Friday, January 6, 2012

Dilema Seorang Doktor



Cita-cita aku nak jadi doktor...

Bila aku search kat google "best tak jadi doktor"

Lepastu keluar satu artikel yang memberi aku semangat..korang baca lah..


Abang merupakan seorang pelajar perubatan. dahulu, abang jua sama macam anda semua. ada ayah, ibu yang amat inginkan abang menjadi seorang doktor. ada cikgu di sekolah yang amat berharap abang menjadi seorang doktor. ada cita cita yang sememangnya mahu menjadi seorang doktor. semangatnya kuat, tinggi. maybe kerana ketika itu, pelajar pandai spm 13 A sudah tentu satu sahaja cita cita adalah menjadi doktor. bak kata, doktor adalah kerjaya yang terhebat dibumi malaysia. oh. dr sudah tentu glamour kan. banyak duit. kawan kawan pula bercerita , menurut surat khabar the star, kerjaya yang paling rakyat malaysia percayai adalah doktor mengatasi ulamak, tokoh politik dan sebagainya. nak jadi doktor sebab doktor banyak duit. nak jadi doktor sebab nak tolong orang susah. saya ada pengalaman keluarga sakit. saya tak dapat nak tolong kemudian meninggal. sedih. dari situ saya impikan nak jadi doktor. oh. dan macam macam lagi alasan yang boleh diberi untuk menjadi doktor. hakikatnya. tidak sebegitu. kalau menang anda mahu menjadi seorang doktor, dengarlah apa yang ingin abang kongsikan bersama adik adik semua

Hari ini, abang ada chat dengan seorang kawan. dia bekas pelajar sains komputer. sekarang bekerja disebuah bank terkemuka dengan gai sekitar 3 ribu. alhamdulillah. bagus. dia bercita cita mahu menyambung sampai peringkat doktor falsafah. bagus.ada cita cita besar. abang cakap bagus la dah kaya. pastu dia kata , kamu lagi kaya jadi dr.

Best ke jadi doktor? kaya ke dengan jadi doktor? seronok ke? hebat ke ada title doktor? mari abang mahu bercerita. mahu jadi doktor, anda kena korbankan masa anda yang cukup banyak. nak kena stady, belajar banyak benda. tahun pertama : anatomi, physiology, biochemistry. second year anda kena belajar microbiology, pathology, forensic medicine, pharmacology. tahun ketiga, anda kena belajar medicine, surgery, pediatric,obg, psychiatric, community medicine. ok. tahun 4 pun ada lagi , ortha, orthopedic, ent. tahun 5 pun sama. tahun 5 habis degree. anda bergelar dr. oh! tak habis disitu. anda akan ada housemanship pula. masa inilah adik adik akan ditrain menjadi seorang doktor. masa ni la kalau adik adik nak kena marah. masa ni la kalau adik dibawah supervisor yang garang garang, adik akan dimalukan dengan semahu mahunya oleh bos adik adik. ok. habis 2 tahun jadi HO. adik dah jadi doktor sebenar. tak habis lagi. takkan adik adik nak jadi dr biasa sampai tua. rugi. tak kemana. adik adik akan jadi senior doktor yang gaji naik sikit sikit. sudah tentu adik adik nak jadi kaya. kena sambung belajar lagi. buat master. jadi doktor pakar. berapa lama. maybe 4 tahun. jadi doktor pakar plak. emm. bak kata belajar seumur hidup. sanggupke? kalau sanggup alhamdulillah. kalau tak nak belajar dah, jadi senior doktor biasa. jagan marah kalau adik adik dihantar kehulu kampung ok. kena redha.

Tak habis disitu. belajar tahun satu, tahun kedua lupa. belajar tahun ketiga, benda kat tahun kedua lupa. kena revise semua. sebanyak mana pelajaran yang abang kata tadi. buku huih kalau belajar kat india ni, balik malaysia boleh buat library buku perubatan yer adik adik. banyak. pergi hospital, lecturer tanya, ni kalau patient macam macam ni, apa diagnosis dia. oh tak tahu. oh lupa. oh cikgu tahun dua tak ajar. oh saya tak baca lagi. oh tak tahu. nanti dr marah. nape kamu tak belajar. semalam kamu gi shopping. saya nampak. nape tak belajar. kalau patient ni mati sebab kamu macam mana. sebb kamu tak tahu macam mana nak diagnos. apa rawatan dia kamu tak tahu. sanggup ke kena marah macam tu depan kawan kawan. depan patient. kena halau kelas sebb takleh jawab apa dr tanya. dilakukan. jangan datang kelas kalau malas membaca. oh. oh ada lagi. hari ini dapat sms. 5 minit lagi ada examination. sila datang cepat2. macamana kalau hari tu anda lupa nak bawa enset. atau enset ter off. fail la exam hari itu.

