Thursday, April 18, 2013

Pehhh, Tak sangka aku baca novel dalam masa 2 hari!!


Assalamualaikum....

lama aku tak update kan, rasa boring sangat akhir-akhir ni.Tak tahu nak buat apa yang best.So aku bercadang nak ke kedai buku untuk membeli komik "Lawak Kampus" or buku-buku yang boleh menaikkan semangat motivasi aku.

Ceh,pergi bandar semata-mata nak beli komik kan, sungguh KetidakAdaTamadunan.hahaha.Biasa aku macam tu lah kalau ke kedai buku.Kadang-kadang aku pergi cari buku komik,kadang-kadang cari buku agama dan motivasi.Tapi yang paling aku tak pandang kat kedai buku tu ialah buku NOVEL!!...

Buat pengetahuan korang, aku pernah baca novel sampai habis cuma sekali jerk, itupun aku baca langkah-langkah. Aku ni jenis manusia yang malas nak membaca buku yang penuh tulisan.Boleh pening kepala ni weyyy...

Sampailah satu ketika iaitu semalam, semasa aku memilih-milih dan mencari buku yang berkenan di hati.Tiba-tiba ternampak satu buku novel.Tajuk dan corak kulit dia simple sahaja.Tetapi aku tertarik dengan ringkasan tajuk yang ditulis. "Penggelutan tiga penjuru Islam-Ateis-Kristian". Aku tidak yakin dengan buku ini untuk aku baca bila aku pulang dari rumah nanti.Biasanya nafsu beli lebih besar dari nafsu yang nak membaca kan.Tapi perasaan aku kuat nak membaca novel ni.Perasan ni tersangatlah kuat ingin membaca dan mengetahui lebih lanjut tentang novel ini.Then lepas tu aku tengok harga, ohhh RM18.00, kira okeylahh.So aku confirm untuk membelinya.Tajuk novel ini ialah "MARIA"



Siapa Maria ni? adakah Maria Mariana? atau Maria Mariono Bros.

Seperti yang aku sangka, penceritaan dalam novel ni tersangatlah best..Dan semestinya bukan novel jiwang-jiwang.Mungkin adalah sedikit kisah percintaan berunsurkan islamik.Tersangatlah best buku ni.Dan aku berjaya menghabiskan novel ini selama 2 hari.Bayangkan betapa seronoknya aku baca novel islamik ni.

Nak aku cerita ke pasal novel ni? nanti korang malas nak baca. Takpe, aku cerita sikit-sikit then kalau korang rasa suka baca novel ni, korang belilah kat kedai buku berhampiran.Tak rugi membacanya..

Cerita dia begini...

Seorang gadis beragama kristian bermazhabkan katolik yang bernama Maria adalah seorang gadis Jerman.Dia dan mak dia seorang yang kuat agama kristiannya.Manakala Ayah dan adiknya berfahaman Ateis.
Apa itu fahaman Ateis?
Yang aku tahu, fahaman Ateis ni adalah fahaman yang tidak percaya wujudnya tuhan.Mereka tidak berpegang mana-mana agama sekalipun.Mereka bebas buat apa sahaja.Fahaman ini sangat keji bahkan ada mengupamakan, Seburuburuk agama dalam dunia ini, fahaman ini lagi teruk daripada itu.

Disambung cerita, Si Maria ni terjumpa satu pemuda Mesir yang bernama Abdul Wahab, Pemuda ni beragama islam.So diorang berdua ni selalu berdebat pasal agama.

Selain itu, novel ini juga tidak dapat lari daripada mengetengahkan konflik percintaan iaitu di antara Maria dan kekasih muslimnya yang ingin dipesongkan iaitu Muhammad, dan juga kisah cinta di antara Abdul Wahab dan tunangnya Salwa serta perasaan cinta yang kemudiannya wujud secara diam di antara Maria dan Abdul Wahab. Di dalam episod percintaan ini, penulis turut berkongsi tentang perspektif Islam terhadap cinta serta garis-garis sempadan yang harus sahaja dijaga.

Novel ini hakikatnya bukan sahaja banyak memberi kesedaran tentang perancangan licik barat terhadap dunia Islam, tetapi juga menunjukkan betapa lemahnya sesetengah umat Islam terhadap penghayatan agamanya sendiri. Walaupun novel ini merakamkan peristiwa hampir 80 tahun yang lalu, indoktrinasi sekularisme oleh barat terhadap dunia Islam hakikatnya terus berjaya menjajah sehingga ke hari ini.


P/S:Sebenarnya aku malas nak menaip panjang-panjang.Korang beli jelahh novel ni...



2 comments:

  1. chenta dah baca novel ni :D .. memang best sangat ..

    ReplyDelete
  2. Singgah sini...
    Reading is 'cool'!


    Done Follow. Follow me
    http://groovyfashionshop.blogspot.com/2013/04/minum-berdiri.html

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...