Wednesday, December 5, 2012

Misi Aku

Assalamualaikum, Tak jawab dosa, 


Misi?, Misi apa nih? Adakah aku agen Spy 007 yang ditugaskan membunuh ajen perompak paling professional di dunia? ataupun mencari lembu Cik Buyun yang dah hilang?? ataupunnnnnnn ok, cukuplah aku merepek.Bak kata kumpulan Nirwana cukup-cukup sudahhhhhh.

Misi yang aku nak buat ni adalah "Misi Menguruskan Badan"
Semenjak aku Nak ambil spm nih kan,aku rasa tertekan sangat baca buku,terutama baca buku teks sejarah yang ting tong dan boleh dibuat bantal ketika tidur.Bila aku dah tertekan,aku hilangkan stress aku tuh dengan makan tidur makan tidur makan tidur.Kalau ada lembu boleh bercakap kat sebelah aku dia mesti cakap "Hai Kawan.....".

SO!
what can I do in my diet?

 
Apa Pandang2....pandang Ayam Goreng~~


Pertama sekali mestilah aku nak jaga permakanan aku.Aku ni jenis orang yang makan nasi sedikit tapi lauk yang banyak.Tahukah anda bahawa ayam goreng mempunyai kandungan lemak yang banyak.That's why badan aku sekarang nih dah gemuk.
Second is, aku tak nak skip Sarapan,Lunch and dinner aku.Faktor utama kita sentiasa lapar adalah sebab tak ambil sarapan pagi.Ini kerana apabila kita bersarapan pagi,nutrient dan tenaga boleh disimpan dengan lama dalam badan.So kita takkan cepat lapar.Tapi kalau lapar jugak,tu dikira nafsu lah kan.

Bersenam dik oiii,senam dengan semangat.

lepastu pula aku nak amalkan gaya hidup sihat, macam jogging, pergi gym, main badminton, paling kurang pun aku skipping lah.Kalau kurus maccam ranting kayu reput kalau tak cergas tak guna jugak kan.So kita mesti selalu melakukan senaman yang sihat agar otak cergas minda cerdas.Maklumlah lepasan SPM macam aku nih, takde keje lain selain besorkan perut depan TV dan tidur.Nak baca buku kirim salam lah wahai buku teks.

Ok lah,harap korang gembiralah dengan entry aku kali nih.Sebarang nasihat dan tips2 boleh diletak diruangan komen.So longgggg baby, Babaiiii..

Thank you!

2 comments:

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...