Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidul Rasul....Jom Selawat!!


Aku mulakan entry aku pada hari ini dengan sepotong ayat Hadis.


Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud :-

" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat

 ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 

kali darjat""





Fadhilat (Kelebihan) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad saw

Jika selawat dari Allah swt ertinya rahmat dan jika ia daripada Malaikat dan selainnya,ia bererti doa.Allah Ta’ala berfirman :



Ertinya : “Wahai mereka yang beriman,berselawatlah kamu ke atasnya dan berilah salam sepenuhnya ke atasnya”.
[QS Al-Ahzab : 56]

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”.

Sesetengah sahabat bertanya kpd Rasulullah saw:
 “Adakah yang demikian itu dengan kehadiran  hati?” Baginda saw menjawab dengan sabdanya : “Tidak. Tetapi orang yang berselawat dengan hati yang lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dengan kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt sahaja yang mengetahuinya” .


Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dengan disertai dengan kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yang mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati.



Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang berselawat ke atasku seribu (1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga untuknya”.


Sabda Nabi saw :
“Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”.


Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada hari Kiamat) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.



Sabda Nabi saw : “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa -dosa kamu seperti air menghapuskan api".



Sabda Nabi saw :   “Tiada satu doa seseorang itu melainkan antaranya dan langit terdapat hijab sebagai  pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku. Apabila ia telah berselawat, maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan” .


Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari,maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat untuk akhiratnya dan 30 hajat untuk dunianya”.
Nabi Muhammad saw bersabda : “Jibril telah datang kepadaku dengan berkata : “Wahai Rasulullah, tiada siapa yang berselawat ke atasmu melainkan 70 ribu Malaikat berselawat ke atasnya”.

Sabda Baginda saw : “Malaikat yang berjalan di muka bumi menyampaikan salam daripada umatku”.
Sumber:ammi11

Kepada orang yang tak tahu ataupun terlupa macam mana nak selawat...Baca ni,

Yaa Nabi Salaam 'alaika
Yaa Rasul Salaam 'alaika
Yaa Habib Salaam 'alaika
Salawaatu'llah 'alaika

Ashraqa'l Badru 'alaina
Fakhtafat Minhu'l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra'aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori

Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu's-Sudoori

Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama'l Qiblataini

Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad
Yaa Kareem Al-Waalidaini
Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad
Wirdunaa Yawm An Nushoori

'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
Mustajeeb-Ud-Da'awaati
Rabbi Farhamnaa Jamee'a
Bijamee-'is-Saalihaati 


Translate ke Bahasa Malaysia

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد  Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد  Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ  Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ  Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ  Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ  Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا  Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ  Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا  Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ  Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ  Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ  Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي  Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ  Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد  Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ  Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ  Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ  Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد  Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ  Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد  Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ  Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ  Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ  Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ  Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ  Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى  Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ  Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا  Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ  Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد  Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ  Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد  Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ  Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد  Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد  Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ  Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/01/bacaan-selawat-nabi-dalam-rumi.html#ixzz2IoCVBQKy

Kalau tak ada masa sangat nak Selawat panjang-panjang...selawat rinkas pun bolehh..

"اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ "
"Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad"

Video Selawat Nabi by RAIHAN.....aku rindu kumpulan Raihan dulu-dulu.Lagu-lagunya semuanya best-best.Selalu nyanyi time zaman sekolah.

Salam Maulidul Rasul....Jom Selawat !!

1 comment:

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...