Sunday, February 17, 2013

Dah tiga bulan jadi beruang kutub

Assalamualaikum..

Aku rasa Dah 3 bulan dah aku lepak mengganggur kat rumah sementara tunggu result SPM.Dah macam beruang kutub berhibernasi dah dibuatnya. Ura-ura ada mengatakan yang result keluar pada hujung bulan Febuary ni dan ada jugak yang cakap 20 Mac nih. Apa-apa pun bahang result nak keluar tu dah semakin terasa. Adoaiiiii makin dekat result keluar makin tu lah kepala ni stress memikirkannya. 

"Ya Allah, kau berikanlah aku kecemerlangan dan 10A dalam keputusan SPM.....Aminnnn"

Bila dah lepak kat rumah ni aku rasa otak aku ni semakin kosong tanpa subjek metamatik tambahan,biologi dan sejarah mahupun pendidikan sivik.
Aku kalau boleh nak study addmath time cuti ni, tapi hampehhhh..

Komik dan majalah menjadi tatapan aku semasa aku berhenti berehat menonton TV dan On9...hebat kan....hebat sangatttttt *tangan di dada, mata pandang ke atas...

Lagi satu...sekarang ni tengah pening nak isi borang UPU...aku dah isi tapi nak edit-edit sikit-sikit. Lepastu ada pulak panggilan daripada mana-mana entah yang suruh aku datang ceramah yang nak masuk Universiti tu, lepastu tanya kredit exam percubaan aku dapat berapa...Sepanjang hidup aku aku tak tahu pun markah kredit tu apa.Aku main hentam jerk..hehe

P/S:Markah Kredit tu apa ya? ada sape-sape boleh bagitahu...


Sebelum aku lupa...siapa yang nak masuk contest aku "Senyuman paling manis" boleh join dan klik kat !!sini!!

4 comments:

  1. sekrang ada guna kredit2 lg ker? kalau dulu nak kira kredit tmbah semua jumlah result.. skrg kan guna A- A+ B+ mcm tuh je kan... mcm mana nk kira kredit...huhuhu

    ReplyDelete
  2. haha ,beruang kutub ? samalah kita , *high five skit ;)

    ReplyDelete
  3. @Shaqir Ir Manz tu lah pasal..orang tu tanya kredit,kredit,kredit...pelik tol..

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...