Friday, December 16, 2011

Pengalaman Aku pergi Kem Procast 2 2011


Assalamualaikum..setelah lama tidak aku update blog nih..Akhirnya aku ada cerita yang aku nak kongsikan untuk korang semua..hehe..

Pada 2 disember 2011 yang lepas,aku bersama 2 orang kawan aku iaitu khairi dan azizi hendak pergi ke kursus kem Procast kat Ayer Hitam,Johor.Procast ini bermaksud..."PROGRAM CEMERLANG AKEDEMIK SAHSIAH TERPUJI".Program ni dijalankan oleh pihak NGO iaitu HALUAN.

Mula-mula memang malas aku nak pergi kem macam nih.Sebab masa tuh time hujan,time aku nak tidur sepanjang masa seperti beruang kutub yang sedang kekeyangan.HoHoOO.Tapi lama-lama hati ni memang tergerak nak pergi kem nih,Yolahhh duduk rumah bukan buat apa-apa pun.Asyik facebook,blog ngan tengok TV.Macam takde function aku duduk rumah.Baik aku ikut program nih.

Dipendekkan cerita....Aku sampai di Pusat Pertanian Ayer Hitam.Tempatnya boleh tahan rrr lawanya.Atas bukit.Nampak tasik dari atas.Then selepas tu kami daftar then solat magrib then makan-makan.Selepas tuh kami dibahagikan kumpulan..

Inilah kumpulan aku.Kumpulan Kambing Maju 2011..
Agak ngeri nama kumpulan kitaorang kan.Ya! itulah hakikatnya.Tapi lama-lama kem komanden kitaorang suruh tukar ini nama kumpulan.So kumpulan kami bernama......jeng..jeng..jeng..
"KAMI BERWAWASAN"
sedap tak,sedap tak,Sedap tak...hohOHOoo..



Kem Komanden...Abang suheil

Selepas kitaorang berkenalan..kitaorang pon tidurrrr di dorm masing-masing dengan khusyuknya..hehe..


"peeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt"

Bunyi wisel,jam menunjukkan pukul 5.00pg.Aku bangun seperti Pontianak kelaparan.Mata kuyu-kuyu lagi.Ngantuk gila masa tuh..Lepastu kitaorang pon mandi manda.Ok,aku mengaku...aku tak mandi time tuh...basuh muka saje...hohOHOHO.

Masa aku Solat subuh kat surau...aku dengarlah imam baca Al-Fatihah...Ya Allah....merdunya suara....seronoklah kalau solat macam nih.Diorang kat sana semua ada bakat jadik imam muda.Aku rasa macam aku nih tak layak nak kawan ngan diorang nih.Tapi Alhamdulillah,diorang semua sporting-sporting belaka.Aku senang kawan ngan diorang.Haswan pun ada citer sikit-sikit kat aku tentang kepandaian beliau tentang bacaan surah-surah.Kira aku ni beruntunglah dapat kawan yang macam diorang..

Selepas itu adalah ceramah-ceramah yang boleh meyakinkan aku menjadi Pemimpin Islam yang sejati.Alhamdulillah,dengan ceramah dan tunjuk ajar penceramah disana,Aku dapat yakin bila berkata-kata kat depan.hoHHOHOHOHO...

Petangnya plak.Kitaorang main bola sambil hujannnn...Syokkk habisss!!...seronok dan enjoy gila masa tuh.Yelahh..selama nih aku tak pernah mandi hujan...alih-alih,aku dapat mandi jugak hujan nihh....
Lepastu pulak aku main bola baling-baling macam orang gila..hahaha..memang Fun rr..

Lepastu pulak kitaorang disuruh membuat lakonan di atas pentas..Hahaha...memang lawak masa nih..

Sesi latihan lakonan untuk buat persembahan malam nanti..

Abang fesisilatator membantu kami.Terbaik bang..



Watak mat Rempit..

Ammar posing-posing..hehe

HAHAHAHA..ini lah lakonannya..


Kumpulan aku yang pertama buat persembahan ni.Memang nervouse gilerr.Tapi kalau nak tahu,kita semua spontan habissss masa tuh..hahaahaha.Lakonan kitaorang semua menjadi.


berikut adalah lakonan daripadakumpulan lain.

















