Saturday, December 8, 2012

Cinta Atau Sahabat Monyet

Assalamualaikum..


.....Saje pancing korang dengan muka Zayn Malik nih.hihi...




Ok,ni cerita masa zaman aku belom matang lagi kira-kira masa aku Tingkatan 2 ke bawah.Masa tu adalah zaman Gosip Budak-budak yang dimana bila kita bercakap dengan pelajar perempuan lepastu ketawa-ketawa sikit2 mesti ada mulut-mulut puaka yang cakap "Cehhhhh dia ada makwe,,pewwwittt". Dan kalau kau tak bernasib baik gosip ini akan berlanjutan sampai ko dah Abis sekolah menengah.

Aku teringat lagi bila aku darjah Lima,Aku ada berkawan dengan sorang minah nih.Agak gangsterlah jugak sebab selalu bagi aku penampo sebab aku selalu ejek nama bapak dia.Ok,kalau korang nak tahu pada zaman tuh jugak budak-budak suka sangat ejek nama mak bapak orang.So aku pun tergolong sekali lah dalam ketegori tersebut.Kira mejaroti pelajar sekolah rendah kalau nak sakitkan hati orang, dia mesti ejek nama bapak.

Berbalik pada sorang minah yang hanya boleh dikenali dengan MISS A. Aku kadang-kadang gaduh2 dengan dia,kadang-kadang bergurau-gurau dengan dia sampailah suatu ketika ada sorang cikgu nih  just nak kenakan kitaorang berdua yang kononnya kitaorang pasangan couple.So apa lagi,budak budak mulalah menyakat and gosip2 aku sana sini.Aku fikir gosip nih just 2-3 hari.Rupanya sampai aku tamat sekolah rendah.Akibat dari gosip tersebutlah aku tak pernah teguR MISS A tuh sampai sekarang.Sebab kitaorang malu-malu kucing siam.Mana taknya cakap sikit jerk ada orang lain menyebok usik2.Adoaiii...Padahal kitaorang just kawan tapi mesra jerk.



Masa aku Form 1, aku duduk kelas kedua paaaaaaaaaling hujung.Sebab result UPSR aku macam belacan.Tapi belacan-belacan result aku pon,aku still dapat 2A berbanding kawan aku yang hanya dapat result lebih belacan daripda result aku dia boleh dapat kelas best2.Ini tidak Adil!!! Oleh kerana masa tuh aku hanyalah seorang budak pemalu,aku segan nak buat demokrasi tunjuk Perasaan kat cikgu-cikgu sekolah.Aku just redhaa.Ada hikmah disebalik semua ini.Yang bestnya kelas hujung nih,aku asyik dapat nombor 1 jerk dalam kelas.Takde sorang pun yang boleh pegang takhta NOMBOR SATU dalam kelas tuh kecuali aku.Cikgu2 pun asyik puji.hehehehehehe.Bestnya puji diri sendiri kan kan kan.(BANGGA SEKEJAP)hehe gurau2..

Berbalik pada tajuk, ada sorang minah nih, dia duduk kat sebelah kelas aku.Kiranya dia nih duduk kelas paling hujung sekali.Aku kawan ngan dia pun secara tak sengaja.Dia nih selalu kena buli dan macam biasalah akulah tempat dia mengadu macam-macam dalam SMS.Nak jumpa one by one macam haram pulak kan.Yang bestnyer dia selalu tOp-Up kan aku.Sampailah satu ketika yang amat mengejutkan aku.Dia mintak aku couple dengan dia.hohohoho.Masa tu takdelah dia cakap terang-terang macam tuh kat aku.Dia just bagi signal jelahh.

Masa tuh aku tak mengerti apa itu "couple".So aku just senyap jerk dan tak bagi jawapan apa-apa pon.Sejak dari tuh dia jarang SMS aku lagi.Mungkin dia malu kot sebab cintanya di Reject.Hahaha.Padan muke kecik-kecik nak bercinta sangattt.Bila kitaorang bertemu kitaorang just senyum-senyum manja tanda kitaorang tak sombong.Padahal nak cover malu.Tak lama lepastu dia berpindah kat sekolah lain.Bagos jugak ko pindah,tak lah ko menyusahkan hidup aku asyik buat senyum plastik depan kau.

P/S:Agak panjang pulak entry aku kali nih.Sebenarnya banyak lagi aku nak citer time aku form 2,form 3 dan lain-lain.Cuma panjang sangatlah.Aku tulis nih bukan aku nak syok sendiri,semua citer aku nih ada pengajarannya sendiri.
Ok lahhh...nak blogwalkinglahh..hehe



16 comments:

  1. wewit. Biasalah tu. untunglah ada yang ajak couple. hoho:)

    ReplyDelete
  2. haha..mcm2.baik jgn kapel lg.kt univrsiti esok baru best..

    ReplyDelete
  3. zayn malik hensem ! arghhh !! haha

    ReplyDelete
  4. oh ramai juga ek ajak couple...saya pun cinta dr tingkatan 2 lg knal dgn dia...ms tue org ckp cinta monyet kan...tp alhamdulillah skrg kami dah khwin tau..jd jodoh smua ditangan ALlah..kita merancang ja kan...nice entry lah...imbau kngan sek..

    ReplyDelete
  5. kenapa kwn yg dpt result lg belacan tu blh dpt kelas lagi best?. sgt tak adil tu .

    ReplyDelete
  6. haha kesian budak tu kena reject. tapi macam mana pun zayn malik handsome!! hahaa :D

    ReplyDelete
  7. bselah zmn budak2 semua org pna alami,kalau teringt balik,msti lwk

    ReplyDelete
  8. @Nurfara Hani hahaha..kira ada pengalaman lah jugak kann.

    ReplyDelete
  9. @Sheera Ayatu lahh pasal! padahal dia punya belacan sampai boleh wat sambal belacan!! ini x adil!!

    ReplyDelete
  10. haha..comel sangat selalu kena tampar. kalau betul kapel mesti kena buli dgn dye.

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...