Friday, November 8, 2013

Sains Komputer Uitm

Assalamualikum..


Hari ini aku nak menceritakan pengalaman aku sepanjang aku sem 1 ni tentang kos diploma sains komputer.

Sains komputer...

Susah atau senang?

kalau susah, kenapa ada yang dapat Anugerah Dekan dan Anugerah Canselor.Kalau senang kenapa ada yang berhenti, quit, kena tendang dan sebagainya.

Sebelum aku bagitahu jawapanya..meh, dengar cerita aku ini..

First sekali korang akan diberi kursus-kursus atau subjek yang korang akan pelajari untuk semester ke pertama.Masa tu aku paling pelik kenapa aku perlu belajar Subjek Perakaunan padahal aku ambil kursus sains komputer.Perasaan marah tu masih ada sampailah seorang lecture bagitahu aku yang Uitm ingin mendidik pelajarnya berniaga atau membuka minda student dalam dunia perniagaan.Tak kesahlah tu. Yang peritnya aku tak ada basic langsung pasal akaun ni semua.Bila belajar teramatlah mencabar kepala otak aku.Nak cari credit or debit.First month memang otak aku blurrrrrrrrrrr....yer, aku banyak Fail paper akaun.Dalam kepala otak aku dah terbayang yang aku akan repeat paper tu.Sememangnya aku tak nak repeat paper!! tak sanggup.

Itu baru akaun....kita cerita pulak pasal subjek progaramming.
Ape kebende programming tu? aku nak cakap pun payah.Korang searchlah sendiri kat google.Programming itu adalah seperti pengaturcaraan untuk membuat satu sistem bla bla bla bla.Hahaha. Subjek ni first-first memang senang.Kacang gorenglah katakan.Tapi makin lama makin mencabar dan pening kepala otak.Subjek programming atau C++ ni tersangatlah rumit.Anda kena buat satu coding untuk buat sistem.Aku masa belajar dulu, aku kantoi chapter LOOPING dan FUNCTION. Satu benda pun aku tak faham.Aku try cuba tanya kawan-kawan aku.Tapi still tak paham ape kejadahnya itu.

Aku cuba dan cuba...akhirnya quiz dan Test aku banyak yg gagal.Agak sedih.Dan aku bercadang untuk quit jerk uitm ni.Tapi orang sekeliling aku bagi aku semangat untuk terus berusaha.Aku tak tahu masalah aku sebenarnya kenapa aku tak boleh bawak subjek ni.Adakah aku banyak main? atau malas...urmmmm entahlah, malas nak fikir.
Ramai jugaklah member-member aku yang quit, menangis sebab tak boleh bawak, tertekan dengan C++ yang tak abis-abis dapat SYNTAX ERROR....
C++ ni kene buat coding.Korang kalau dah expert bolehlah dalam masa setengah jam dah siap.Tapi bagi pelajar yang lemah, ko akan buat bende alah program tu berjam-jam.Kadang-kadang berhari-hari baru dapat output yang betul.Itu baru sikit.Ada yang menangis-nangis, meraung-raung sebab tak dapat buat program dengan betul.Tapi kalau korang nak tahu, bila korang berjaya hasilkan satu program yang betul dan tepat.Kepuasannya teramatlah best...itulah yang seronoknya bila study programming.Kita dapat menyelesaikan code, dan keluarkannya melalui program yang kita buat.
Bagi aku, sepanjang 1 sem ni, terrrrrsangatlah tertekan, tapi puas. 


Ciri-ciri yang anda perlu ada bila anda dah ambil kos ni

1.Pandai Matematik
2.Kalau boleh dah ada asas pasal komputer ni semua.
3.Anda seorang yang tekun.
4.Kena pandai asingkan diri dengan orang lain.Maknanya, anda kena buat program tu sorang-sorang, dengan sendiri, baru boleh faham.Lantak koranglah, korang nak nangis ke, pecahkan ladtop korang ke, or what everlahkan.Janji buat program tu kena sendiri buat, jangan harapkan orang lain.Memang payahlah nak faham.Kita kene buat sendiri, baru faham.
5.Sabar.
6.Sukakan cabaran.Sebab kos ni bukan calang-calang orang yang boleh buat.
7.Ramai orang kata kos ni mesti budak-budak Skema? tak lah...senior aku hensem macam artis. Tak skema pon dia.Dapat Dekan lagi.
8.Anda kena spent more time dalam bilik or library.Ini confirm bagi budak yang amik kos ni.
9.Anda kena berusaha bersungguh-sungguh..


