Wednesday, January 2, 2013

Tips:Memilih Aliran Apa Bagi Lepasan PMR

Assalamualaikum..




Hari ini aku nak kongsi kan satu topik yang sedang hangat bagi lepasan PMR untuk ke tingkatan 4.Diorang  tengah konfius nak pilih aliran apa lepas PMR.Dan aku yakin pelajar yang paling tertekan sekarang ini adalah pelajar yang nak ambil aliran Sains Tulen.

1.Dalam hati cakap apa.
Cuba muhasabah diri 2-3 minit.kalau kita teringin nak masuk aliran yang kita nak ambil pastikan kita yakin betul-betul.Jangan ikut kawan.Biasanya bila kita teringin,kita akan seronok belajar.Percayalah, belajar bila seronok, result pun seronok!

2.Pedulikan kata orang
Ni lagi satu punca pelajar tak tenang hidup.Yang nak percaya cakap orang tuh apsal. Lepastu percaya bulat-bulat pulak tuh.Kata Addmath susah lah, subjek sains susalah, Prinsip Akaun susalah. Makan tak susah pulak.So please!! jangan dengar cakap orang yang negatif.Bila dia negatif kita pun akan negatif.Percayalah.

3.Minta nasihat pelajar cemerlang
Cuba tanya-tanya pelajar2 or senior-senior yang cemerlang.Yang subjek sains dia A or B+.Tanya pendapat mereka tentang aliran yang kita nak ambil.Diorang lebih berpengalaman.Jangan tanya kepada senior yang tak cemerlang.Ofkos lah dia kata susah.Ofkolah dia kata tak boleh buat.So, kita mesti tanya dengan pelajar cemerlang, dengan itu kita tahu kelemahan dan kelebihan kita.

4.Minta nasihat kaunseling
Kalau dah buntu bin bengang.Beranikan diri untuk minta nasihat guru kaunseling.Biasanya guru kaunseling buat ceramah kat sekolah.Pastikan hayati dan dengar betol-betol.


5.Minta pendapat Keluarga
Ada tak mak bapak korang cakap macam nih..."Kau dah besar mesti jadi Lawyer!! doktor!! Engineer!!"
Bincang betul-betul dengan keluarga.Ibu Bapa yang baik adalah selalu mendokong anaknya membuat kebaikan.Anak yang baik selalu mendengar nasihat Orang Tua.Bincang baik-baik ok.

6.Minat Boleh dipupuk, dan setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Pegang ayat ni sampai bila-bila. Kalau rasa dapat kelas sains or akaun or apa-apa pun, jangan jadikan "susah" sebagai alasan. Usaha jaya dik.Sekolah bukan suka-suka nak masukkan adik kat kelas mana. Mereka menilai dari potensi adik masa result exam PMR/PT3. Kalau adik Rasa adik redha, Mak bapak redha, Adik teruskanlah. Tapi kalau tak puas hati, jumpalah pengetua bincang elok-elok.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.



6.Nilai diri
Tak ada dalam dunia nih yang senang.Dan tak ada perkara yang susah kita tak boleh buat.Korang ambil Aliran sastera kalau malas tak guna jugak.Yang penting seronok belajar.Dulu aku lemah metamatik sampai markah pun 17/100.Tiba-tiba aku mula seronok dengan metamatik dan markah pun dapat dengan seronok.Cuba cari cara yang seronok untuk belajar.Dulu cikgu-cikgu aku semuanya best bila mengajar.Pelajar-pelajar pun tak mengeluh.Tu yang result Gempak! thanks cikgu.Semoga tuhan balas Jasa cikgu.




Kelebihan Aliran Sains Tulen

MenDapat ilmu pengetahuan yang banyak.Korang nak tahu kenapa Penyakit Chicken Pox sekali seumur hidup? Korang nak tahu cara buat sabun sendiri? korang nak tahu macam mana nak tahu macam mana ombak terjadi? korang nak tahu macam mana kita boleh lapar semasa hujan turun? Korang nak tahu macam nak kira kelajuan kereta Formula one dengan hanya berfikir?? korang nak tahu macam mana sidrom down boleh dilahirkan? Korang nak tahu macam mana makanan kita dicerna lepastu jadi taik??.....nak tahu?? masuklah ALIRAN SAINS TULEN! pasti seronok.Balik sekolah korang boleh share ilmu-ilmu dengan family korang.


