Thursday, January 17, 2013

Kucing Oh Kucing...





Siapa ada kucing kat rumah?
Untunglah siapa ada kucing kat rumah, sebab siapa bela kucing nih sunnah nabi sebab dulu nabi sukakan kucing,mesti korang dapat pahala..
Dulu aku suka bela kucing,dimana-mana nampak kucing akan ku garu-garu kepalanya.Nampak kucing comel sikit,mengada-ngada nak bawak balik rumah.Tapi itu dulu...sekarang aku dah tak bela kucing secara rasmi.Cuma kucing-kucing jalanan jerk yang datang umah aku sebab mak aku selalu  kasik kucing-kucing terbiar ni makanan yang tak habis kat rumah aku.Sampai diorang pun tiap-tiap hari lepak kat rumah aku.Hanya diluar...kalau kucing tu masuk dalam kira kena penyapulah jawabnya..
Dulu aku ada bela seekor kucing.Namanya JUBE.Aku bela dia time dia kecik sangat.Masa mak dia lahirkan,selang 2-3 minggu aku dah amik kucing tu untuk ku bela.Tapi jahat jugak aku sebab pisahkan anak dengan mak kucing tuh.Then dengan baik hatinya bapak aku belikan sangkar untuk anak kucing itu supaya dia tak berak merata-rata.Aku tak kesah sangat dia berak merata-merata (sebenarnya aku kisah sebab taik kucing ni bau dia sangat extreme).Setiap kali si JUBE berak merata-rata mak aku mesti membebel.Tapi aku sabar je sebab aku sayang kucing tu ketat-ketat.Segala kencing berak dia dalam sangkar,aku yang bersihkan.Kira aku dengan dia macam bapak dengan anak.
Sampailah dia sudah mengakhiri zaman kanak-kanaknya, Bulunya semakin licin,lembut dan lebat.Aku selalu usap-usap bulu dia sambil berkata..."WoW! guna jari pun boleh, guna teknik rebonding ke?". Dan aku mengharap dia menjawab, "Tak lah,saya guna syampoo Rejoice cap ikan sardin".
Hari semakin hari kucing aku itupun dah beranak sorang-sorang tanpa menikah.Entah sape yang mengandungkan dia tah,tak memberi kehaiwanan betol.Sepatutnya dia sebagai ayah kepada anak-anak itu perlu bertanggungjawab, dasar binatang punya binatang!.
Masa dia tengah melahirkan anak, aku lah yang jadi Pak Bidan,tapi tengok jelahh.Orang kata tengok kucing beranak dapat pahala dengan syarat niat ingin melihat kejadian tuhan yang sempurna.
Dipendekkan cerita..


Semakin hari semakin manja kucing aku itu.Aku jalan sikit,dia usap-usap kepala dia kat aku.Aku jalan sikit dia halang jalan aku.Aku nak jalan jer mesti dia halang jalan aku sampai aku nak terjatuh dibuatnya.Susah betul masa tu nak jalan sebab kucing aku tu menghalang.Aku masa tu geram giler! Maybe masa tu aku busy sampai tak sempat nak bermanja dengan kucing. Aku sedar yang kucing aku tu rindu nak bermanja dgn aku. Tak tahulah masa tu aku rasa bela kucing ni menyusahkan aku. Tengok dia pun rasa menyampah. Kenapalah dengan diri aku masa tu. Aku pun berhasrat ingin membuangnya di Pasar.Mula-mula aku paksa dia masuk dalam sangkar.Dia seboleh-boleh tak nak masuk dalam sangkar uh,dan aku paksa dia jugak dan akhirnya dia masuk.
masa di dalam sangkar,dia mengiau-ngiau tanpa henti.Macam dia merayu-rayu supaya aku lepaskan dia.Sampai sekarang aku masih ingat lagi dia mengiau-ngiau dengan aku.Mula-mula aku ingin membuangnya sendiri di pasar,tapi aku tak sanggup tengok dia lagi.Aku suruh orang lain yang buang.Dan sejak itu,aku tak bela kucing lagi,takut berdosa.Maafkan aku JUBE.Hope kat akhirat kau tak balas sepak aku kat kau dulu.
Sekarang ni tiba-tiba aku teringatkan kucing aku tuh,makumlah, dari kucing tu kecik sampailah dia beranak-penak aku jaga dia mecam menatang minyak yang penuh,last-last aku buang dia mcam tu jerk.Siapa tak sedih kan.Dialah teman rapat aku masa tu,Tengok TV bersama, main kejar-kejar bersama.Haishhh sedihnya..
Kepada pembaca semua, aku bukanlah manusia kejam.Cuma pengalaman mengajar kita supaya menjadi yang lebih baik.Insya'allah.