Bukan aku nak takutkan korang dengan kos ni.Tapi aku cuma ingatan korang yang subjek ni very tought.Kalau anda boleh survive, bermakna anda seorang programmer yang hebat.

Kerjaya?

jangan risau,kat luar sana berlambak-lambak kerja.Maklumlah, zaman sekarang zaman IT. Programmer teramatlah penting dalam negara kita ni.Insha'Allah...

Jadi Hacker?

Jangan nak berangan kalau C++ pun tak lepas.Masa aku mula-mula masuk dulu ramai sangat student yang bila ditanyakan cita-cita nak jadi apa, diorang ckap nak jadi HACKER...naaaaaaaaa..... belajar bertatih dulu nyerrr, baru belajar berjalan.Tapi boleh jerkk jadi Hacker kan..Asalkan untuk kebaikkan.

Minat tak cukup.

Kalau korang minat komputer itu bagus.Tapi tak cukup kalau hanya sekadar minat.Sains komputer didedahkan dengan unsur-unsur logik.LOGIK dan LOGIK. Nak ckap banyak pun susah, sebab aku baru semester 1.Tapi bagus juga, sebab minatlah aku stay up 2-3 pagi buat programming.kah3 




Kesimpulannya ialah...bergantung pada anda.Kalau usaha lebih...Insha'Allah boleh buat.Bagi aku latihan programming coding  tu kena buat banyak-banyak-banyak kali.Tapi jangan lupa banyakkan doa... :) pieceeeeeeeeeeeeeee....

berikut subjek-subjek yang anda akan pelajari di Uitm bagi kos Sains Komputer pada semester 1.

1. INTRODUCTION TO FINANCIAL ACCOUNTING AND REPORTING

2. CONSOLIDATING LANGUAGE SKILLS

3. FUNDAMENTALS OF ALGORITHM DEVELOPMENT

4. FUNDAMENTALS OF COMPUTER PROBLEM SOLVING

5. FUNDAMENTALS OF ISLAM

6. DISCRETE MATHEMATICS










173 comments:

  1. Saya pun CS uitm . Heee . And yess accounting macam asdfghjkl kalau takde basic.. Fikir nak repeat je untuk next sem. :) Tapi alhamdulillah A !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow..Taniah! tak semua bertuah mcm awak..

      Delete
  2. Hmmm kalau kt utem more to praktical which is good bila dah masuk alam pekerjaan. pecahan IT pun lagi luas in fact skrng dah ade degree khas untuk games je... tapi tu semua bila dah degree la.papepun goodluck :)

    ReplyDelete
  3. dgr2 macam susah je sains komputer..tapi kalau dah minat mmg bole bawak :)

    ReplyDelete
  4. Sya bru abes spm. Tggu result. Amek aliran sains . and keliru sama ada nak amek course sc compt. Or not . pening . bce entry ni pun da risau because sye bkn bdk akaun .. Ada basic sikit je time form 3 dulu.. Susah nk dpt dekan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan Risau....Sains komputer memang tought...tapi kalau adik rajin berusaha, insha'Allah boleh...Jangan malas-malas.

      Delete
  5. Kalau mse skolah dlu ambik course sastera, lepas spm bole ambik kkmputer sains?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun aliran sastera dpt kos cs kat uitm...tapi bukan ke kene ada basic add math?bile ke

      Delete
  6. saya nak ambil kos ni :) doakan untuk saya ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. by right macam dah nak grad. Apa progress?

      Delete
  7. salam. sya suka pada cabaran. tapi.. takut laa pulakk~ sekarang nihh still tgah fikir nakk ambek apa~ hehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam,,..Bagus, gud luck okey...pastikan fikir betul2.... :)

      Delete
    2. Salam...sy dh dpt kos cs ni...sy ada basic akaun...math a...addmath b...tp bila bc story awk...alamak...rasa mcm susah haaa...

      Delete
  8. kalau minat komputer tp xde basic akaun leh bwak ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha'Allah boleh...asalkan usaha dan doa itu penting...Mana-mana pun kalau tak usaha tak jadi dik...

      Delete
  9. Assalam..nak tanya ckit.mcmana dgn pointer..saya lepasan stpm.kalau course dalam bidang pengkomputeran ni boleh senang dapat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urmmmm saya tak tahu...sebab saya lepasan SPM..bukan STPM... :)

      Delete
  10. ajar buat loop dlm function bole? ^_^

    ReplyDelete
  11. amik sains komputer kt uitm mane? kos sains komputer kt Shah alam ade x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. diploma science komputer semua ada di cawangan. Shah Alam hanya degree. Ada beberapa cawangan yg both ada dip dan degree

      Delete
  12. salam,sya skrang tngah tunggu reult spm?apa kelyakan utk amek sains komputer nie eah?dkt skolah saya amek aliran perdagangan tapi ada blajar ict..mohon penjelasan..