Lepastu kitaorang balik dorm dan tidur....Kali nih aku serta 3 kawan aku tidur di tingkat atas buat sementara waktu,sebab dorm kami ada orang nak duduk.Tingkat atas tu adalah tingkat yang paling sunyi sekali.Aku nak ke tandas pun boleh meremang bulu roma aku.Hahaha...tapi aku relaks jerkk.cool~~








"peeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt"

Bunyi wisel,jam menunjukkan pukul 5.30 pagi.Kali nih betol-betol lewat.Bila aku kebawah jerk,semua orang dah pergi ke surau solat subuh.Aku apa lagi,dengan tak berus giginya,dengan tak mandi lagi,aku lari sekuat hati menuju ke surau.Alhamdulillah..sempat jugak berjemaah walaupun masbuk.kih3


Lepastu kitaorang ada wat aktiviti XPLORACE.Wahhh ini memang best lah.Siap lambung-lambung badan lagi.Ada abang feci yang "WAKENABEB"kan kitaorang.Memang panasssss jerk.hahaha..game nih memang seronok rrr..



Kitaorang berkumpul untuk melakukan aktiviti Xplorace selepas ini.





Ketawa..




Sedihh~~..



Lari-lari carik abang Feci...pandai diorang menyorok yerr~~


Lepas kita lari-lari sekuat hati,Then kita jumpa abang feci yang bernama Muzaifah.Dia suruh kita hafal Surah.Amik kau!..belit-belit lidah aku nak hafal dalam kepenatan masa lari-lari tadi.haha



Abang Feci yang bernama MUZAIFAH..muzaifah ker muzaifar ker muzdalifah?? heishh aku nih pelupa lahh nama betul dia... Apa-apa pun abang nih memang sporting.



Hafal! jangan tak hafal..



Apa yang penting,KERJASAMA!!..



Tengah sibuk mengahafal surah,Sempat lagi aku berposing depan permandangan.huhu



Ini tengah berbincang..Macam mana nak lambung sorang-sorang nih.Bukannya ringan semua budak-budak nih.Tahap anak beruang pun ada.hehe,Gurau2..
Satu-satu kami lambung..semuanya berat-berat belaka.
Risau jugak bila dioranng nak lamubung aku ni kan.Berat aku dah lah 67kg or something kan.Last2,aku yang paling tinggi diorang lambong.HAHA,...Masih ringan rupanya berat aku.hoho



KUMPULAN....
!!!"KAMI WAWASAN"!!!!



INI adalah iklan ubat nyamuk..


Selepas buat aktiviti-aktiviti sekian dan sekian,kitaorang dapatlah tempat Kedua.Cis! sungguh tidak keadilan disitu.Bak kata pepatah "seperti menatang minyak yang penuh"..
???????? apahal aku tibe-tibe ngarut nih..hahaha,Xpelah...Tempat kedua pun jadilahhhh...bak kata ketua kumpulan aku,Kibri namanya...Di cakap, "kalah sekali bukan kalah selama-lamanya"..


Lepas kitaorang makan,solat dan kemaskan diri dan sebagainya.Tibalah satu ceramah Tentang komunikasi berkesan.Ceramah ni bagus sangat.Aku rasa aku macam bersemangat nak bercakap kat depan kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..kononlah..tapi dalam hati ni memang rasa berani nak cakap depan.


Ok,lepastu kitaorang buat perbincangan tentang pertandingan Debat malam nanti.Mula-mula aku nak masuk debat nih.Tapi hati ni rasa takut-takut pulak.Yelahhh aku mana pernah masuk berdebat.Masuk sebat-sebat orang ada lah.So,aku gantikan kat kawan aku.


Malamnya pula,setiap kumpulan berdebar-debar menanti pertandingan debat berlangsung.Aku yang tak masuk ni pun dah menggigil nak tengok kumpulan aku beraksi.



Nampaknya mereka sudah bersemangat untuk beraksi debat ketika itu..








Usaha tanda kejayaan...





Aku tak tahu kenapa,aku asyik ketawa jerk bila diorang berdebat.Sampai berair mata aku dibuatnya.Diorang sebok fokus untuk berbahas...aku sebok gelak-gelakkan diorang.Mintak ampun semuaa..takde niat pun nak gelak,setan nih menghasut tak masal-masal.Dush3!! nyah ko setan!! Allahu Akhbar..!!..


Sudah penat dengan aktiviti hari tuhhh..Kami pun tidur dengan nyenyak di dorm masing-masing.
Masa kat dorm tu,aku bleh citer hantu plak ngan kawan aku,Azizi namanya..
Citer hantu bunian lahh,hantu hempap badanlahh..sampai aku tngok cermin malam-malam pun dah ngeri.haha.Lepastu dah ngantok,kitaorang tidur..KroooOOhh..krooh..kroOOhh..








"peeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt"

Bunyi wisel,jam menunjukkan pukul 5.00pg.Kali nih aku bangun dengan keadaan segar di mata,kenyang di perut.Hahaha..sebab malam tadi melantak roti Gardenia sorang-sorang tanpa menghiraukan kawan sebelah.
Selepas sebahyang subuh,then ada tazkirah yang bermanfaat untuk didengar.Lepastu kitaorang pergi dewan makan untuk Sarapan pagi.



Wah penghulu kita...makan dengan peramah.


Lepastu kitaorang ada aktiviti Khidmat Masyarakat kat kampung Melayu batu 9 atau kampung Manong.Banyaknya nama kampung tuh..tak tahu mana yang senang disebut.



Kamilah geng,geng,geng bas sekolahh.. (tiba-tiba nyanyi lagu gang bas sekolah pulak kan)






Beratur dan ikut barisan.Patuhi undang-undang sebelum naik bas.Kalau tidak anda akan didenda.



Kitaorang dalam bas menuju ke kampung Manong....





Cube teka mana aku..kalau korang dapat teka dalam masa 1 saat.Aku kasik upah basuh longkang umah aku 3 hari 3 malam.itupun kalau korang nak.hehe




Sampai jerk di kampung Manong kami semua dibawa masuk di Dewan Gerakan.Di situ kami diperkenalkan dengan Penghulu Kampong Manong serta Ajk-Ajknya.









Sebelum aktiviti..kitaorang makan dulu..







Then kami ditugaskan melakukan aktiviti yang disuruh.Peserta lelaki bersihkan kubur.Peserta Perempuan bersihkan tadika or surau tak silap aku lahh.





Bergerak ke kubur (itu pun nak citer,apalah aku ni)



Inilah keadaan kawasan kuburnya.Banyak dengan rumput-rumput.So,kerja kami,membersihkan kawasan kubur tersebut.


Berikut adalah aktiviti-aktiviti membersihkan kubur.....check it out..

















Diorang bergambar dengan Abang Feci.Ceh! tak ajak aku pun bergambar.huhu



Cabot rumput..



Fuyyooo syafiq,tak sangka kau ada bakat jadi samurai..



Cuba teka,apa yang aku pegang tuh...
Itu bukan sayur togey yerr adik-adik...itu pokok semalu.
Ada pak cik tu ajar kami cabut pokok semalu dengan betol..memang berkesan rr pak cik tu ajar.Kalau tak memang calar balar aku punya tangan dek diterkam duri pokok semalu tuhh..






Aku tak tahu yang ini bangunan apa..sape tahu sila komen di bawah ini yerr..


Selepas kitaorang lakukan aktiviti membersihkan kubur.Kitaorang diberi pulak tugasan berkumpulan.Kumpulan aku pergi kerumah Pak cik Noh.



yang belah kanan tuh pak cik Noh,yang sebelah dia tuh ofkoslah isteri dia,takkan akak dia pulakk..nama isteri dia Sharifah.
Pak cik dan Mak cik nih sangat baik orangnya.Diorang jugak sangat peramah.Masa kitaorang datang rumah dia,kitaorang terasa terharu pulak dilayan seperti tetamu VVVVVIP..memang pengalaman ni takkan aku lupakan..



khuyuk kitaorang dengor pak cik bercerita..





Lepas kitaorang menemu ramah mereka.Kitaorang terpaksa balik dengan hati yang sedih.yelahh,berbual ngan diorang macam anak ngan mak bapak.Sekejap jerk kitaorang berbual dan bergurau senda.kalau boleh nak tidur jerk kat situ.(over pulak).hehe



KENANGAN KITA BERSAMA..


Then kitaorang terus ke masjid solat zuhur.Semasa perjalanan ke masjid,kitaorang sempat bergambar,berposing-posing..






Apehal aku boleh tidur kat papan tanda tu pulakk.adoaii..



Gambar ini adalah Syaitan-syaitan yang sedang menghasut seorang manusia yang sedang sembahyang...
hehe..gurau3..


DSC00531
hihihi..terbaik rr gambar nih..


Lepas kitaorang sembahyang zuhur,kitaorang balik kat dewan gerakan tadi.Masa tuh kitaorang dijemput makan makanan yang sedap-sedap.Memang selera aku makan.






Kitaorang bergambar buat kenang-kenangannn...


