Thursday, October 31, 2013

Aku dan Novel..


Dulu masa aku cuti lepas spm, aku tak buat apa-apa.Masa tu aku ada hobi iaitu menulis novel.Sebab aku masa tu tiba-tiba rajin baca novel sampai aku nak buat sebuah karya novel buatan aku sendiri..cehhh.Tapi malangnya hanya separuh jalan sahaja dan aku terlupa nak buat chapter yang berikutnya.Tadi baru teringat. Dan aku perlukan sangat-sangat sokongan korang..Jadi..please baca sinopsis kisah yang aku buat nih..nak bagi pendapat atau komen kat aku..




Tajuk: Cinta Si Alam Kodok

Sinopsis: 

Seorang wanita yang bernama Alia yang jatuh hati pada seorang jejaka yang bernama Rayyan.Malangnya Rayyan mempunyai wanita lain untuk dijadikan isteri.Akibat dari peristiwa yang memalukan di Restoran dimana Alia bertindak melulu itu, Alia berasa tertekan berhari-hari sampai menganggu kesihatannya.Sampai suatu seketika Alia terdengar suara seekor katak yang sangat kuat dan membawanya ke satu tempat demensi yang lain iaitu dunia kodok.Di dunia kodok pelbagai dugaan yang telah Alia Alami dan dia telah bercinta dengan putera kodok yang bernama Guko.Apakah kisah lebih lanjut tentang Alia?....Adakah dia dapat keluar dari dunia Kodok? dan siapakah Ahli sihir Tanturk dan Si Kaya Burugan?....bacalah..


P/S: Sebenarnya saya geli katak..okey byeee..

No comments:

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...