    ReplyDelete
  13. saya form 5 tahun ni. course accounting. tapi bila nak masuk universiti nanti nak amik course sains komputer. so course sains komputer ni ada kena mengena dgn accounting la eh ?

    ReplyDelete
  14. Mase form 5 aliran sains tapi mintak jurusan nie.. tapi takde basic account pulak. Emm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aq pun sama....menyesal rasenye ambik aliran sains..hehehe

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. math sains komp. nie susah tak ?..saye spm mathmode A,addmath G..hahahh .
    ade hrapan x dlm course nie ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu... same lha result.. nk amik kos ni tp cam x layak plak rsenye

      Delete
  17. assalamualaikum dan salam sejahtera..klau ambil sains komputer..tpi x dak basic akaun..bleh bwa x??

    ReplyDelete
  18. saya minat nk jadi programer..tahun nie spm.. tapi saya xder basic ttg akaun nie..math pun cukup2 makan..boleh ke ambil kos nie??..saya nk jadi programmer

    ReplyDelete
  19. Just nak bagitahu,anda akan jumpa subjek calculus 1 & 2,subjek paling killer dan paling ramai repeat. Tapi jgn risau,kalau korg rajin buat latihan,inshaAllah okay ☺ yg plg seronoknya bila korg dah masuk sem 4 sebab boleh buat web sendiri siap sekali dengan database lagi haa. Btw good luck pd siapa yg nak ambil course ni nanti 😉

    ReplyDelete
  20. terbaik lah...aq nk jadi programmer..x sangka pulak sains komputer boleh dibawak ke bidang yang aq nk...apa2 pun thanks ya,,,

    ReplyDelete
  21. salam...saya tngh tnggu rsult upu..hri tu mntak account,tpi saya aliran sains..agak2 bleh catch up x? sy just dpt math A ngn Bi B...

    ReplyDelete
  22. subject calculus1&calculus 2 time sem 2&sem 3 tuu memang killer gila ah haha tpi kalau basic addmath kuat mmg tkda hal punya

    ReplyDelete
  23. takde basic akaun pun boleh bawa punya untuk sem 1 ni, nampak ja susah awal2 tuu bila dah buat past year punya soalan naik benda sama ja tiap tahun

    ReplyDelete
  24. Seronok baca blog saudara...anak sya pun In Shaa Allah akan join dip sains komputer... moga saudara akan berjaya

    ReplyDelete
  25. Saya dpt kos ni di uitm arau perlis sesi 2014/2015 akn daftar bulan jun ni insyaAllah.
    Sy frm aliran sains at spm. Tadak basic acc. Baca entry ni terus takott nk amik arr. Sy ni rajin bljr tp lambat pick up n cpt lupa haha.
    Doakan kami yg amik kos ni k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau...kalau rajin okey je...Usaha yer dikk.... All the best k :)

      Delete
  26. salam....kawe dpt sains komputer kat segamat...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum. Saya ada soalan. Laptop penting kah bila nak ambil course ni? Tolong jawab. Makasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. penting...sbb nak buat programming kne pakai ladtop or komputer..

      Delete
    2. Jadi kena bawa laptop ya? dan sem 1 kena bawa laptop sendiri atau dah disediakan? harap mendapat jawapan, terima kasih :-)

      Delete
  28. laptop apa yang bagu untuk kos ni?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum. alhamdulillah sy dapat DSC kat uitm segamat sama mcm awk and at the same time sy dapat matrik perlis kos akaun. sedangkan sy zero basic about akaun sbb sy aliran sains tulen. awk raselah kan brdasarkan pengalaman awk, which one is better? uitm or matrik? terima kasih sangat2 :)

    ReplyDelete
  30. sains komputer @ uitm atau teknologi maklumat (pengaturcaraan) @ politeknik

    ReplyDelete
  31. saya dpat kos ny jugak tapi saya xde asas akaun...macm mane erk??

    ReplyDelete
  32. apa syarat2 nk amik sains computer ni?...saya ade addmath bleh apply ke?

