Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru.. 2013

Assalamualaikum..

Sudah lama aku tak mengupdate blog aku ni.Rasanya sejak dua menjak ni aku update blog just seminggu sekali jerk kan.Hehehe, rasa tak syok kalau tak berblogging kan.



Hari ni hari guru.Cita-cita aku nak jadi seorang guru.Ermmmm dah suka jadi cikgu pulak dahh aku ni, dulu beriya-iya nak jadi doktor.hehe, Sebenarnya doktor bukan pilihan aku lagi.Menjadi doktor adalah nafsu bagi aku untuk mencapai gaji yang mewah.Tak berbaloi sebenarnya kalau bercita-cita jadi doktor kerana kemewahan gajinya.Lagi satu, nak jadi Doktor memerlukan daya ketahanan mental yang amat kuat.Bersabar dengan lecture, bersabar dengan asigment yang rumit.Semua perkara ni aku tahu masa aku dengar taklimat for tingkatan 6.Masa tu cita-cita aku sekelip mata berubah.Sains bukan aku.Dan aku bukan sains.WhatS??

Aku dah lama tak jumpa cikgu, dengar cikgu membebel, dan mendengar lawak daripada seorang cikgu.Perkataan yang paling aku rindu masa sekolah dulu ialah "Alamak! kerja rumah tak siap lagi". Rasa seronok bila memikirkan zaman persekolahan.Cikgu banyak membantu aku dari aku tak pandai membaca sampailah aku sudah pandai baca.Tugas seorang guru ini sangat mulia.Sebab tu aku tak suka kalau tengok cikgu yang suka mengeluh depan anak murid dia.Aku lebih suka dia sorokkan masalahnya tapi sentiasa senyum depan anak murid.

Aku menyesal sebab dulu aku adalah seorang murid yang malu bila bercakap dengan cikgu.Bila cakap dengan kawan punyalah kecoh, tapi bila bercakap depan cikgu rasa janggal dan malu dibuatnya.Mungkin aku terlalu respect cikgu sampai tak terkata.Bila cikgu marah aku, muka aku jadi merah padam sebab malu tak terhingga.Sebab tu aku jarang buat cikgu marah.

Cikgu sebagai inspirasi bagi aku. Sebab cikgu aku bercita-cita besar.Sebab cikgu aku pandai metamatik.Kalau nak diikutkan masa form 2 dulu, metamatik aku boleh dikira hancusss, Ahamdulillah masa form 3 ada seorang guru yang berkaliber yang telah memberi aku inspirasi sampai aku GOOD in methamatics.Aku pernah dapat markah 100 tau dalam metamatik.Punyalah aku gembira terloncat-loncat siap tunjuk kat mak ngan abang aku. Rasa nak tunjukkan kertas exam aku yang dapat 100 tu kat satu kampung.Sejak dari itu aku mula meminati subjek metamatik.Nampak kan betapa mudahnya tuhan ubah hambanya dari bawah ke atas.Alhamdulillah.

Masa form 5 pula, aku minat subjek Biology.Aku suka biology bukan sebab dari aku baby aku dah minat BIO.Aku minat Biology sebab cikgu ajar dengan best sekali.Cikgu Biology aku suka bercerita tentang subjek yang dia ajar.Lepastu Biologi ni kena lukis-lukis sel, struktur dan lain-lain.Sebab itu aku minat biologi sampai nak jadi doktor kononnya.hehe. 

Aku jugak ada kisah buruk, Dulu aku ada seorang guru ni, aku tak suka dia ni sebab asyik nak marah aku jerk.Dah lah marah, lepastu kutuk pula tu.So, aku selalu mengumpat dan mengutuk cikgu tu belakang-belakang.Akhirnya subjek yang cikgu tu ajar, aku tak dapat score A, padahal subjek tu wajib dapat A bagi aku.Ermmmm selama aku jadi pelajar, aku memang tak dapat score dalam subjek cikgu yang selalu aku ngumpat dan kutuk belakang cikgu.Alahaii, perkara ni biasa lah murid kutuk cikgu belakang2 kan.Hahaha, harap cikgu tu maafkan aku.
Kepada pelajar diluar sana, janganlah sesekali mengumpat dan mengutuk cikgu belakang-belakang.Bersabarlah dengan cikgu anda.Ini mungkin akan menjamin result exam yang baik untuk anda terutama pelajar PMR dan SPM serta STPM.Cikgu kan banyak pahala,so kalau korang kutuk orang yang baik, sudah tentu tuhan balas balik directly..hehe itu just pendapat aku lah.Jangan kata aku sesat pulak yerr...hehe gurau2.

Dari apa yang aku nak sampaikan dari kisah aku itu tadi ialah, seorang Guru adalah inspirasi bagi muridnya.Seorang gurulah yang membuatkan seseorang itu minat dengan kerjaya yang mereka ceburi.Cikgu adalah sebagai egen penggerak hati dan minda manusia kearah sesuatu yang lebih jauh.Kalau cikgu something wrong, anak murid pun something wrong.So hormati dan sayangi mereka semua.

Selamat Hari guru cikgu..

TERIMA KASIH CIKGU...
sayang cikgu ketat-ketat...

No comments:

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...