Wednesday, February 20, 2013

Aku dan Sindrom Takut Kuman


Setelah mencari-cari apa masalah aku ni kat google,akhirnya aku tahu ada orang yang senasib dengan aku.
Ha! korang mesti nak tahu apa sindrom takut kuman kan.
Sebenarnya penyakit ni dinamakan sebagai obsessive compulsive disorder atau OCD.Kalau dah sampai tahap Fobia tu dipanggil Mysophobia.


Mysophobia ni kira macam seseorang yang tak suka kotor.Tak suka pakai public toilet.Tak suka cebok taik bayi dan kemungkinan taik sendiri pun geli kot.Biasanya Mysophobia ni orang yang pembersih tahap cipanzi.Kotor sikit mesti dia gelabah dan mengigil-gigil.Tak suka salam tangan dengan orang.Biasanya phobia ni menyusahkan diri dan orang lain.Hobi dia bila jalan-jalan ialah selalu bawak hand sanitizer.

Okey, sebenarnya aku takde lah ada penyakit Mysophobia ni sangat.

Cuma, aku dari kecik tak suka Habuk,debu dan segala binatang yang bernama HAMA.Bila aku nampak habuk atau debu bertebangan, confirm hidung aku automatik akan Bersin banyak kali walaupun habuk dengan debu tu jaraknya agak jauh dari aku.Kalau aku nak kemas bilik aku kan, aku akan tutup seluruh muka aku dengan kain dan pakai cermin mata.Elergic habuk kot aku ni.

Itu satu. Yang kedua pula aku ni suka sangat cuci tangan.Asal sentuh sesuatu aku mesti akan basuh tangan. Aku macam rasakan benda yang aku pegang tu macam ada kuman.Siapa yang ada penyakit macam aku ni dia boleh fahamlah kan.Aku nak terangkan lebih-lebih kira macam nampak sangat aku ni pembersih.Sebenarnya aku ni cuma geli dengan binatang yang bernama KUMAN dan BACTERIA.Setakat salam tangan dengan orang ramai tu kira boleh lagi...cuma lepastu confirm aku akan basuh tangan.Sebelum tidur pun aku mesti basuh tangan.Bukan basuh kaki yerrr..pelik sungguh.

Pantang aku bila orang batuk-batuk dan bersin depan aku.Memang aku geram.Dah kuman ko, nak letak kat badan aku pulak!!...benci seyyy...
Sebenarnya, aku tak pernah bagi tahu habit aku ni kat siapa-siapa.Tetiba aku nak share kat BLog pulak.


Okey, bersepah dengan kotor adalah satu benda yang lain eh, katil aku memang bersepah, tapi bebas dari kuman!!..hehe penyembur Febreze menjadi teman..hoho

Korang ada tak habit macam aku ni?

P/S: Okey, aku nak pergi basuh tangan sekejap...bye..




9 comments:

  1. wah! tak rasa menyusahkan diri ke kadang-kadang tiap kali asyik nak basuh tangan? tapi baguslah kan....

    ReplyDelete
  2. mmm sy pon jenis alergik jgak dgn hama habuk2 semua nih...mmg pantang lah sbb kalau trkena sekali mau makan seminggu nak lega...hishhhh :/

    ReplyDelete
  3. @zahidahwahid tak lah menyusahkan, dah terbiasa agaknya...

    ReplyDelete
  4. wahh , nie kes sma mcm aku , tak suka habuk !pastu asyik nk basuh tngan . thanks share psal sindrom nie !

    ReplyDelete
  5. @Harith Iskandar tu lahh..lepastu orang ramai mesti cakap kita ni pemalas nak mengemas..padahal kita elergic habok..wahh..hehe

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...