Monday, February 11, 2013

Perut kenyang dengan Hanya Menghidu Cupcake


Korang pernah terfikir tak yang korang bila nak makan banyak tapi tak nak gemuk.Tahukah anda bahawa dengan menghidu cupcake anda boleh kenyang dan tak payah nak makan nasi sampai tiga pinggan untuk kenyang? hehe..baca artikel ini.....


"Teknologi ini ialah sama seperti rokok elektronik. Korang hanya perlu hidu perisa cupcake kegemaran korang dan korang akan berasa kenyang dan tidak akan gemuk. Bagaimana benda ni boleh buat kenyang? Ok, menurut kajian, 70% hingga 75% benda yang korang rasa ialah sebenarnya bau. Bila korang hidu bau yang sedap, reseptor rasa akan menghantar mesej ke otak dan akan melepaskan hormon yang memberitahu badan korang yang korang sudah kenyang.

Kajian juga menunjukkan yang sedikit bau yang sedap akan menghasilkan perasaan kenyang sebelum perut merasakannya. Jadi, dengan penggunaan Vaportrim inhaler ni dapat membuatkan korang berasa kenyang dengan cepat dan korang akan makan sedikit dan menjadi lebih kurus. Hebat tak? "





Inhaler Vaportrim ini mempunyai 14 perasa dan dijual dengan harga $9.95. Tapi belom ada kat Malaysia la. Sesuai la dengan rakyat kita yang suka makan banyak ni.

Tapi tak dipastikan lagi kesan buruk bila hidu benda alah ni...

P/S:Agak-agak bila hidu bau ni sampai kenyang, kentut boleh bau strawberry tak?


No comments:

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...