Sunday, October 27, 2013

Aku hanya remaja biasa


Assalamualikum..

Perlu ke aku kata aku nih masih remaja tapi berjiwa kanak-kanak. Apa? kanak-kanak? itu sungguh peliks! 
aku mungkin manusia biasa yang tak punya bakat yang tinggi pun.Sedangkan orang disekeliling aku penuh dengan tarikan dan banyak bakat terpendam..
Ada juga orang kata perangai aku ini pelik, kebudak-budakkan dan giler.Okey, bab giler tu tak menahan.Aku masih waras lagi okey..keh3.

Tapi, bila aku nak masuk U, semua benda-benda tu aku cuba elakkan dari orang ramai.Aku cuba jadi budak biasa dan untuk elakkan semua tu, aku jadi budak pendiam.Hahaha, bunyi macam pelik tapi itulah aku di zaman universiti.Zaman sekolah sudah berakhir.Zaman pengawas sudah berakhir, zaman kecoh-kecoh masa sekolah dulu pun dah berakhir.Tapi sampai bila nak sorokkan benda-benda macam nih...Tak kesahlah.

Aku Active dalam instagram..Bak kata Yuna, Setiap gambar ada lagu..kah3

Sebelum ini aku telah menjamu korang semua denga entry yang sempoi dan kurang matang dari aku.Tak percaya?..korang bukalah entry post aku yang sebelum-sebelum ni.Tengok kat sidebar blog aku ni, bila aku baca balik, teramatlah lawak dan lucu.Betapa tak matangnya aku masa dulu.

Dulu aku asyik2 buat entry post menggila,post komik photoshoplah,post hantu bagailah.Asyik-asyik nak dapat duit income dari encik Nuffnang dan Churp-Churp yang kedekutnya tahap taik hidung masin.hahaha..takkan aku lupakan bila first time dapat duit dari encik Nuffnang...masa tu terus bersemangat blogwalking bagi menjana duit walaupun berapa sen jerk setiap klik iklan di blog aku ni.

Tapi sekarang aku dah matang.(cehh,,macam bagus jerk cakap macam tu), aku dah mula belajar sesuatu dari yang lepas.Mungkin selepas ini aku akan buat entry yang bagi inspirasi kepada orang yang mengunjungi blog aku yang tak seberapa nih.Bab tulis gila-gila tu mungkin ada.Tapi akan ku kurangkan..hahaha..benda-benda macam nih, susah aku nak elakkan.

Bab duit? urmmm...kalau ada rezeki dapatlah jana duit sikit-sikit.Tapi aku tak berapa hyperActive macam dulu-dulu sampai asyik cash out dari nuffnang kan...Dia punya cek datang macam siput.Sebulan baru nak hantar.Tak berbaloi bagi aku sekarang nih...tapi kalau dapat.Alhamdulillah..

P/S:Amacam? matang tak penulisan aku kali ni?..hohohoho <----muka bangga



2 comments:

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...