    ReplyDelete
  33. salam,sye yus,18 tahun,belajar dulu smpai pmr je,pastu berenti,sekarang tgh menyesal psal maren tak ambik spm,sye memang minat kursus IT dan SC,niat di hati memang nk belajar balik,tapi bile pndang ke arh diri ni rse mcm xde tempt utk org mcm sye ni untuk belajar

    ReplyDelete
  34. As Salam..huhu..saya pn dak cs part 5..insya Allah sem akhir..just nak share sikit..Setakat ni alhamdulillah study fun n steady..result pn okey..x de basic programming pn..n akaun tu aq mmg x minat tp kne belajar je..okey la result..kawan aq x de basic tp dapt A jugak..just nak gtau kalau usaha..fokus..doa..n rajin..dekan every sem tu boleh capai punye..MALAS!!..tlg buang jauh2..kalau boleh print past sem siap2..buat awal2..mesti boleh score..buat projek sehabis baik..mesti akan rase puas gileeee bile dh present...walaupun x tido 2 hari..huhu..k tu je kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu sains kmputer best . awal2 sem je nmpk mcm susah tpi xde la susah sgt . ALhamdulillah sy dh grad drp dploma s.kom dn skrg tgah smbung dgree

      Delete
    2. salam. sy dri stpm aliran science sy dpt kos tekno polimer uitm and sc kptm. basic acc mmg zero and math time spm A- add math C+ time stpm Math C. agk2 blh x sy amik? plus sy ni math mmg xreti pun. blh bg pendapat.

      Delete
  35. science comp uitm! yhea. masuk cs ni hanya sebab minat untuk jadi software engineer. sedangkan time SPM ambil sains tulen, yg memang xda kaitan langsung. certain indiviuals d sekeliling mcm perlekeh. tpi cs best what!? pasal acc tu,allahuakbar. time first class, sepatah haram xdpt. memang terfikir suda, bole adapt kah dgn semwa ni. but yhea, day by day, i believe that cs is not a wrong choice i've made.. yg penting, rajin bertanya, rajin berusaha even error yang tersangatlah banyak tym buat coding, n sentiasa berfikiran logic dan kreatif. peace, i'm part 1, diploma cs at uitm sarawak...:)

    ReplyDelete
  36. Kalau kita dah habis belajar diploma komputer sains, so kalau kita nk sambung ke peringkat Ijazah nanti berapa lama tempoh yg akan kita belajar (peringkat Ijazah)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya tahu...Di Uitm..jika lepasan diploma mengambil kos yang sama semasa degree...ia cuma 2 tahun sahaja....

      Delete
    2. Satu lagi nk tanya, kolej penginapan memang disediakan ke sepanjang 3 tahun diploma?

      Delete
    3. urmmm bergantung kepada anda...aktif atau tidak semasa di kolej..

      Delete
    4. Degree di IPTA lain pun minima 2 tahun je sbb boleh transfer kredit. Akak grad Diploma Sains Komputer ITM/UiTM tapi degree tukar angin grad di UTM.

      Delete
    5. salam.nk tnya dulu sy amik diploma kej elektronik (komputer)
      sy bekerja dlm bidg ini juga.
      .skrg sy igt nk smbung dlm bidang ijazah sains komp netsentrik
      cuma nk tnya bole x transfer kredit...

      Delete
  37. Bleh seneraikan x subjek2 yg dipelajari diploma sains komp sepanjang sem 1,2,3,4,5,6..

    ReplyDelete
  38. Diploma komputer sains kt uitm belajar semua jenis language ke, (JAVA,C,C++,C#,javascript,PHP) ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup....bljar semua 2.....dan setiap language 2 ada project msing2.....
      ada jugak databse......:)

      Delete
  39. Kena amik alira sains ke baru form 3 nihehe dh belajar javas tapi pening kt looping ngn func..

    ReplyDelete
  40. saya ambi aliran acc and ict tapi sya minat dlam bidang computer forencsic ..sama juga ke aliran ni dgn computer forensic..programming mmg susah -.- kalau salah code trpksa kena ulang buat prgram balikk tapi sya belajar basic programming je la as sya pnya coursework haritu :D

    ReplyDelete
  41. saya lepasan diploma CS . memang mula mula masuk tu macam arghh susahnya sebab ingatkan 'sains komputer' ni main game jela , haha . 1st sem memang struggle walaupun subject kacang . dah masuk sem3,4 n 5 , rasa best . tapi programming still no haha sebab tak minat . database n web memang minat gile ! sekarang degree in multimedia computing . ingatkan tak belajar dah coding2 ni semua . tapi tak jugak . haha but sokay , boleh bawa subject programming dgn tenang :)

    kalau ada minat , insyaallah rasa subject CS ni senang . kalau tak minat , merana ~