15 comments:

  1. bella pun ada bela kucing sekor kat rumah ni . tu pun lepas nangis-2 nak bela time darjah 6 dulu . kalau ikutkan mak , memang tak bagi sebab mak tak suka kucing . memang lama-2 geram jugak sebab kucing bella tu suka sangat mengiau . err ada la jugak tersepak sikit-2 . hahaha

    ReplyDelete
  2. huhuhu.

    kena buang jube?

    siannye...

    aku pun pernah buang kucing kat pasar. tak sanggup aku tengok muka jaki kucing tu pandang aku.

    tapi 3 hari lepas tu, die sampai rumah aku balik. mcm mane?

    haha.

    ReplyDelete
  3. @Rapunzeel Cikilolo tu lahh,biasa jugak aku dengar kucing yg mcm tu..ingat anjing jer yg mcm tu,,,,,,,mungkin naluri kucing tu sayang kat tuan dia agaknya..

    ReplyDelete
  4. cik siti pn bela kucing....tapi kucing tuu hilang :'(...rasanya orang amik....sebab dia keluar tak balik2.....

    ReplyDelete
  5. jahat lah awak ni...

    ReplyDelete
  6. Hahaha kelakar la citer korang niyy :D pecah perut aku dibuatnya hehe :D awesome dude :)

    ReplyDelete
  7. Maaf jika sy menegur.
    kucing ptt disayangi.
    awk yg masukkan dia dlm kluarga awk. awk septtnya beranggungjawab. mc mn awk bnci pn, awk x ptt pkl mrk. walaupun mrk prnh buat awk jatuh. kucing semmng nkl,ingin bermanja. itu biasa je. u take him into your family. the first day u should responsible. not throwing like that.

    ReplyDelete
  8. Kucing sy suka gigit n cakar.. Tu sy selalu pukul sbb geram. Mcmane nk ajar kucing yg suka gigit n cakar. Dulu mak dia xcmni. Rs xnk bela lah sbb selalu pukul klu dia ganas sgt. Suka gigit n cakar. Abes tangan kena cakar. Suka pegang2 dia tp dia ni xmanje pun. Tp balas dgn cakar n gigit. Err..

    ReplyDelete
  9. sy kdg klo marah ngn knakalan n kedegilan. sy tibai ngn rotan kat bontot. menangis2 dlm kandang. berdosa nye sy. apa perlu sy bt. sy syg sgt ngn kucing sy tu

    ReplyDelete
  10. sy kdg klo marah ngn knakalan n kedegilan. sy tibai ngn rotan kat bontot. menangis2 dlm kandang. berdosa nye sy. apa perlu sy bt. sy syg sgt ngn kucing sy tu

    ReplyDelete
  11. Tulisan si gila. Sepak kerana kcg nak manja 2? Bodo la tu.
    Ko buang dia kerana ko rasa tk sggup tggung dosa pasal asik tendang dia? Itu cara ko mginsafi diri ko???
    Aku bela 17 ekor kcg yg mcm2 ragam.hari ni aku pening pasal kcg aku asik ngeow mnjerit.. Dah berhari2.aku cari entry utk cure my prob.tp trsgkut dkat blog bodo ko
    Ko tulis ni mcm gaya nak org marah ko kan? Cari publicity ke?
    Kenapa la Mak ko biar ko bela kcg Dr kecik? Patotnya ko yg kena penyapu.

    ReplyDelete
  12. memang tulisan daripada seorang sibodoh yang takde hati perasaan. kalau kau sayang kucing kau, kau takkan buang dia la bodoh!

    ReplyDelete
  13. Kesian kucing tu.. klu dia blh bercakap mesti dia ckp jgn buang dia

    ReplyDelete
  14. Kesian kucing tu.. klu dia blh bercakap mesti dia ckp jgn buang dia

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...