Tuesday, July 23, 2013

U oh U....

Assalamualaikum..
Sudah lama aku tak menaip blog aku ni....aku rasa sekarang ni aku dah nak mula aktif dalam dunia blog nih.Lepas nih aku rasa aku nak blogwalking sampai lebam.Oh ya, sekarang ni aku dah jadi student kat Uitm Segamat.Sedang ambil kos Sains Komputer.Ermm agak mencabarlah jugak kos yang aku amik nih.Kat Kampus nih boleh stress jadinya sebab tiap2 minggu ada jerk kuiz dan test.Rasa nak jadi gila pun ada jugak.

Sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita ni ha....Aku ni sekarang dah kena berdikari...takde lagi nak mengharap kat mak bapak 100% dah...Sekarang ni semua kena buat sendiri.Yang paling aku malas ialah bila nak basuh baju guna tangan.Adeiii leceh betol lah jadi manusia kuno nih...Walaupun dah disediakan mesin basuh berbayar...tapi still tak nak sebab bukan percuma...hahahaha

Lagi satu masalah besar aku kat sini....Aku ni boros yang terlampau boros.Semuanya aku melabur kat makanan.Maklumlah, bila korang duduk kat uitm Segamat ni korang duduk diam pun ada jugak orang datang jual kat korang.Sebab kat sini ramai yang bisnessman gitu.Kadang-kadang aku jadi semakin gemuk bila aku duduk sini.hahaha.Tapi jangan risau, kat uitm segamat ni ada menyediakan pusat senaman semula jadi yang percuma iaitu anda dikehendaki menaiki bukit untuk ke kelas dan menaiki 100 anak tangga. Kira boleh terbakarlah jugak kalori dalam badan nih...


Mee segera menjadi santapan dikala perut sudah menyanyi lagu najwa latif, Kosong~~kosong~~ kosong~~


Ni masa kitaorang tengah belajar programming, Sempat lagi snap pakai webcam...lihatlah kemontelan pipi aku tu....gemuk erk..

Lagi satu, kalau nak masuk U ni mental korang mesti kuat. Kat sini cuma korang sendiri yang kene pilih nak ikut yang buruk atau nak ikut yang baik.So it's up to you..



8 comments:

  1. senaman freepun tp kalau magi hari2 sakit jantung jugak tu...ehehe tp yer lah kalau dh duduk kat U tu mmg kene pandai pilih jalan yg kite nk jadi lah.yg penting study tu elok2, agama jangan buang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit jantung?? yeke??....adeiii, lepas nih kene kurang2kanlah sikit makan...

      Delete
  2. macam sedap je maggi tu..ahahx >_<

    ReplyDelete
  3. wah UITM Segamat! kte baru je hbs dr UITM Segamat..ngah tggu konvo bulan 11...rndu kampus..

    ReplyDelete
  4. hahaha....janji sedap..hihi..:)
    muka yang montel gara-gara perkena maggie kari :)

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...