Oh. lupa nak kongsikan lagi. sanggup ke tengok darah? sanggup ke belajar anatomi dengan mayat yang dah 5 atau 6 tahun diawet. sanggup ke berbau formalin yang busuk. sanggup ke belajar dengan mayat, kaki yang dipotong, badan yang dipotong, ada tulang kering kat rumah, pergi autopsy tengok mayat bersih yang baru mati dipotong dengan mechine, dengan playar. organ organ dalaman yang dikeluarkan semacam nak kerat isi dan organ ayam. kepala yang di kerat menggunakan gergaji macam nak kerat pokok. oh macam macam adik adik akan rasai nanti

Apa nilai yang ada disebalik semua ini. seronok ke nak jadi doktor. seronok ke kena marah? kena herdik tak pandai? tak tahu nak jawab? seronok ke terpaksa berada dihospital 72 jam tak balik? seronok ke terpaksa tidur dihospital meninggalkan suami, isteri tercinta, anak anak kat rumah? orang beraya, adik adik beraya dihospitalseronok ke fail exam? seronok ke semua itu semata mata nak kejar glamour? semata mata nak dapat duit banyak? andai wang yang dicari silakan jangan lagi ingat untuk jadi seorang doktor. andai glamour yang dicari, silakan lupakanlah title doktor. tiada yang indah bukan.

Salah. ada yang lebih indah bila anda mahu menjadi seorang doktor. ada. bukan tiada.disebalik semua itu. adik adik akan mengerti. nyawa seorang manusia itu apa nilainya. adik adik akan mengerti mengapa asyik kena marah. mengapa kena baca buku. mengapa kena tahu semua benda. mengapa kena berkorban. nilai satu nyawa itu. apa perasaan andai ada patient didepan mata. kita seorang dr, tak mampu buat ape ape hanya menanti malaikat sakaratul maut datang mencabut nyawa. sedih sangat sangat. penderitaan seorang ayah yang sedang terlantar. ibu yang sedih melihat anak yang baru dilahirkan cacat. sakit. menyentuh perasaan. nenek yang tau bercerita kisah hidup. ditinggalkan anak2 kerana terlantar sakit.

Andai betul2 mahu menjadi doktor, silakan. selamat berjaya dalam perjalanan yang cukup panjang. pasti segala cubaan akan anda tempuhi. usah risau. anda pasti akan berjaya. yang penting, kukuhkan kekuatan anada. redha dengan apa yang akan anda lalui. sukar mahupun senang. selamat berjaya. lupakan kemewahan. pasti diakhirnya anda akan berjaya menjadi seorang doktor cemerlang. kemewahan dan title jua akan kunjung tiba.

selamat menempuh spm adikku.


http://akudramin.blogspot.com/



P/S:Insya'allah,jika niat kita kerana Allah..segala susah payah kita sebagai seorang doktor akan dibalas Oleh Allah suatu hari kelak.Insya'allah..



3 comments:

  1. Salam,
    Saya baca blog Shazrizal tadi.Teruk dan susah jugak nak jadi doctor ni. Tapi saya rasa lebih elok kalau Shazrizal masukkan sikit elemen2 positif buat tatapan anak2 di luar sana yg punya cita2 nak jadi doctor.

    T.Q

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya pelajar sains tulen dan bercita-cita nak jadi doktor. saya budak lepasan spm 2013. adakah begitu menderita ketika sedang belajar? adakah begitu menakutkan ketika berdepan dengan mayat ? adakah sangat ngeri?? saya ingin menghadapinya tapi saya agak takut la.. adakah ramai pelajar perubatan yang yang menyesal kerana pilih bidang ini? saya perlukan nasihat dan sokongan dari doktor... saya perlu isi borang UPU dalam masa terdekat ini... sila beri pandangan...

    ReplyDelete
  3. doktor? jika anda sanggup tinggalkan segalanya dan hanya dunia perubatan milikmu, go ahead. RM bukan segalanya. menyelamat nyawa mmg kerja kita ttp panjang dan pendek umur tlh ditentukan.. kita hanya mencuba dgn kepakaran yg kita ada. jika anda mahukan hidup warna warni DOKTOR BUKAN KERJAYA YG TEPAT. pengalaman saya belajar doktor dan bkj tak larat badan nk tanggung. bkj 4 thn shj selepas 10 tahun belajar. bidang HARTANAH lebih baik . hidup bahagia dan warna warni.

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...