    ReplyDelete
  42. kalau nak tahu aku CS kampus dungun part 5. aku baru ambil paper akaun yg aku fail sem 1 masa sem 5. then dpt result 12hb haritu aku fail. aku kena ambil supplement paper pada 26-28hb ni. doakan aku boleh lulus. kalau tak mungkin dismiss. aku dah kerja sebagai junior web programmer. so aku tk nak la sebab kena extend atau dismiss terpaksa lepaskan kerja ni. btw web programing dgn android app development bidang yg syok utk diceburi. akaun perosak course CS 110 di UiTM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, akaun mmg spoil course CS.. Aku baru Part 1, pada mula nya mmg satu benda aku tak paham akaun ni, debit credit ledger bagai.,mmg rasa confirm kena repeat je. namun, alhamdulillah aku lulus subjek ni.. Lepas ni dah tk payah fikir pasal akaun lg..

      Delete
  43. Alhamdulillah, dah tamat semester 1 utk science computer juga di uitm.. Apa yg aku boleh cakap, pada mulanya mmg susah nak paham segala benda tpi bila kita try sendiri sebenarnya mmg boleh buat.. Awalnya mmg aku blur, sbb mmg aku tak pernah ulang kaji. Assignment pun copy member je.. Mmg rasa dah tkleh nak bawak.. Tpi bila dekat final.. Aku try ulangkaji, fahamkan konsep dia.. Sebenarnya tkde lah terlampau susah.. So, kalau kau rajin usaha, mmg boleh buat.. Harap2 sem 2 nnti aku dpt buang sikap malas aku dan dapatkan anugerah dekan..

    ReplyDelete
  44. Trimas ye. Nampak sikit la minat sy. Hehe. Result spm minima utk apply kos ni brp eh??yg ada tawarkan kos ni setahu sy upm,uitm,utm. Lagi?

    ReplyDelete
  45. doakan saya dapat kos ni
    ahhh tq utk coretan anda tentang kos ni sbb mula2 x paham kos apa ni
    at last lepas baca blog u alhamdullilah dah faham
    and i decide nak amik kos ni...ahhh finally baru nampak hala tuju saya hahaha
    wish me luck!

    ReplyDelete
  46. well , thanks sbb share benda ni . slama ni tak tau pun ada course ni . nak kata minat , tak la juga minat sangat , tapi bila baca ni , makin mendalam pula minat saya . memang kena kuatkan kata hati lagi . banyak dah saya baca artikel or pngalaman orang yang ambil course ni , so hati mmng trdetik nak yg ni . doakan saya .

    ReplyDelete
  47. sy minat sangat pasal komputer ni. kalau sy nk jd hacker course ape yg perlu sy ambil?

    ReplyDelete
  48. Kalau ambik diploma sains komputer. Boleh tak sambung degree teknologi maklumat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak sambung degree software engineering or networking ? :)

      Delete
    2. kenapa tak sambung degree software engineering or networking ? :)

      Delete
  49. kalau time SPM ambil aliran sains tulen , msih boleh ambil course ni ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. better mohon dekat ump sebab sana takda course account :)

      Delete
  50. apa syarat2 nk masuk sains komputer nk guana ni

    ReplyDelete
  51. Assalam.. sy bru cek upu.. n dpt sains comp uitm.. uitm mne je ea ada course ni.. tq

    ReplyDelete
  52. Dapat course ni and tetiba rasa takut.

    ReplyDelete
  53. Dapat course ni and tetiba rasa takut.

    ReplyDelete
  54. nak tanye deg nanti ape yg blh sambung klu ambek dip ni? saya komfius lagi sama ada nak ambik dip sc takpun dip science.

    ReplyDelete
  55. Saya dpt course ni...bila baca part c++ tu rasa mcm susah pulak...

    ReplyDelete
  56. Sy baru dpt tawaran UITM tapah utk CS, sy lepasan SPM sains tulen dgn akaun. Sy mmg minat komputer, tapi x minat dgn akaun hahaha, tapi dpt jugak credit akaun hehehe... Harap akaun dia x mcm SPM hahaha

    ReplyDelete
  57. Dapat kos ni.,.dekat uitm sarawak , ada member khyg d sini.dpt ?

    ReplyDelete
  58. Dapat kos ni.,.dekat uitm sarawak , ada member khyg d sini.dpt ?

    ReplyDelete
  59. Hello, penulis masih lagi aktif di blog nya kah? Nak tanya sesuatu ni

    ReplyDelete
  60. masyaaAllah bro ,
    uitm still kat uitm segamat kaaa ?
    inshaaAllah bulan 6 saya masuk sana , course sama jugak . semoga boleh tunjuk ajar kat kami junior :D

    ReplyDelete
  61. Salam,kena bawak laptop ke masa kuliah?