Tips memilih aliran apa lepas PMR Bahagian 2


P/S:Kalau nak tanya apa-apa sila coment kat Bawah ok.


89 comments:

  1. Habistu kalau macam saya ni macam mana ye? Saya dari f1 memang ayah saya suruh masuk kelas aliran agama. Masa tu saya memang tak minat tapi bila dah belajar sampai f3 saya boleh dapat a dalam pmr. Jadi, bila nak masuk f4 saya keliru nak ambil aliran apa. Di sekolah saya, saya ambil sains tulen agama untuk sementara tapi saya tidak minat bio, fizik dan kimia walaupun saya belum belajar subjek tersebut. Tapi untuk belajar agama memang saya minat. Sekarang ni saya berkira-kira nak tukar ke aliran sastera. Ayah pula nak saya sambung lagi untuk agama tapi saya tidak minat sains tulen tersebut. Lagipun, sekolah saya tiada aliran yang hanya ada agama dan sains teras sahaja. Kalau ada, dah lama saya ambil. Maaf sebab terlalu panjang. Harap boleh bagi pendapat. Saya memang buntu sekarang ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. sebelum awak ambil aliran agama masa Form 1 tuh dulu tak minat ambil aliran agama kan?? lepastu awak boleh dapat A. Samalah jugak Sains Tulen,tak cuba belum tahu, sains tulen ni ibarat belajar benda barulah jugak. percayalah, awak akan enjoy bila hadir kelas Sains tulen.Cuma saya berharap jangan dengar kata orang yang sains tulen tuh susah,menyusahkan,membebankan atau subjek killer.Itu semua fikiran orang malas.

    ReplyDelete
  3. yang penting ingat masa depan, minat ke tak atas dasar org suruh ke tak, itu belakang kira..pastu berusaha sedaya upaya..pasti berjaya..in shaa Allah..

    ReplyDelete
  4. cari apa yg kita minat..
    kerana minat akn meneruskan usaha..
    semoga berjaya

    ReplyDelete
  5. @Chekgu Anitt yup...minat tu penting...Dah minat barulah seronok blajar

    ReplyDelete
  6. klu nk jdi arkitek b0leh tak ambik aliran perdagangan . . ???? tlg jwb s0alan sye. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arkitek kena amik Fizik, Math, add math dan pandai lukis2.....So better ambil aliran sains lepastu ambil subjek tambahan yg berkaitan dgn lukis2..that my opinion...

      Delete
  7. klu jd gikgu geo ambik aliran ape ....??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geografi adalah subjek tambahan..tak kisahlah ambik aliran apa-apa sekalipun yang penting ambil subjek geografi sebagai subjek tambahan.Saya dulu ambil aliran sains then tambah satu lagi subjek iaitu geografi...serius,geografi memang senang lagi menyenangkan..subjek dia seronok dan relax...senang untuk dapat A+++++++++++++++++++++++. hehehe

      Delete
  8. Salam. Nak tanya. Kalau aliran sains nak ambik course fiqh and usuludin or syariah boleh ke? Course ni nak at least ada basic arab. Mcm saya,saya pernah ada basic arab time form 1,2 and 3. Then,lepas pindah sekolah. Dah tak ambik. Boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh takde masalah...cuma kena bincang dengan pihak sekolah masing-masinglah.

      Delete
  9. kalau nak jadi polis kena ambik aliran apa???

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum . kalau nak jadi peguam . aliran apa yg paling sesuai ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. urmmm peguam?... tak tahulah dik.. cuba tanya cikgu

      Delete
  11. kalau nak masuk aliran sain tulen ...... sekurang kurangnya kena ada brapa A ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. subjek Sains mesti tip top lah....bergantung pada adik minat sains atau tidak...

      Delete
  12. Assalam , saya nim sdg buntu . sye xtau nak ambik aliran ape tahun depan . sye mnat matematik tp sye juga mnat experimen cam lam subjek sn tuhh .. Tapi maslhnya , sye xpernah dpat A pom sjak form 1 - form 3 .. so , bgaimana skang nim ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pandangan saya, minat awak lebih kepada sains tulen...Usaha jaya dik, itu yang penting. Tutup buku lama, buka buku baru. Lagipun, sains tulen memang best. Banyak experiment yang nak kene buat.Usaha jaya dik...Gud Luck

      Delete
  13. Assalamualaikum,,saya buntu lah,,orang cakap sains agama,,x bnyak persaingan di malaysia,,hanya orang melayu dan beragama islam saja ambil,,kalau sains tulen banyak persaingan..orang cina dan india..,,so,,saya x tahu nak pilih apa..pendapat abang..betul x..statement saya nie..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang tak pernah pulak dengar sains agama? hehe, ikut adiklah, kalau minat sangat2, amiklah. mINAT tu penting.Kalau ragu2, buat solat istikhrah mintak petunjuk...

