kalau ada masalah apa2 sila komen kat bawah.Semoga bermanfaat kepada anda semua.Tapi kalau boleh bincang dengan keluarga dan guru kaunselor anda.Sebab diorang lebih Arif.Dan yang penting sekali doa banyak-banyak kepada tuhan. :)

Good luck study okey!! jangan main-main :)





21 comments:

  1. Saya ini pelajar sains tulen tapi saya bercadang hendak ambil mata pelajaran geografi..Agaknya apa kebaikan yang akan saya peroleh pada masa hadapan ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama, saya ambil sains tulen dan geografi sebagai subjek tambahan...Geografi ni seronok..senang dapat A.. So senanglah nk dapat masuk U mana2 nanti untuk kos yg berkenaan.

      Delete
  2. Assalamualaikum, nak tanya, kalau result sains sy tak seberapa nak gempak dan result math sy pun cam tuh.. saya patut ambik alirn mana.. sebab sy nih ada jugk tanam cita2 nk jadi doktor pakar.. tpi sy tak minat sngt sains... math pon sy tak pro sangat macam kawan2 yg lain... tolong bagi pendapat, abang..

    ReplyDelete
  3. as'asalam abang . my math marks were so bad !! but saya nak ambik aliran science sebab itu yang saya minat dan saya nak jadi doctor. Since i was a little i really want to be a doctor its like every single day i used to "I want to be a doctor" but the thing is my math ! my math is so awful :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually...adik kena lebih practice on math..pergi tuisyen atau kelas tambahan...Math sebenarnya adalah tiket untuk adik untuk cemerlang dalam spm...

      Delete
  4. Kalau nk jadi pilot kena ambik aliran ape ye ?

    ReplyDelete
  5. Sy minat science .. nk jadi doctor ... tapi ramai yang cakap doctor blaja dah lah lama...susuh plak tuu..pastu nk dpt kerja susah.. comments ley tak??

    ReplyDelete
  6. kalau saye ambil perdagangan saye boleh ambik fizik ngan kimia ke ??

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum , abang , saya nak jadi peguam tapi saya tak nak ambik aliran sains , dan saya rasa saya boleh excel dalam aliran akaun . Jadi mcm mana ya ? Harap abang boleh bantu .Terima kasih

    ReplyDelete
  8. Sedara saya suruh masuk sains teknikal tapi saya tak yakin boleh buat sebab saya memang minat sains tulen. Tapi kakak sedara pulak cakap chemist susah. Addmath bio apa semua. Sekarang saya sangat confuse tak tahu apa nak buat dah.

    ReplyDelete
  9. bole ke kalau saya nak ambik semua subjek ni..
    -BM
    -BI
    -sains
    -math
    -sejarah
    -add math
    -fizik
    -kimia
    -prinsip perakaunan
    -tasawwur islam
    -arab tinggi
    -pen.syariah

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum abg. Sye niyhh dipilih msuk aliran sains tulen. Tpi sye kurang brminat dgn subjek sains. Sye lebih brminat dgn subjek math. Cita cita sye pula hndak jdi usahawan. Sekarang ni fikiran sye tngah kusut sbb tak taw aliran ape yg sesuai dgn sye. Sye trfikir hndak msuk aliran yg ade prinsip akaun. Tpi kwn kwn sye sruh sye cube aliran sains tulen ntuk sebulan dahulu. Abg rasa sye tak ketinggalan dlm aliran ape yg sye mbik ker klo sye tukar lepas sebulan sye try nnti. Sye risau yg sye tak dpt nk catch up jerr. Sye harap abg boleh bantu sye slesaikn kekusutan yg sye alami niyhh. Sekiann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa nak dengar cakap kawan...kalau adik suka bab2 matematik and keusahawanan, adik amiklah kelas Akaun.. Kalau adik minat adik buat...buat pilihan dengan betul...

      Delete
    2. Thanks abg sbb sudi bgi pndapat abg. Skarang kekusutan sye dh brkurangan ☺

      Delete
  11. assalamualaikum,saya nih dipilih masuk aliran sastera ,tapi saya nak masuk aliran sains,saya sudah mohon ,tapi tak dapat,boleh ke saya masukke aliran akaun?

    ReplyDelete
  12. assalamualaikom , saya nk ambl sains komputer so kena subject apa yg kena ambl ? geo prlu tk ?

    ReplyDelete
  13. Salam Abg..sya nk jadi pilot aliran apa yg boleh sya masuk..keputusan sya dapat 3A 1B 1C 3D 3E..boleh jadi pilot x
    .

    ReplyDelete
  14. Salam Abg..sya nk jadi pilot aliran apa yg boleh sya masuk..keputusan sya dapat 3A 1B 1C 3D 3E..boleh jadi pilot x
    .

    ReplyDelete
  15. Saya minat bisnes. klau saya pilih aliran perdagangan sesuai x?sbb math dgn sains x brp bagus sngt. Tpi berbalik kpd keputusan saya lebih kpd sastera.

    ReplyDelete
  16. Saya minat bisnes. klau saya pilih aliran perdagangan sesuai x?sbb math dgn sains x brp bagus sngt. Tpi berbalik kpd keputusan saya lebih kpd sastera.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...