    ReplyDelete
  62. Operating system ap yg dyeorang gune??

    ReplyDelete
  63. Dkt mana eh uitm yg menawarkan kos scs comp ni selain uitm arau? And boleh tukar ke? Deg scs comp bukan dip

    ReplyDelete
  64. Huh, baru nak apply CS kat Uitm, cancel lah. Mcm susah je

    ReplyDelete
  65. Bang, saya cadang nk ambik bidang ni nanti,tapi saya aliran sastera. Elektif saya akau,seni dan ict.. saya x de fizik ngan add maths.. agak2nye boleh ke saya ambil bidang ni nanti sebab saya banyak baca yng CS ni untuk budak aliran sains je..

    ReplyDelete
  66. kawan sya amik diploma sains komputer, tpi sya x thulh die dh semester 1 ke 2.. tpi adakah die bleh godam data dlm hard disk org lain? sbb sya risau die akn godam data dlm hard disk sya..

    ReplyDelete
  67. Salam perkenalan.

    Selamat berjaya. Dengan penuh perngharapan.

    https://plus.google.com/+ZazlanTonsiti/posts

    ReplyDelete
  68. Coding teramatlah 'senang'...aku haritu penah kena marah dgn lecturer sbb tanya kawan..dia suruh aku belajar sendiri..jgn nk depends pd org..aku cuba..alhamdulillah makin lama makin aku dapat ikut rentak dia..btw aku pn sem satu n student uitm

    ReplyDelete
  69. Salam...siapa degree computer science yg ingin mencari pekerjaan?kalau boleh nak yg lelaki sila pm akak yea aimie_gennie@yahoo.com

    ReplyDelete
  70. asasi cs ni ada kat mana je, puas menggeledah encik google hehe mohon pencerahan

    ReplyDelete
  71. assalamualaikum, saya lepasan spm. tengah tunggu result. saya nak tahu bole ke amek kos cs ni kalau bukan aliran sains tulen? saya aliran ict tapi still ada subjek sains tambahan.

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum, Abg Shaz. Zatii lepasan SPM. Sekarang ni tengah tunggu result. Yang sebenarnya, saya memang minat sangat dengan cos CS ni. Tapi, saya tak ada basic sains and tak ada langsung basic ICT. 😭 Sebab saya ni aliran perdagangan. Seriously, saya memang minat gila kalau bab2 komputer. Saya sukakan cabaran. Boleh ke saya yang dari aliran perdagangan ambil kos CS? I hope Abang Shaz reply as soon as possible. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rasenye ..

      kelayakan :
      -paling kurang kepujian (c) dlm math
      -dapat 3 kepujian dalam mne2 subjek
      -dalam 3 subjek tu ..pastikan ade salah satu dri ni :
      a)sains ( since awk aliran perdagangan)
      -kepujian (c) dlm BI
      -tidak cacat

      p.s. sy pun nk apply course ni so hrap2 dpt cari kawan awal2 ��

      Delete
  73. kalau tak amik addmath spm boleh apply ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ..asalkan cukop syarat dan plimmg penting MINAT hihi

      Delete
  74. http://www.ktac.edu.my/v2/index.php/program-2/165-dsk

    -----------------------------Syarat Kelayakan-------------------------------------

    Pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan SPM seperti berikut:

    Kredit - Bahasa Melayu
    Kredit - Matematik
    Kredit salah satu subjek - Fizik/Kimia/Biologi/Sains Tambahan/Matematik Tambahan
    2 Kredit - Mana-mana Subjek
    Lulus - Bahasa Inggeris

    ----------------------------------------------------------------------------------

    Bolee. Tapi AWAS, adik akan blaja kalkulus atau dalam kata lain 'addmath yang telah dipecah2 menjadi beberape bahagian'. Kalu dah blaja addmath kira paham skitla kalkulus ni.

    cout<<"Semoga Berjaya Adik2!!\n";

    ReplyDelete
  75. Kalau amek kos ni. Ada masa tk nk main dota 2? Hahaha

    ReplyDelete
  76. mcm best je tpi asas addmth pon xde T-T.. yg ade pon asas acc n ict.. cmno blehkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ni ..try la apply .. wish u all the best !

      Delete
  77. Minat Sangat tapu takut nak apply dip cs ni sebab merit sayaa cuma 50 ja.takut tak lepas😣 even maths dah lepas syarat

    ReplyDelete
  78. salam, pra diploma politeknik untuk diploma sains komputer je ker?

    ReplyDelete
  79. salam, pra diploma politeknik untuk diploma sains komputer je ker?