      Delete
  14. Saya minat sains tulen tapi family saya mntak sya ambik perdgangan. Klau prdgangan, saya agk lemah skit. Family sya x bgi amik sains sbb diorng ckp sains tulen bnyak rumus nk hfal. Mcm mna ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minat sains tulen, masuk sahaja.Pastikan minat betul-betul, lepastu usaha lebih sikit.Tuisyen ke ape ke bagi memantapkan akedemik. Bincang dengan family betul2. Perdagangan okey jugak, tapi bidangnya tak seluas bidang bila kita amik sains tulen nanti. :)

      Delete
  15. Assalamualaikum...sy minat sains tulen sbb cita2 sy nk jadi sainstis tapi masalah nye family suruh amik aliran agama.form 1 hingga form 3 sy amik bahasa arab. Sy suke bahasa arab dlm mase yg same sy suke sains tulen. So,mcm mne?nk ekot family ke ekot minat kite?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba berbincang baik-baik dengan parents...minat tu penting, explain kat parents betul2 supaya mereka faham.

      Delete
  16. Result saya haritu 4A 4B sains saya dapat A manakala math pula B mengikut apa yang senior sekolah beritahu saya akan dimasukkan kedalam kelas aliran sains. Tapi saya rasa gementar dan tak yakin yang saya boleh bawak subjek dalam aliran sains tu semua sebab ada yang kata susah dah mcm mcm. Ibu bapa saya menyokong apa saja pilihan saya. Ikutkan hati nak tukar ke aliran sastera tapi pihak sekolah dah warning awal awal tiada PERMOHONAN PERTUKARAN ALIRAN. Saya boleh ambil aliran sains, cuma tiada keyakinan diri. Adakah aliran sains ni boleh jadi mudah walaupun yang masuk aliran sains ni tak berapa suka dengan sains?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aliran sains seronok lahhh...Bagi saya minat tu penting...Cuba pikir betul2 yerr...

      Delete
  17. Result saya baru baru ni 5A 3B, yang B tu termasuk BMSCKH, tapi KH tak penting kan. Family nak sangat saya masuk aliran sains. kalau boleh sains tulen. tapi apa beza sains tulen dgn sains teknikal? I mean subjek dorang still sama kan? cuma teknikal boleh pilih, tapi of course la nak sains drpd acc kan haha, depends la. Kalau SPM still boleh dpt 7/8A for muslim, nanti U still blh ambil course sains kan? Thank you :D

    ReplyDelete
  18. salam.kalau dpt 5a jer lps x nk masok kelas sains,tp sains n math dpt a

    ReplyDelete
  19. kalau dpt 3A 5B(sn n math b) 1C..ambik sains agama(10 subjk) bleh ke? sbb saya diberi pilihan utk pilih aliran sndiri.. saya btul2 minat sn n agama..

    ReplyDelete
  20. Salam..sya dpat result PMR 2A (BM,GEO) 5B (BI,SC,SJ,AG,KH) 1D (MATH)..masalah sya skrang sya konfius hndak mngmbil aliran apa ..sya minat sains tpi mslahnya ssuai ke klau sya ambil aliran sains tulen krana ada mta plajaran yng sya lmah iaitu Math??

    ReplyDelete
  21. Salam..sya dpat result PMR 2A (BM,GEO) 5B (BI,SC,SJ,AG,KH) 1D (MATH)..masalah sya skrang sya konfius hndak mngmbil aliran apa ..sya minat sains tpi mslahnya ssuai ke klau sya ambil aliran sains tulen krana ada mta plajaran yng sya lmah iaitu Math??

