Wednesday, February 6, 2013

Sindrom Melatah


Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatu.

Bersama saya...Shazrizal Shahmy menceriakan pagi anda...(Tiba-tiba tersampuk jadi pengacara TV pulak)

Sebenarnya aku nak ceritakan sikit pengalaman aku dulu-dulu tentang penyakit terkejut secara drastik tiba-tiba.Atau penyakit ni dipanggil "SINDROM MELATAH".

Jangan pandang lama-lama, nanti berjangkit..

Suatu masa dahulu,aku ada seorang kawan yang Bernama Tuttt, masa tu Form 2. Memang kat kelas kira aku rapat dengan dia.Dia ni ada satu penyakit yang pelik,dipanggil "Sentuhan ketiak eletrik". Bila kita sentuh ketiak dia kan, mesti dia akan terperanjat macam orang kene kejutan eletrik.Memang masa tu,aku dengan budak ni suka menyakat dia.Aku pun pelik, agaknya ketiak dia ada sentuhan eletrik yang tak boleh disentuh oleh mana-mana tangan manusia.Kalau sentuh, mesti dia akan terkena kejutan eletrik.Serius! memang seronok kacau dia.Asal jumpa dia mesti usik ketiak dia, sebab nak terkejotkan dia.Hahaha

Masa form 5, aku ada tabiat yang aku sukaaaa sangat masa tu. Iaitu suka peranjatkan orang terutama sekali budak perempuan.Yeahhhh agak seronok masa tu menyakat budak perempuan kan.Bila diorang jalan kat kaki 5, aku akan menyorok kat celah-celah dinding, dan bila dia lalu kat depan aku....Aku apa lagi....terus terjah dia dengan tidak ada perasaan kasih sayang.Kot-kot diorang mati terkejot kurang gula tak naye aku dibuatnya.Diorang pun terkejut beruk.hehe. Budak lelaki ada jugak aku terkejutkan,tapi diorang tak ada perasaan.Hampir setiap hari aku akan menyakat budak perempuan.Sampai diorang balas dendam kat aku.Suatu hari aku nak pergi makmal Lab Biology kan,sorang-sorang pulak tu, Dekat makmal Lab Biology tu adalah bangunan paling hujung dan paling atas sekali.Mungkin berhantu atau jin bertendang agaknya.Itulah yang selalu aku fikir bila lalu kat blok Makmal lab tu.

Disambungkan cerita,masa aku pergi kat Makmal Lab biology sorang-sorang...tiba-tiba ada 2 orang minah ni bikin muka aku tebal macam roti Arab.Diorang boleh terkejutkan aku ditempat yang sunyi.Aku apa lagi,segala hantu,singa,jin dalam badan aku semua keluar.Terkejut beruk?? bukan, aku terkejut lagi teruk daripada beruk...Aku siap boleh termelatah...Keluar segala macam-macam kat mulut aku. Maklumlah orang melatah mana ada insuran mulut kan.

Sejak dari itu, Aku dikenali sebagai budak lelaki yang melatah......diorang still selalu menyakat aku pulak.Kadang-kadang kat depan kelas diorang terkejutkan aku sampai satu kelas boleh nampak aku melatah.Tebalnya muka aku masa tu.Aku ni pulak tak boleh sorok perasaan malu aku.Asal malu je mesti muka aku merah menyala macam strawberry. "Men strawberry when shy" lalalala~~

Oleh itu wahai kawan bloggerku sekalian.JANGAN SUKA MENYAKAT ORANG MELATAH. sesungguhnya penyakit melatah ini adalah VIRUS. ia mampu buat anda Terrrrrrrrjangkit.So lepas ni jangan nak sakat-sakat aku pulak yerrrr.Sebab penyakit melatah aku ni dah hilang bila bertapa kat rumah tunggu result exam kan.So tak ada sape-sape nak kacau aku.

Ok lahhh...Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~

9 comments:

  1. hehe.. memang akan berjangkit..
    family meow ada gen melatah ni..

    mula2 memang seronok usik orang, tp lama2 kita pon berjangkit.. ish2..

    haha
    meow singgah sini ye dan follow ^_^

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. @: cHocolatemoisT

    tak ada org yg tk ada penyakit latah ni. pling tak pun "o mak" hehehe

    ReplyDelete
  4. hahaha..tgk gambo tu pun rasa nak melatah...

    ReplyDelete
  5. hehehe...zaza pun ade sindrom mcm ni... =)

    ReplyDelete
  6. kwn sya mula2 wat2 melatah..lme2 jdi pelatah lak..haiss risau ..

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...