    ReplyDelete
  80. saya lepasan spm 2015. saya ada asas akaun tetapi tiada basic ict dan addmath. agak-agak saya boleh tak bawak diploma sains komputer ni???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer .. sy xde gak basic ict n mmber sy ramai je yg xde basic addmath tp ramai je yg dekan .

      Delete
  81. kalau korang sc com dkt uitm DAN dkt matriks, yg mana korang pergi

    ReplyDelete
  82. Masuk mna2 u atau kolej msti ade selit akaun pnya..bkn dkt uitm je.. Sbb kerajaan na belia bijak dlm urusan kewangan..and na belia mnat bisnes..

    ReplyDelete
  83. Salam...nk tanye laptop ape yg sesuai utk digunakn dlm diploma cs ni?

    ReplyDelete
  84. Salam...nk tanye laptop ape yg sesuai utk digunakn dlm diploma cs ni?

    ReplyDelete
  85. waa bgus review ni..keep it up

    ReplyDelete
  86. Klau matematik perkomputeran pon sme ke mcm ni?

    ReplyDelete
  87. DISIPLIN + USAHA + MINAT. 3 faktor utama yang perlu adik-adik ada ketika menuntut ilmu di menara gading. Tak kisahlah course apa. Janji ilmu yang diperolehi dapat menjadi bekalan ketika kita di alam kerjaya :).

    ReplyDelete
  88. Assalamualaikum...sy simpan cita2 dari kecil lagi nak amnil cs ni..tapi..spm sy x ambil akaun fizik kimia bio..just ambil perdagangan tasawwur dgn ict je..diploma keluarga sy soh masuk fakulti filem..sy igt nak tukar masuk cs masa degree...bole k? Kalau bole tlg pm sy..0109228835...tlg2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Diploma Sains Komputer di UiTM tak boleh dik sebab syaratnya atleast dapat kepujian dalam 2 subjek sains tulen peringkat spm

      Delete
    2. Boleh jer kalau dapat kredit sains rampaian dan ict masa spm.tapi tak tahulah macam kes awak ni dari fakulti filem ke cs.Tapi rasanya boleh jer tapi tempoh degree agak lama la sebab tak banyak boleh transfer credit

      Delete
  89. Cs ni ada interview tak?

    ReplyDelete
  90. oo...org yg hack ni semua otak powerla....

    ReplyDelete
  91. Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

    Just nak share pengalaman akak skit dalam course DCS ni.

    Akak terjebak ambil kos ni atas khabar2 angin senang nak dapat kerja. Maklumlah masa tu teknologi komputer sedang membangun.

    Sem 1 subjek oklah dah dtg minat. Sem ni diajar Kod pseudo, logik. Masuk sem 2 , dah mula buat programming.. pening juga nak faham. Gred paras hidung @ C@ sekadar lulus dah jadi seakan satu hikmah ketika itu.
    Mmg ada subjek akaun dan saya pun tak score . Tapi saya suka subjek statistik, qmt, matematik, bahasa inggeris ..Alhamdulillah gred selepas melalui liku2.

    Lepas diploma dapat kerja sebagai programmer ...masa kerja baru nampak programming ni apa dan mcm mana nak guna. Alhamdulillah.

    Setahun lebih lepas kerja sambung degree. Degree ada majoring @pengkhususan .Saya ambil software engineering.

    Selain software engineering ada major MIS, System, Network, Multimedia. Alhamdulillah masa degree jelas nampak programming tak susah sebenarnya. Yg penting kena ada kefahaman awal dan kena xtra rajin buat coding try n error. Syntax error , logical error dll masa tgh run mmg terpaksa dihadapi.

    Lepas grad, saya mengajar student Diploma subjek C++ Object Oriented Programming UiTM di Kolej Swasta. Rasa gembira sgt bila subjek yang dulu kita paling takut dan score pun sekadar C+, anak didik kesemuanya dapat B+ atau A-. Untuk jatuh cinta, kena kenal dan usaha. Insyaallah semuanya akan mudah

    ReplyDelete
  92. Assalamualaikum nk tnye skit. Erm kalau masuk kos nie la kan, result spm die nk subjek ape yg credit,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pergi ke laman web Universiti yang adik pilih untuk ketahui lebih lanjut

      Delete
  93. Assalamualaikum....
    Nak tanya. Universiti mana yang mempunyai pencapaian paling bagus dalam bidang computer science nie?

    Tolong senarai kan top 10~~~ XD

    ReplyDelete
  94. Kalau x ambil subjek kimia fizik addmath boleh dapat x agak2nya?

