Saturday, January 5, 2013

Aku mahu Kerja!!


wei,wei,wei, setahu aku kaulah budak paling pemalas nak kerja.Itu nafsu semata-mata.Hak hak hak. Bagus betul nafsu aku nak kerja kan.Dalam hati ni rasa nak duduk lepak kat rumah jerk lagi bagus.Memandangkan wang poket aku yang sudah boleh dibuat sarang tikus, aku teringin jugak nak cari pengalaman nak berkerja.Yang best nya kawan-kawan aku pun semua dah berkerja. 
"H tag" kat twitter #ForeverAlone.
Menjadi lebih menyampah bila dikalangan kawan-kawan aku menanyakan soalan "Kau kerja apa?". Apa aku nak jawab weiiiii....so aku cakap "tak ada rezeki aku nak kerja"..jawapan aku tu ala-ala Imam muda kan.
Tapi ada hikmahnya aku tak kerja.Sekarang ni kat rumah aku ada atuk aku.Kalau tak ada aku sape pulak nak jaga dia kan.Kesiaann dia dah tua.Tiap-tiap hari tanyakan anak-anak dia.Aku selalu dengar dia ceritakan aku pasal dia masa muda-muda dulu, pasal tentera jepunlah,pasal moyang akulah..kadang-kadang tiap-tiap hari cerita benda yang sama.Maklumlah orang tua kan.Kita dah tua tak tahu macam mana.Bila kita menjaga orang tua ni kesabaran mesti mantap.Jangan marah-marah orang tua sebab orang tua ni kecil hati.Kita doakan dia..Jaga orang tua ni banyak pahala.

INI atuk saya..
Umur beliau 93 tahun...
Walaupun umur lebih kurang seabad, tapi kepantasan beliau memngayam ketupat boleh mengalahkan kepantasan David Villa.Erkk? David Villa pandai anyam ketupat??


P/s: Agak-agak korang kerja apa yang best bagi orang lepasan spm macam aku ni.

Adakah dengan menjadi Ejen Spy kucing-kucing yang hilang??








2 comments:

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...