    ReplyDelete
  22. Buat solat istikharah....Kalau nak masuk aliran sains, kenalah hadap Add Math...Persoalannya, sanggup atau tidak? Tanyalah pada senior or guru yg berpengalaman......Biasanya yg bagus addmath ni cina or indian...Melayu cam kita ni kalau nak score addmath, kenalah extra struggle sikit...buat private tuisyen ke, atau buat latihan hari-hari.Lagi satu aliran sains ada biologi, chemistry,physic.....Kalau korang ambil aliran sastera, bolehlah kot ambil Tasawwur Islam...Tasawwur Islam ni non muslim pun boleh ambil...kemudian boleh tambah bahasa asing macam bahasa jepun ke,bahasa jerman ke, ...Kalau ada bahasa Indonesia, kan bagus, betul tak?....hehehe.....Kalau ada subjek geografi, korang boleh tambah, tapi itu kalau adal guru yg mengajar lah.....yelah, pasal boleh jadi subjek geografi tu ada kerja kursusnya...Tidak lupa juga, addmath pun ada kerja kursusnya......Yang pasti, kalau kat sekolah saya, form 4 kita boleh tambah subjek.....masa form 5 kita boleh gugur subjek...okay, semoga membantu.....Macam saya, walaupun dapat PMR 7A 1B, tapi saya lebih rela masuk sastera daripada masuk sains...pasal saya suka sajak, syarahan, agama, politik,debat, perbahasan....Kalau melibatkan angka ni, saya tak yakin sangat, lagipun math saya B dalam PMR...Lagi satu, saya ambil sastera pasal saya nak result SPM saya straight A..yalah, kalau ambil sains, logik ke bio,addmath,chemistry dan fizik saya A....hah, fikir-fikirkan......saya nak jadi peguam syariah dah besar nanti...dalam hal ni, kita buatlah solat istikharah da ikut kemampuan dan minat kita.....jangan pandai2 nak kata sastera tu untuk budak bodoh jer tau....rezeki allah tu ada dimana-mana... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tapi sistem PMR ni mmg dah berdekad pun salah. asal 8A/7A masuk sains. yg lebih lepas tagn je. nasib sekarang ada sistem baru, tapi kena struggle lah, sebab hidup macam kat u. hari hari ada je exam. tapi benda ni bagus, ikut keupayaan. takdelah macam PMR, boleh dok senang lenang lagi, student pun main main je. tengok macam singapore tu, fuh pelajaran dorang. semua strict. malaysia tax sana sini, rakyat tak mampu bayar. singapore senang je, tak flush memang kene lah engko denda $500 ke kalau tak silap saya. rezeki mmg dimana-mana, tapi kena kena usaha, doa dan tawakal. setakat usaha tak cukup, insyaAllah dapat capai cita-cita kalau nak. ada kawan saya spm 1A je, paling rendah C+ spm dia. tapi sekarang dah buat degree sc math. boleh jadi cikgu, ahli farmasi, etc. yg penting bila dah jatuh, jangan putus asa :)

      Delete
  23. saya cume dpt 7A jer dlm PMR..sye mmg nk ambil aliran sains tulen agama..tpi, sye tkot xdpt nk bhagikn mse untk plajarn spm dn sma..kdg2, kwn2 slalu ckp sains tulen sush..tpi, sye xambil kesah sgt.sye ttp nk jdi doktor.cume yg jdi msalh nye, sye kurg ykin mampu atau x untk ambil aliran sains tulen ni.

    ReplyDelete
  24. Salam.. Agak2 kalau sn sy C boleh msuk x? MT sy B.. huhu.. takut :( sy nk masuk sbb sy mint !

    ReplyDelete
  25. Salam. saya dapat 3a4b1c(math). Agak agak aliran apa yang saya boleh ambil? saya minat science tulen tapi mungkin taklayak masuk aliran tu. aliran apa yang saya boleh ambil selain sains tulen?

    ReplyDelete
  26. salam. saya dapat A dalam math, tapi B dalam mata pelajaran sains, agak agaknya kalau saya nak masuk sains tulen, dapat tak? maksud saya, saya dapat tak masuk kelas sains tulen?

    ReplyDelete
  27. Salam. saya dpt 7A dlm pmr. saya minat maths tp sains kuranglah. saya nk jadi akauntan. tp ckgu msokkan sye dlm aliran sains tulen. agak2 kalau msok sains tulen boleh jadi akauntan tak?

    ReplyDelete
  28. Mcm mne ni saya keliru.. saya dapat 7 A tpi x minat sains.. jadi saya masuk la aliran LK sbb cita2 saya nk jadi arkitek.. so bila first day sekolah x seperti diharapkn.. kelas LK di sekolah saya agak kurang memuaskn.. pelajar pun bukan sama taraf dgn saya.. semua dpt 4 A ke bawah... tpi lbih byk yg x dpt A pun.. jadi saya patut ke masuk sains??

