Saturday, August 17, 2013

Cerita Seram nih...

Assalamualaikum... Sudah lama aku sudah tak updte blog. Dan setiap kali aku update jugak aku mesti start dengan ayat yang sama. Adeiii, dah berabuk dah blog aku nih...urmmm sibuk punya pasalkan..

Okey aku baru lepak dengan member aku...lepastu kitaorang citerlah pasal masing-masing punya cerita.Helooo jangan korang berfikir kitaorang bergosip pulak eh.. lelaki kurang sikit bab-bab gosip nih..HOHO, lepastu boleh pulak si member aku sorang nih cerita hantu-hantu pulak malam-malam buta nih..Pehhhh mula-mula rasa tak nak dengar sbb aku ni dah boring bab-bab cerita seram nih...semua citer tipu kann.Tapi si member aku nih cerita dia boleh tahan Rare siott...

Okey, sekarang ni aku duduk dekat kolej Sempana Riau dekat Kampus UITM JOHOR segamat kan. So dia ceritalah dekat kolej tu berhantu.Sebenarnya senior diorang yang cerita kat dia..aku layan jelahh..

Cerita Pertama

Mak CIK KAripap


Okey, cerita ni cukup popular dekat kolej student lelaki.Sampai aku tak nak ambil tahu pun boleh tahu cerita ni.Cerita dia macam ni. Dekat kolej ni ada tradisi yang tersendiri iaitu PSU (PERTEMUAN SALAM UKHWAH) bagi mengeratkan hubungan antara junior dan senior.Bukan Gay okey!, just nak kenal-kenal jerk. Disambungkan cerita Ada budak junior ni buat PSU dengan Budak-budak senior.So si senior ni nak kenakan  budak junior ni. Senior tu suruh si junior tu beli karipap di tingkat tiga blog D. Padahal blog tu tidak wujud pun. So si senior ni pun gelak-gelak sakan lah apa lagi...then tiba-tiba budak junior tu datang bilik senior tu dengan karipap yang dibeli di tingkat 3 blog D yang tak wujud tu. Lepastu diorang tanyalah dengan si junior tu mana dia dapat karipap tu. Junior tu cakap, dia beli kat tingkat tiga Blok D dengan seorang mak cik.Lepastu Mak cik tu siap cakap dengan junior tu, "Cakap dengan senior awak, jangan buli budak junior tau". Mahu terkejut beruk si senior tu semua.Persoalannya, di kolej lelaki mana boleh perempuan masuk.Ha! jeng...jeng..jeng...



Hantu Kira-kira 

Cerita aku rasa dah biasa kot, Hantu kira-kira ni biasanya popular kat asrama budak sekolah. Cerita dia macam ni, Bayangkan korang tengah tidur kan lepastu korang tiba-tiba jerk tersedar ada sorang nenek tua tengah cangkung kat almari.Lepastu dia cakap.."Katil nombor 1 tak tidur lagi ke..."

Pak Guard Motor Terbang


Bila tiba musim study week and final exam, ramai la students yang stay up nak study. Studylah sangatkan..? Ahakkzs,. Selalunya budak budak yang tidur lewat ni la kena kacau. Ada seorang budak ni tengah fokus study, tiba tiba dia dengar bunyi bising macam enjin motor semakin dekat dengan pintu bilik dia.

Kebetulan pintu bilik dia tengah terbukak luas, bila je dia toleh dia ternampak seorang pak guard berpakaian lusuh tengah naik motor sambil menjerit suruh budak tu tidur.Budak tu jenguk ke luar tingkap nak pastikan dia berada kat tingkat berapa at that time. Memang nak tercabut jantung la kan sebab tak syak lagi dia berada kat bilik dia sendiri.Tingkat 3. Woah yang musykilnya, macam mana pak guard naik motor sampai tingkat 3? 


Pocong Di tandas

Ini aku dengar dari senior aku.Dia cakap kat tandas sebelah bilik aku ni ada pocong.Bapak Seram seyyy, Aku nak pergi tandas pun terasa macam ada benda ikut aku.Pernah sekali tu aku gi tandas nak basuh kaki, lepastu aku rasa macam kat belakang aku ada orang tengah ikut aku perlahan-lahan.Masa tu tuhan jerk tahu perasaan aku masa tu.Jantung masa tu berdegup mengalahkan kereta F1.Lepastu aku beranikan diri tengok belakang kan.
Rupa-rupanya seekor kucing jahanam sedang ikut dari belakang aku. Cinabeng!! buat terkejut aku jerk.

The conjuring (rekaan semata-mata)


Ceh, tiba-tiba ambil mood seram filem Conjuring yang part mak dia main nyorok-nyorok dengan anak dia.Part yang paling seram masa diorang main tepuk-tepuk..Pehhh ngeri seyy... Kalau main kat kolej malam-malam kan best jugak.




P/S: Minta maaf kalau aku ada buat korang terseram sejuk ke apa ke kan, Sorry sangat-sangat..Sekadar nak share..HOHO hihihi.Terpulanglah kat korang nak percaya ke tak..Maybe cerita2 ni sekadar Mitos semata-mata untuk takut-takutkan budak junior.Hehehe
















15 comments:

  1. eh eh, memang mengena sungguh la baca cerita seram pukul 2 pagi. brrr.. nak tidur lah!!

    ReplyDelete
  2. teringt maharaja lawak pasal citer makcik karipap tu..haha

    ReplyDelete
  3. perghh, macam macam hntu doh.. hihi :)
    pengalaman jumpe hantu mmg best. bhahaha

    ReplyDelete
  4. saya x mau baca! sebabnya saya memang sangat penakut haha!

    ReplyDelete
  5. suka dengar cerita antu..nanti buat n3 cerita antu lagi tau..hehehe..

    ReplyDelete
  6. nasib baik baca masa terang. bukan masa malam :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiii tak syoklah baca masa terang....xde feel

      Delete
  7. x boleh ke x letak gambar tu?? huhu.. seram aku... dah la umah aku ni pon ade.. huhuhu.. :'(

    ReplyDelete
  8. chit!!! takat kucing jer pun takut.

    ReplyDelete
  9. Sempena riau...byk citer kat situ. Pak guard tegur "tak tidur lagi?" dari luar tingkap.

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...