Sunday, February 24, 2013

Pengalaman ambil lesen kereta (part 1)

Assalamualaikum......


Alahaiii baru nak ambil lesen kereta ke cik abang oiii...orang lain dah boleh naik Lori kontena ko baru terkial-kial nak ambil lesen kereta.huihui
Sebenarnya dulu aku buat tak ambil kisah sangat pasal ambil lesen ni semua,rasa macam malas jerk nak pergi sekolah memandu yang membosankan tu.Dulu aku amik lesen motor kat sana sangatlah stress sebab asyik kena menunggu jerk memanjang.Sampai boleh bercamping tidur kat sana.

Macam mana aku boleh terjebak dalam hal ini..macam ni ceritanya...

Sebenarnya aku geram dengan kawan-kawan aku...tak habis-habis cerita pasal dia ambil lesen kereta....heishhh, kadang-kadang malas nak layan sebab aku jeles.Kahkahkah..

Aku: Weh, jom pergi bandar jom!
Kawan A: Ha! bandar? aku tengah ceramah lesen memandulah...sorry eh,

Aku: Weh, jom exersice panjat bukit.
Kawan B: Tak boleh bro, aku amik lesen kereta,..

Aku: Asssss....err
Kawan C: Woii aku amik lesen kereta!! jangan jeles...
Aku: Cis! aku belum bagi salam ko dah potong.

Kawan Puaka: WEh, makwe kau amik lesen kereta weyyy...serius cantik, ada can aku nak ngorat.
Aku: !@#$%^&*$%^&**!!

Heishhhhh mana tak geram kalau semua kawan-kawan aku ambil lesen kereta tapi aku ni still duduk rumah bertapa depan TV dan Komputer.It is Not Fair!! <----ohMyEnglish

So aku cakaplah dengan mak aku..

Aku: Mak, cuba cakap kat Abah, ijal(nama manja) nak amik lesen kereta..

Mak: Kau tak cukup umur, mana boleh amik lesen lagi..

Aku: Cukup mak, amik lesen kereta 17 tahun.Kawan ijal ada yang dah dapat lesen P.

Mak: yeke? nanti mak cakap dengan Abah..

Lepastu mak aku cakap dengan bapak aku...bapak aku terus setuju tanpa sebarang bantahan, besoknya daftar....bayar 35 inggit then Ahad dah boleh Amali..
See...Sungguh senang kan, kan bagus kalau aku buat awal tahun hari tu.

Ahad, 24/2/2013

Hari ni aku nervous nak pergi sekolah memandu...Padahal just dengar ceramah jerk, itupun nak nervous...muahahaha, maklumlah 1st time...ngekkk

Aku risau 3 benda:

1.Ceramah nanti mesti boring
2.Tak ada kawan
3.Cikgu memandu garang, aku kalau bab orang kepala angin ni memang aku lemah sikit...kalau cikgu-cikgu yang suka marah mesti aku susah nak faham..memang dari dulu...aku nak cikgu baik!!
4.Menunggu lama berjam-jam.

Tiba kat sekolah memandu aku dimasukkan di kelas yang berAircond untuk ceramah Amali teori 3 jam, sejuk gila babi kelas tu...Aku fikir kelas itu membosankan tapi tanggapan aku salah....Penceramah tu suka buat lawak, terbahak-bahak aku dengar dia ceramah.Dia ajar teori yang aku tak paham langsung..Bateri air lah..Meter lah..Then dia ada tunjukkan pasang tayar..ha! itu paling best...rupanya tukar tayar senang rupanya..

Selepas itu Aku ingat dah balik...ehhhh kena tunggu untuk praktikal pulak....tunggu bukan main lama,Aku rasa nak bako jerk sekolah memandu tu. Adoaiii ini aku paling takut kalau cikgu memandu tu garang.Tapi Alhamdulillah syukurrrr....cikgunya baik dan berkebolehan untuk menjalani ujibakat Raja lawak astro prima.hahaha...dari start aku naik kereta, sampai habis...cikgu tu buat lawak jerkk..aku panggil cikgu tu abang jerk walaupun dia dah tua.Nanti aku panggil Pak cik kecil hati pulak dia kan.

Mula-mula memang susahlah nak memandu ni.Nak tekan class lah, breklah, minyaklah,...aku paling keliru bila nak tekan brek..mesti aku tertekan minyak...nasib cikgu tu baik hati..tak marah aku pun.Dia cakap kat aku "Kau ni pantang sebut tekan minyak, asal sebut jerk ko tekan minyak sampai sekampung boleh dengar"... then, aku dah boleh bawak kereta dengan sempurna....itupun 20KM/h ...macam siput babi jalan... Minggu depan bila aku dah dapat Lesen L, aku dah boleh belajar memandu kat jalan raya..wuuuuuuuu tak sabo-sabo aku dibuatnya..

P/S: Lepas ni boleh bawak kereta satu kampong...!! go! go!..go!







17 comments:

  1. woitttt...even dpt lesen L pon, mne leyhh bawa kete kat luo..dpt lesen L hanya untuk belajr prktikal kat tempt memndu jep...

    ReplyDelete
  2. wah best best....mesti dah tak sabar nak test kan..hehe

    ReplyDelete
  3. ala bestnye dah boleh drive..
    tak kira kna ambik jugak ni.. haha

    meow singgah sini ye

    ReplyDelete
  4. aik?baru ambik ke?ehehehe :p
    xperrr bawak slow2 kayyyy...yg pnting lps dpt lesen memandu dgn berhemah tauuuu...WAJIB tu :)

    ReplyDelete
  5. Tu hah..sekampung dengar..haha
    Moga nanti test sekali je tak ngulang

    ReplyDelete
  6. @Ara yes i know...tp boleh pandu dengan cikgu sekolah memandu...kira atas jalan rayalah jugak kan.

    ReplyDelete
  7. Mari join sini. ^^

    http://meyrajohn.blogspot.com/p/jointhiscontest.html

    http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/sky-skype-skyping-by-selalulalu.html

    http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/tumblring-time-by-selalulalu.html

    http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/mencari-blogger-and-instagrammer-yang.html

    Thanks. ^^

    ReplyDelete
  8. hahaha .. terbaik laaa .. good2 .. alia pon baru dapat L ney .. 28/2 ney sambung laa bawak keta .. takot jugakk .. coz dah lupe dahh ape abg tu ajar .. hahaha .. =D

    ReplyDelete
  9. hahaha..terbaek..kte pon bru dpt L..

    xpe amek lesen lmbat..asalkan amek ok..:) gud luck!

    ReplyDelete
  10. ni mesti tak pernah ada pengalaman memandu sebelum buat lesen kan? jengjeng :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ahh..sebab tu kecoh satu blog ni..hoho >_<

      Delete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...