    ReplyDelete
  95. saya masa form 5 amik aliran sains tulin .boleh ke kalau sy nak amik jurusan ni?

    ReplyDelete
  96. Erm mcm berminat dgn kos ni tpi bi saya D. Dan bi tk berapa pandai dan tk suka bi. Adakah kos ni bnyk menggunakan bi dan adakah saya layak?

    ReplyDelete
  97. Saya nak tanya, lepas amik kos ni boleh sambung degree computer engineering x ?

    ReplyDelete
  98. Boleh ke klau cam saye ni, aliran sastera,tpi subjek addmath saya lemah.. Mintak pendapat cik,sye ni boleh go through tak course ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Yang lemah tu boleh diperbaiki sebenarnya. Tapi kalau betul lah adik ni lemah math. Better amik kos2 yang kearah sastera or sains kemanusiaan

      Delete
  99. Saya form 4 baru . 2017 ialah tahun pertama sains komputer didedahkan kepada pljr sekolah menengah (basically sainskom ganti ict) . Sy minat sains kom . Java sikit sikit tu boleh la . Cuma now addmath sy lemah sikit . N sy x de basic account . Agak agak nanti susah ke nak bawa bila dh masuk u nanti?btw sy aliran sains tulen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah boleh dik. Sy pljar diploma sains komputer semeater akhir. Sy dlu aliran sastera je. Tak ambil pun addmath. Alhamdulillah xde masalah setakat ni. Nt akan ada subjek pre calculus (sem1) dan calculus (sem2). Dua² tu mungkin susah la bg sesetengah student. Tp klu usaha lebih. Rajin brtanya. Rajin buat latihan. Rajin jumpa lecturer. Insyaallah tiada masalah. Utk account, jgn risau. Tidak sukar seperti yg anda bayangkan. Sekian,😊

      Delete
  100. saya dapat matriks perakaunan & upu saya dapat bidang sains komputer, but bidang ni last choice saya time isi upu dulu. Saya akaun so so je. Upu mohon perbankan tak dapat so better saya ambil matriks or dip sains komputer ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. samela dgn sye.. skung nie tk tahu nk pilih yang mana... mtrik perakaunan atau upu sains komputer...

      Delete
    3. Mengikut kawan abang, matrik perakaunan senang nak dapat 4 flat. Tapi kalau senang tapi malas tak guna juga kan. Usaha tangga kejayaan dik.

      Delete
  101. saya dpat kos nii...alhamdulillah...tpi agak takut....takut takleh bawak....math b....addmaths gagal......hahaah.... so amacam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. taniah dik, jangan risau. Usaha more kat matematik. Matematik ni kacang goreng je.. Kena cari tempat2 yang tenang and sunyi macam library, pastu buat latihan banyak2. Insha'Allah study boleh masyukk punyerr

      Delete
  102. sy dapat course science computer di ump. adakah ia bagus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti dik..tapi mana-mana universiti ada kelebihan masing2

      Delete
  103. Salam bang,saya baru jer habis orientasi di Uitm Kuala Terengganu.Saya nak tanya,laptop apa yang sesuai untuk belajar sains komputer.Kalau boleh abang terangkan minimum requirements nya.Saya kalau boleh nak beli yang murah jer tapi takut tersalah beli laptop yang tak sampai requirement untuk course ni dan terpaksa beli laptop lain.Saya harap abang dapat balas secepat mungkin.TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. laptop apa2 pun takpe dik. but kalau boleh jangan pakai notebook. sebab kadang kadang hang. saya student cs juga di UiTM Kuala Terengganu, now tgh cuti :) inshaAllah next semester part 5 xD

      Delete
    2. Hahaha....senior rupanya.TQ :)

      Delete
  104. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  105. nk tanya , saya first sem program pengurusan teknologi ( perakaunan ) , sy minat dgn akaun tapi dpt kos sains komputer ni , sy diberi pilihan diantara 2 kos tersebut , so,yg mana pendapat anda ? sains komputer ni ada unsur2 akaun tak ?

    ReplyDelete
  106. alhamdulillah tadi check kat upu dapat course ni kat ump. rasa happy dia tak tau nak kata apa. tapi mak bapak tak pandang pun kos2 macam ni. sebab takut takda peluang kerja. skang ni tak tau camana nak explain kat diorang pasal course ni :(

    ReplyDelete
  107. Assalammualaikum.. saya nk tnya sya ambil course sains komputer kat skola tp saya x ambil addmath.. saya boleh masuk x course sains komputer yang dianjurkan di uitm

    ReplyDelete
  108. Uitm mana ea yg twrkan course ni

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...