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Saya x tahu nak pilih aliran apa coz saya dpt 6b (bm/bi/sej /sc /kh/ag) 1c utk geo dan 1d utk math. Boleh tak saya pilih aliran yg ada perdagangan, prinsip akaun dan add math. Lagi satu aliran ekonomi asas, prinsip akaun. Yg mana satu harus saya pilih. Tq

    ReplyDelete
  32. assalamualikum..
    saya duduk dalam aliran akaun sekarang
    sya x berminat untk mempelari subject akaun..tpi disbbkn oleh ibu bapa saya yg ingin sya msuk aliran trsbut jdi sya masuk tanpa kerelaan..
    saya beljar untk meminati aliran prinsip akaun..tapi sya x mampu,,
    apa ptut sya buat.,,sya dh buat kaunseling di sekolah.,,tpi sya x mampu untk teruskan..
    patutkah saya berterus terang kepada parents sya @ sya teruskan shaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sebaik-baiknya kamu terus terang sahaja kat parenst kamu supaya mereka faham betul2 situasi kamu sekarang ni... :)

      Delete
  33. salam . saya ambil sains tulen di sekolah , jadi saya tak belajar prinsip akaun , boleh tak kalau nak jadi akauntan ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je....hendak seribu daya...xnk seribu dalih..

      Delete
  34. Assalamualaikum.. Saya skrg ni form 4 dalam aliran sains teknikal. PMR saya hanya 3A4B1C.. Tapi disebabkan saya minat sangat untuk menjadi engineer saya sanggup menghadap fizik,Addmath dan lukisan kejuruteraan. Tapi masalahnya saya tak minat kimia dan susah nak faham subjek kimia.. Apa perlu saya buat?? Perlu ke saya drop kimia dalam SPM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka hati adiklah....better adik tanya pendapat guru kaunseling.... sbb bagi saya, sayang nk drop kimia nih..

      Delete
  35. boleh ke saya di kelas sastera tapi ambil fizik kimia bio diluar? maksud pergi tuisyen. tapi bagaimana ? saya tanya cikgu sekola mereka kata tidak dibenarkan takut pretasi merusut lah , kerajaan tak benar kan lah , apa yang harus saya lakukan ni ? saya tidak dapat masuk kelas science kerana result saya 7C 2A iaitu a di dalam math and science .

    ReplyDelete
  36. Saya nak ambik bidang sains tulen agama,tp f1-3 sy xde belajar bahasa arab....

    ReplyDelete
  37. Saya nak ambik bidang sains . Gaji pakar pediatrik berapa ye? Agaknya brapa lama masauntuk menjadi pakar?

    ReplyDelete
  38. Salam. Kalau nak jadi ckgu add-math wajib ambil aliran sains ke ? Sekolah saya ada aliran prinsip akaun dengan perdagangan je. Aliran prinsip akaun pun , ckgu kata budak kelas pertama je boleh masuk .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak wajib. As long as u ambil add math dh okay.

      Delete
  39. As salam, ape pendapat saya ambik sains dan drop bio. Dan ambil prinsip akaun. Adakah ia okay? Saya keliru sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its okay if u want to be an accountant. Tp kalau cita2 lbih kpd doctor jgn drop bio.

      Delete
  40. Boleh tak kalau saya nak jadi akauntan tapi tak ambil prinsip akaun? Jadi kalau boleh, syaratnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Based on my opinion boleh tp u better ambil add math+perdagangan. Tp u better take p.akaun sbb senang sikit nak msuk u nanti.

