Wednesday, May 22, 2013

Pengalaman ambil lesen kereta (part 2)

Assalamualaikum...

Hari ni sambung cerita tentang pengalaman ambil lesen kereta untuk part 2...siapa yang tak baca (Part 1) klik sini..




Selepas kena praktikal dengan cikgu tu, aku rasa lega sangat sebab dapat cikgu yang kelakar.So aku kuranglah stress kan, kalau buat 10 kali test pun boleh.Tapi itu wayang semata-mata.Apa yang aku harapkan langsung tak mengena.Cis! haha...

Sekolah memandu call aku untuk datang belajar memandu kereta dengan cikgu kelakar tu....Mula-mula menggigil lah suruh jalan atas raya.Tak tahu apa-apa tiba-tiba dah suruh belajar atas jalan raya.Tercengang aku macam kayu bawak kereta sampai cikgu tu tiba-tiba naik angin.Apasal tah tiba-tiba sikap dia tiba-tiba berubah jadi garang. Semua yang aku buat kalau salah mesti kena marah.Sampai aku naik menyampah dengan dia.
Pernah sekali tu aku tengah bawa kereta dengan sempurna sekali, tapi bila aku buat salah sikit, dia punya marahnya sampai aku bawak kereta gelabah terus.Nak tukar gear kelam kabut, nak signal pun gelabah...aku ni mana boleh orang pressure aku, confirm aku gelabah.



Sudah sebulan rasanya aku belajar memandu dengan cikgu tu.Cikgu dah naik menyampah dengan aku sebab aku asyik-asyik gelabah bawak kereta.Asyik-asyik ada benda yang tak kena kalau aku bawak kereta.Padahal aku jadi gelabah sebab dia asyik marah aku jerk.

Aku pernah nak langgar motor orang.Hahaha, Dah tu apa lagi, cikgu memandu membebel jelah memanjang..Sakit jugak hati ni dibuatnya.Tapi itu silap aku nak buat macam mana kann..hehe, apa yang penting kita belajar dari kesilapan.

Tapi lama-kelamaan aku sedar yang cikgu memandu tu memang cara bercakap dia macam tu.Annoyying. Aku boleh terima sikit-sikit perangai dia tu.Aku ingat tips-tips yang diberikan kat aku walaupun Annoyying. Dia marah tu aku lupakan jelahh. Sampai bila nak sakit hati dekat orang yang mengajar kitakan. So, aku redha jelahh.....

Akhirnya Aku sekarang dah lulus JPJ dengan mudah!!
Terima Kasih Cikgu Memandu...
Huhuhuuhuhu........Alhamdulillahh....

Aku nak bagi tips ni untuk siapa-siapa yang nak ambil test JPJ.

1. Jangan Nervous. Buangkan sifat kelam kabut dan gelisah ketika memandu.

2.Pastikan di jalan raya kalau nak belok ke sempang bukak signal.

3.Jaga Class dan brek dengan betul.

4.Sentiasa pandang cermin belakang kalau nak memotong atau ketepi sedikit atau ketika hendak membelok.

5.Jangan memandu melibihi 60km/j

6.Jangan pandang muka pemeriksa JPJ tu, biasanya muka diorang bengis.So bila bawak kereta, kita macam memandu dengan singa.haha

7.Bila test dekat bukit, pastikan anda brek betul2 diatas garisan kuning.Then tekan handbreak...Seimbangkan class dengan minyak untuk bergerak selepas itu....tekan minyak dan class....lepastu lepaskan class dan minyak perlahan-lahan.Kalau agak-agak kereta terangkat sedikit, lepastu lepaskan handbreak sambil tekan minya perlahan-lahan.Jangan tekan minyak kuat sangat, takut terbang kereta tu pulak.

8.Bila kat parking tu aku rasa korang hafal jelahh...senang sikit...

9.Bila test U-turn pulak, pastikan anda hanya buat pergerakkan 3 kali sahaja. Berhenti 2 kali sahaja. Jangan lebih. Kalau lebih nanti gagal.Ini mesti ramai yang tak faham.Korang boleh tanya dengan cikgu memandu anda masing-masing.


Okeylah, Hope korang dapat manfaat dari tips yang aku bagi tu.Semua tips yang aku bagi tu adalah dari  pengalaman kat tempat sekolah memandu aku kat Bakri, Muar.Tapi  Tak tahu lah pulak kalau tempat lain cara test dia berbeza...Kalau lain, korang tanyalah cikgu memandu korang sendiri...


Serius, kalau korang dah lulus test JPJ, Rasa lega sangat-sangat...Tak payah ulang-alik pergi sekolah memandu tu lagi..hehe...okeylah...Byee..



2 comments:

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...