Saturday, April 27, 2013

Diploma atau Ijazah?

Assalamualaikum..
Hari ni aku ada terbaca artikel lama harian Metro tentang menyambung pelajaran.
Dengan rajinnya aku taip balik apa yang ditulis.Rajin tak aku,,hehe

Gambar hiasan dari pakcik Google


Membuat pilihan diantara diploma atau ijazah bukanlah sesuatu yang mudah kerana anda perlu mengetahui kemampuan dan kebolehan diri.Segulung ijazah tampak baik di atas resume, namun anda juga boleh mengambil diploma terlebih dahulu.Justeru bagaimanakah anda membuat pilihan????

PROGRAM DIPLOMA
Kebanyakkan pelajar memilih untuk diploma berbanding ijazah berdasarkan sebab-sebab berikut:

1:PELABURAN YANG LEBIH KECIL
Bergantung kepada institusi dan kursus, kebanyakkan diploma menelan belanja RM20,000 hingga RM40,000 bagi setiap kursus.

2.TEMPOH YANG LEBIH PENDEK
Program diploma mengmbil masa satu tahun hingga dua tahun memfokuskan kepada latihan vokesional bagi satu profesion bagi satu profesion yang khusus.

3.PRAKTIKAL
Kurikulum berasaskan diploma kebiasaannya menekankan pengajaran berbentuk praktikal berbanding akedemik.

4.TITIK PERMULAAN
Sijil diploma membuka laluan kepada ijazah-ijazah lain


PROGRAM IJAZAH
Jika anda yakin dengan apa yang diinginkan, anda boleh terus mengambil pengajian di peringkat ijazah

1.PELABURAN YANG LEBIH BESAR
Bergantung kepada institusi dan kursus, sesetengah ijazah boleh menelan belanja diantara RM30,000 hingga RM100,000 bagi setiap kursus.La hanya boleh ditawarkan di Universiti yang diiktiraf dan kebiasaanya mengambil masa tiga atau empat tahun.

2.KELEBIHAN UNTUK BERUNDING
Pemegang ijazah memiliki kelebihan munasabah dari segi pertimbangan kenaikan gaji berbanding diploma.

3.POTENSI KERJAYA
Graduan mempunyai peluang lebih dalam peningkatan kerjaya.Pelajar ijazah boleh meneruskan pengajaian di peringkat ijazah sarjana sebaik tamat pengajian atau selepas mempunyai kerjaya.

4.PENGAJIAN MENDALAM
Pelajar boleh mempelajari subjek diminati secara mendalam dengan mengambil "pengkhususan" yang bersesuaian sambil meneruskan pengajian kursus-kursus lain yang dilabelkan sebagai sampingan atau elektif.

5.BERASASKAN AKEDEMIK
Penekanan lebih terhadap pencapaian akedemik.Kurikulumnya direka bagi mendedahkan pelajar dengan subjek-subjek yang tidak menjurus kepada profesion tertentu.


Sama ada diploma atau ijazah,ia bertitik tolak dari keutamaan dan rancangan masa hadapan anda.Dengan ketekunan dan pendekatan sesuai, kerjaya yang cermelang bukan lagi satu impian semata-mata.

sumber:Harian Metro


3 comments:

  1. senangnya amik form6. form6 tak perlu pinjaman puluh2 ribu.just duit buku dan yuran sekolah. then score kat form6 terus msuk degree.. skrg ni sekurang2nya kna ada degree. kamu masih ade peluang lg nak ambil yg mna. all the best ^_^

    ReplyDelete
  2. senang ambil ting.6 dulu sbb masa ting.6 pun kita belajar sama mcm diploma juga.lepas ting.6 boleh terus ambil ijazah.itu pun ok jg.
    ambil diploma juga bagus sbb itu pun permulaan utk kita terus menapak.kkdang kita perlu tahu dulu kecenderungan kita tu kearah mana.sbb bukan sedikit org yg ambil ijazah kemudian baru dia tahu yang dia sebenarnya xminat dalam bidang ijazah tersebut.kmudian dia menyesal.dan bukan sedikit yg gagal peringkat ijazah ni.jadi kalau diploma dia masih brpeluang utk buat keputusan bidang mana yg dia minat dan mampu utk terus maju.
    sy dulu ambil ting.6 dulu.kemudian kerja.sambil kerja sy ambil pula diploma dri uitm.kmudian baru smbung peringkat lbh tinggi.makan masa sikit, tp sekurang2nya sy xbuang masa dgn melepak&buat tak tentu hala.bila dh ade ijazah peluang tu lebih terbuka&luas.

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...