      Delete
  41. Assalamualaikum~! Abg,, saya nk tnya satu hal yg betul2 wat saya runsing skrg ni.. Mcm ni,, saya mrupakan pelajar PT3 thun 2014 dan saya mndapat kputusan 6A.. Dan disebabkn itu, saya dapat msuk di dalam kls Aliran Sains Tulen.. Saya btul2 rasa brsyukur n seronok kerana dpt msuk ke dlm kelas itu.. Tetapi,, malang nya result Sains & Math saya sgt teruk.. saya mndapat grade D pada kedua-duanya dan hal ini mnyebakn Ayah saya tidak mmbenarkn saya msuk ke kelas Aliran Sains Tulen.. Ayah saya mnyuruh saya mngmbil pelajaran elektif iaitu Prinsip Perakaunan & Add Math.. Walhal,, saya lgsung x suka dgn prkara yg brkaitan dgn perakaunan ni.. Ayah saya mmbuat kputusan begitu kerana Ayah saya kata saya ni x layak untuk msuk ke aliran Sains Tulen.. Hal ini mnyebabkn saya berasa sgt2 sedih sehinggakn saya brgaduh dgn Ayah saya sehari ni.. Mcm mne ni.. Apa yg saya prlu buat?? Abg tlg lh saya.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kau minat sains, kau masuk ajelah aliran sains. Bincang elok2 dgn family kau. Tp jangan la bergaduh. Kalau ayh kau marah & tk setuju jugak kau jgn melawan sebaliknya kau ckp elok2. Apa cita2 kau? Kalau cita2 kau tu ada kena mengena dgn aliran sn tulen, better kau ambil sn tulen. Sekolah mesti ada bg 3 bulan utk cuba sebelum tkr aliran. Kau bincang dngn ayh kau. Bincang elok2 ckp yg kau nak try dulu sains tulen lpstu buktikan yg kau boleh buat. Untuk ujian satu kalau kau dpt result elok bg tahu ayh kau yg kau nak stay kls sn tulen tp kalau kau xley carry better kau ikut ckp ayh kau, kau ambil p.akaun. Sbb aku fhm sains pt3 ni ssh. Soalan lain mengejut & apa yg ada dlm buku teks tu keluar sikit aje. Tp math tu kau kena usaha lbh. Kalau kau ambil p.akaun pun sama je sbb kalau ambil p.akaun kena pandai math. Bnyak kira2. //suruh ayh kau bg perluang kt kau 3 bulan dulu. & jgn lupa buat solat istikharah mintak petujuk drh Allah supaya aliran yg kita ambil ni aliran yg btl. InsyaAllah everything's going to be okay. Kalau ayh tk bg jgk masuk jelah p.akaun. Ikut ckp ayh, jgn melawan. Walaupun tk suka tkpe. Minat boleh dipupuk ye :)

      Delete
    2. yg kau nk ckp kasar tu pahal . biar lahh pmilik blog ni yg reply . yg kau campur hal org tu pahal . aku x suke ahh tgok org kasar2 ni . aku rse nk lempang je . nasihat kau tu oke tp bahase terlalu kasar . hrp KAU terima .

      Delete
    3. Aku cuma nak tlg. Mungkin perkataan "aku/kau" tu yg buat kau nmpak kasar. Sorry la. Aku mmg selalu ckp dgn org lain guna perkataan aku/kau. Don't take it the wrong way. Bagi aku kalau guna aku/kau tu biasa he Soryy iI didn't mean to ckp kasar. & I'm trying to help u but u ckp I menyampur. OK then. I'm just trying to help jgn la asyik negative je. Kalau kau nak jwpn Dr pemilik blog ni ok then, aku cuma BG sikit nasihat aje. Kita sbgai sdara sesama Islam harus tlg mnolong. :)

      Delete
    4. actually , bkn aku yg tanye . tp bile aku bce komen kau , rse mcm kau tgh marah . nasihat kau oke , seriously oke . cme bahase je . sokay laa . bende da lepas . tp drpd bahase kau , aku dpt agk yg kau lelaki .

      Delete
    5. aku pon nk mintak maaf . rse bersalah gile kott . sorry aww

      Delete
  42. Assalaikum abg , baru2 ni sy dpt kputusn pt3 . 3A(Ag,Geo,Sej)1B(Bm tulis)5C(bm lisan,bi tulis/lisan,math,kh)1D(sc) . saya dr kecik mmg nk sgt jdi dokter tpi kputusn pt3 markah sc pling teruk :'( minat sy cuma pd sains tulen dan sy skrg tgh buntu nk msuk apa. nk msuk acc pon mcm xlepas. ada cara lain ke utk jd dokter ? sbb nk msuk sc tulen mcm dah xleh sbb skolh saya xkasi mohon nk msuk jurusn yg dipilih :'( diorg kata spm mnntukn sgalanya btul ke? tpi dah kalau form 4 msuk jurusn bukn science cmne spm nnt boleh bawa kita jd dokter? sy mmg tak paham . abg tau cara lain ? Thanks n sorry sbb pnjg sgt :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan owner blog, tp saya nak mmbantu sbagai seorang counselor.
      Saya cadangkan supaya awak jumpa sendiri degn pengetua sekolah & mintak nak masuk sains tulen. Kalau awk betul2 nak awk kena berani jumpa pengetua. Tp kalau dah tak dapat jugak, apa boleh buat? Jangan putus asa. Masuk aje kelas yg awak rasa awak minat slain sains tulen. Cnth awk ambil account dlm keadaan terpaksa. Jgn putus asa, awk study je account. Minat boleh dipupuk. Satu benda sya nak awak ingat. Sebagai umat islam ni kita kena ingat. Tak semua yg kita nak kita dapat. Kadang kadang kita kena redha & terima segala nya. InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua ini. Dan jgn lupa buat solat hajat. Mintak dkt tuhan supaya awk dpt masuk sains tulen. Kalau tuhan makbulkan, alhamdulillah tp kalau still x dpt, mungkin ada hikmahnya. Jd redha lah :)