Selepas itu kitaorang balik ke tempat Kursus..masa tuh aku nak tidurrr..memang penat dibuatnya..
Petangnya pulak kitaorang budak lelaki main bola kat padang.Padang dia luas seluas-luas mata memandang.Baru main sikit aku dah penat berlari.huhuhu..


Malamnya pula,ada kuliah Magrib..Kuliah yang bertajuk "Berhemah Tinggi"
memang aku banyak dapat ilmu dari ceramah tuh.


Selepas tu pulak kitaorang disuruh membuat perbentangan tentang aktiviti khidmat masyarakat yang telah kami buat..

















Sampai lewat malam kami berbincang.Then ada lagi aktiviti lepas makan malam.Aktiviti selepas 12.00 malam..
Muhasabah diri..
Rasa insaf pulak aku tengok Kehidupan rakyat Somalia,kita kat sini senang lenang jerk.
Kat sana masok hospital sebab tak makan.,Kita kat sini masok hospital sebab terlebih makan..
Lepastu Kem Komanden nasihatkan kitaorang dengan nada yang tinggi.supaya kita beringat-ingat.Memang insaflah masa tuhh..terima kasih kem kom..


Lepastu kami masok tidur.ini malam yang last..sedih rasanya nak meninggalkan tempat nih.Nak tak nak,aku terpaksa akurr..lepastu aku tidurr..





"peeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt"

Bunyi wisel,jam menunjukkan pukul 5.00pg.Kitaorang mandi2 dan terus sembahyang subuh..
Lepastu masok dewan dengar ceramah dan pergi sarapan..


Lepastu ada majlis penutup.Masa tu haswan mengaji Al-quran..Sungguh merdu..best sangat aku dengar..
Lepastu kitaorang salam bersalaman tanda ucap selamat tinggal..
Mungkin masa tuh aku senyum,tapi dalam hati rasa sedih yang amat nak tinggalkan kawan-kaawan.



















Itulah titik terakhir kem Procast berlansung..Rasa sedih di hati memang terpampar di mata peserta..


aku ingat lagi..


"Satu hatiiii....satu jiwa.....procast 2..Takbir!!.. Allahu Akhbar!!"


dan lagu ini..






Kesimpulan:Aku dapat banyak ilmu dalam kem ini.Ceramah dan motivasi yang dibentangkan akan ku genggam di hati.Dan pengalaman kem ini takkan kulupakan sampai bila-bila..Takbir!!! ...ALLAHUAKHBAR!!!


P/S:Kalau ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan apa yang aku tulis dalam blog nih.aku mintak maaf.Maklumlah...aku nih nampak jerk pendiam..tapi bila menaip,kalah Wartawan TV3.hii



9 comments:

  1. Macam best jerk kem die..,bdk prempuan pown..,pkai bju lelabuh..,adooii..,nk join2..,
    hehe..,

    ReplyDelete
  2. Wow..seronoknya adik pergi kem.Akak tak pernah pergi kem masa akak sekolah dulu.Rasa rugi tak join..hurmmm

    ReplyDelete
  3. hahaha.bestlah cerita ko nih...ko nih tak abes-abes pergi kem..haha.. untung jerk ko..

    ReplyDelete
  4. sepanjang 18 tahun aku hidup kat kluang nih,tak pernah pulak aku dengar kampung melayu batu 9??...

    ReplyDelete
  5. @Amin Naizar Kalau aku tahu kem nih sape2 boleh ikut..memang aku ajak kau min..

    ReplyDelete
  6. @Fatimah sweet Memang best kak...pengalaman manis time sekolah tuh penting kak..

    ReplyDelete
  7. @Adam alahhh..kau dah pergi kem fizik tu,bolehlahh..kira untunglah jugak daripada takde kann..

    ReplyDelete
  8. @Hati salju ini daerah ayer hitam fezal oiiii..ko duduk kluang memang rr tak penah dengor..

    ReplyDelete
  9. assalmualaikum adik peserta procast..tahniah akak ucapkan sbb adik telah dipilih oleh Allah tok menyertai kem ni......akak juga mcm adik dlu,,selalu join kem..dri form1 - form5 akak join..then pas spm plak akak join JDK....subhanallah...cume tuhan je yg tau keseronokan dan manfaat sertai kem2 tersebut..tahniah sekali lagi akak ucapkan ye..btw all the best for ur SPM k...buat yg terbaik kerana Allah......akak pun rindu nak join kem..huhuhu....

    p/s:abg feci tu bukan nama dia muzaifah..tp HUZAIFAH ... :)

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...