Saturday, August 24, 2013

Serius Malu nih..

Assalamualaikum...

Kringggggg....kringgg......kringggg......

Aku terbangun bila terdengar bunyi alarmku yang Annoyying tu.Kelas aku sebenarnya pukul 10 pagi.Tapi aku set jam pukul 9 pagi.So bila aku bangun, mata aku ni dah berat macam gajah sampai susah sangat nak bangun,aku pun terlelaplah sekejap.Pehhh memang syokk giler bila terlelap dua kali.

Saper yang duduk kat kolej jerk tahu betapa malasnya bila kelas start pagi-pagi buta, terutama bila kelas start pukul 8 pagi, Memang kepala ni cakap "PONTENG KELAS! PONTENG KELAS!...Sebab kat kolej takde mak bapak nak kejutkan.So jam Loncenglah menjadi teman tidurku.Tapi bila dah bunyi, rasa nak hempas jerk jam lonceng tu kat dinding konkrit.

So, lepastu aku pun secara tiba-tiba tersedar.Tengok kat tingkap dah cerah.. ALAMAK!!!! aku ada kelas Programming pagi ni pukul 10!! lepastu aku tengok jam lonceng aku, Mak datok....dah pukul 10.15!!! pehhhh aku dah memang lambat dah ni.Kelas tu penting.Kalau aku tak datang memang banyak yang aku melepas. Lepastu dengan pantasnya aku berlari kat bilik air untuk mandi.Bayangkan dah lambat giler, so mandi kerbau lah jawabnya.



Lepas siap-siap semua, jam lonceng aku menunjukkan pukul 10.35 pagi....Mak aiii, serius sudah lambat.Kalau aku masuk pun mesti lacture aku marah.Tanpa berfikir panjang, aku pun apa lagi, berlari ke kelas dengan pantasnya.Pantas kelajuan melebihi 170 KM/h...hakhakhakhak!!

Lepastu tiba di pintu depan kelas.Aku berdiri sambil tarik nafas laju-laju......siap berdoa lagi agar lacture aku tak marah aku.Orang kata, kalau nak bagi orang tu tak marah dengan kita, kita mesti senyum dengan ikhlas. So aku pun practice senyum dengan ikhlas selama 10 saat.Okey!, aku dah ready nak masuk dalam.

Aku masuk dengan senyuman yag ikhlas.....alih-alih, aku tak nampak pun lacture aku...dan aku tak nampak pun classmate aku...Yang aku nampak classmate orang lain.Alamak! aku salah kelas ke? atau kelas dah cancel.Malunya aku bila diorang semua pandang aku dengan muka yang pelik.Yelahh, mana taknya tiba-tiba ada orang yg tak dikenali salah masuk kelas lepastu senyum-senyum pulak tu.

Lepastu cepat-cepat aku keluar....Aku pun rasa marahlah kat membe aku...apsal kelas cancel tak mesej aku atau Whatsapp ke...ape ke kan...Kat hati ni dah mula salahkan orang ramai.Lepastu secara tak sengaja, aku terpandang jam tangan aku.

Aik!!! baru 9.30 pagi!!!!!!!!!!!!

P/s: The moral of the story is, Lain kali tukar Battery jam Lonceng Anda...





12 comments:

  1. hahaha..fhm perasaan tu. sy sndiri pun da bnyk kali silap msk kelas. ;p

    ReplyDelete
  2. hahaha...padan muka kita dik...hihi..

    ReplyDelete
  3. malu weyh ! hahhaa padan muka kau. ** jam lonceng ke jam loceng? hahhaha

    ReplyDelete
  4. eh sama la kita pernah jugakk~ hahahahah

    ReplyDelete
  5. hahaha...bila diingatkan mesti kelakar kan..

    ReplyDelete
  6. haha.. tengah bayang sy jadi bebudak kelas lain tu. mesty gelak tengok awak time tu.
    hehehe... peace :)

    ReplyDelete
  7. Haha..,TerBaek Arr Jal...,
    Laen kali knci jam loceng.,ngn jam henfon ea..,
    hihi..,

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...