      Delete
  43. assalamualaikum abg . saya xtaw apa yg patut saya pilih . saya dapat kelas sains tulen tp saya minat LK . mak saya pula dah menaruh harapan bila dapat tawu yg saya dpt kls tu . macam mane ni ? saya minat sains jgk laa , tp saya lebih suka LK . tp bila mak saya menaruh harapan cm tu . ape ptt saya bwt ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan owner blog tp saya sbagai counselor hnya nak bg nasihat sikit, terpulang pada awak nak terima atau tk.
      Saya cadangkan supaya awak bgtahu mak awak yg awak nak masuk LK, cakap dkt dia yg awak minat LK berbanding sains tulen. Dan buktikan dkt mak awk yg awak ni layak masuk LK :) harap dpt mmbantu

      Delete
    2. thanks banyak2 . saya appreciate sgt2 . thanks for helping

      Delete
  44. Assalam abg sya tahun dpt klas akaun tapi sya nk belajar fizik sbb nk jadi pilot .. boleh x sya tambah subjek fizik kat kelas akaun?

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum abg. :) saya haritu pt3 dpat 2A (geo,sej,) 3B (BI ujian lisan & tulis, P.islam) 3C (BM ujian & lisan, KH) 1D (math) 1F (sains) ...maaf bagi details sangat..tapii,,,cikgu masukkan saya dalam kelas sains tulen..! saya pon rase pelik.skarang ni dengan result sains & math saya camtu, bleh ke saya berjaya dalam kelas sains tulen ni ? saya ada minat sikit dalam sains tapi memang tak suka math. dan lagi 1, saya jugak minat ke arah agama. tapi sekolah saya sekolah biase2. ada aliran sains tulen, acc, perdagagan, sastera je. kalau saya minat agama, kena pandai bahasa arab kan? tapi skarang ni saya lansung blajar bhs.arab. sempat lagi ke kalau saya blajar bhs,. Arab ni waktu form 4? and kalau saya berjaya dalam bidang agama,,masuk U nanti saya boleh amik ape ye? minta tlong sangat2 pendapat abg2,, sesape jelah yg ada jawapannya.. terima kaseh :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Boleh berjaya kalau usaha. Sains dgn math ni dekat kelas2 lain pon kne ambik gak... Lg2 math. Klau ambik ap2 aliran pon, math pling penting untuk masuk u.
      2. Minat agama xsemestinya belajar arab. Tapi better blajar.
      3. Sempat lagi belajar bahasa arab. Sebab ad member saya masuk asasi uia (umur 18) bru belajar arab.
      4. Kalau berjaya dalam bidang agama, sangat banyak gile nak mam course yg boleh ambik kat u.
      Sekarang ni, bincang dengan parents, dengan kaunselor, mintak cadangan ngan idea diorg. Kalau rasa xboleh bawak sains eloklah tukar awal2...

      Delete
  47. i'm not the owner of this blog but i think you must try . kalau x bolehh bawak , tukar lah ke aliran agama . kalau boleh , pindah sekolah aliran agama . bila masuk u pulak , awk boleh amik apape je yg ade kaitan dgn agama . hehe . sebenarnya , saya sebaya ngn awk tp sje2 nk try jd kaunselor . saya bkn org yg komen di atas ye :)

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum.. saya nak tanya.. saya amik aliran akaun.. dkt kelas akaun ade fizik , kimia dan addmath.. kalau sy drop fizik dan kimia.. adakah terjejas saya punya akaun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya kalau anda tak minat sains dan nak belajar Akaun boleh je drop subjek fizik n kimia tu... tapi subjek sain dan matematik wajib amik yerr, kalau tak, tak boleh masuk U.

