Thursday, June 21, 2012

Makan Nasi hanya sekadar Segenggam tangan Sahaja.


Ceh, sekian lama tak update blog tibe-tibe muncul dengan tajuk kesihatan.Ofkoslah, aku sekarang nih dalam mencari kesihatan badan dan memilih makanan yang berkhasiat(konon).
Semenjak nak hampir dengan exam nih, aku banyak habiskan masa dengan makan nasi.Pagi nasi, tgh hari nasi, Petang nasi..malam pon nasik.Nasib baik badan aku tak macam nasi cuma berat badan yang naik mendadak.


Ramai orang cakap yang makan nasi nih Menggemukkan??
betol ker??
Menurut pakar pemakanan (wahhhhhhh mentang-mntang sejak dua menjak nih rajin baca buku kesihatan) nasi adalah kadar kabohidrat yang perlu untuk badan kita bagi menjamin metabolisma terutama sekali kita sebagai rakyat malaysia yang cukup sinonim dengan makanan rutin iaitu NASI.

So??
Kalau macam tuh, berapa kadar pengambilan nasi pada setiap hari supaya menjamin kesihatan badan dan tidak gemok??

Caranya mudah..

Makan dengan pengambilan nasi 5 kali sehari.
Eh, apsal pulak!! aku makan nasi 4 kali sehari Bertambah jugak berat badan aku!!

Belum lagi, pengambilan nasi perlulah diambil dengan kuantiti sukatan sebesar genggaman tangan kita
HA!!! selama nih aku makan 3 genggam sekali gus....OMN!! (oh! my nafsu)

Oleh itu, nasi bukanlah salah satu faktor kegemukkan tetapi kantiti pengambilan itulah yang menjadi Faktor utama kegemukkan.

ingat....
!!INGAT!!
MAKAN NASI SATU GENGGAM SAHAJA!!

kalau rajin dengarlah pakar perunding kesihatan celebrity nih..



No comments:

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...