      Delete
  49. assalamualaikum.. saya nak tanya.. saya amik aliran akaun.. dkt kelas akaun ade fizik , kimia dan addmath.. kalau sy drop fizik dan kimia.. adakah terjejas saya punya akaun?

    ReplyDelete
  50. Abg sya masuk klas akaun .. tapi sya minat sains .. boleh x sya score bahgian sains biasa dulu baru tkar klas sains biler form 5 nnti .. bole x mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak boleh. Anda kena ambil kelas aliran sains dari form 4...dan ambil subjek tambahan subjek akaun.

      Delete
  51. saye nk tnye, ape alasan remaja skrg yg mmilih aliran sains?

    ReplyDelete
  52. Salam, saya dapat aliran sains tulen... tapi saya lebih minat akaun dan nak jd akauntan.. apa patut saya buad? Perlu ke saya tukr ke aliran akaun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau adik minat ke arah akaun..adik boleh tukar...

      Delete
  53. As salam abg...saya ex PT3 candidate... Tahun lepas saya dapat 9A 2B (Math & Lisan BI) dan sekarang ni saya berada dalam kelas aliran sains tulen..Saya memang selalu dapat A dalam sains tapi seriously saya rasa saya tak minat langsung dlm subjek yg berkaitan sains..tapi saya menjadi harapan org disekeliling untuk terus berada di aliran sains tulen..buat masa sekarang saya dah beritahu penyelaras tingkatan 4 untuk tukarkan saya ke aliran akaun ..tapi saya tak faham bila orang2 sekeliling cakap camni "rugi la wei,hang dah mensia2kan peluang hang" ..humm cita2 saya sebenarnya menjurus ke arah Bahasa Inggeris...saya minat BI tapi ujian lisan saya dapat B ..ujian bertulis Alhamdulillah dapat A..sekarang ni saya betul2 buntu untuk ambik aliran apa ..sekolah saya hanya ada 2 aliran..Sains Tulen dan Akaun..Saya rasa saya nak ambik Akaun tapi kadang2 saya rasa rugi kalau tinggalkan Sains Tulen..tapi bila difikirkan minat antara dua aliran tu skrg ni 50 50 ..aliran apa yang patut saya ambil kalau saya nak jadi Pensyarah BI ? Give me some advise please :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak . saya sarankan awak try dulu belajar seminggu dua . kalau rasa kekok / tak boleh nak pickup , awak minta pindah kt kelas lg satu yang awak minat jgk tu . awak pandai . pendapat saya , kalau awak rasa2 mampu untuk menghafal fakta2 subjek sains tu , teruskan . Subjek sains akan buat kita senang kalau kita dapat score so do the best tau . abg pemilik blog ni asal la x reply2 . buzy kott . btw , awk ni org kedah ye ? waa . bestnya . hahaha . jgn pelik ! saya suka dgn negeri Kedah :)

      Delete
  54. Asalamualaikum ..
    Sy mntk pertolongan dr sesiapa pun y bley bg pendapat..
    PT3 sy mndpt 7A, tp, scn sy B, & mth sy C...
    Sy pelajar SMA, yg amik P.Quran & Sunnah, P.Syariah Islamiah, Ekonomi Asas
    tp sy minat nk msuk bidang Sains Tulen sbb rmai yg kte bidang ni ad peluang y lebih cerah pd masa hadapan..
    tp.. sy layak ke msuk ke bidang Sains Tulen dgn result gitu?
    Skolah biasa amik ke pelajar utk msuk Aliran Sains dlm bulan jan-feb ni?

    ReplyDelete
  55. saya dh masuk kelas sains tapi saya tk minat fizik & kimia. rasanya saya patut tukar kelas sastera atau tak? :(

    ReplyDelete
  56. Asalamualaikm..cikgu saya pelajar yg ambil p.akaun tetapi saya lemah dlm add math..apabila form 5 bolehkah saya drop add math and just take akaun and perdangangan..help me please..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh....tapi is better adik bincang dengan cikgu adik.... kalau nak drop, drop awal2..jangan akhir2 baru nak drop, takut menyusahkan cikgu adik pula... btw kenapa nak drop addmath? result okey tak?

      Delete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...