Sunday, November 20, 2011

Kem lagi...Kali ini lain daripada yang lain


Assalamualaikum..
Pada 15/11/2011,aku ada kem kat sungai Rambai,Parit Penghulu Melaka,Masok ni aku dah 2 kali pergi kat sana,Yang pertama klik kat sini > Kem Fizik
muahahahaha..

Pehhh memang aku ni tak abis-abis pergi kem tahun ni.masok ni dah 5 kali aku pergi kem.Mak Bapak aku pun dah jemu dengan aku yang tak abis-abis pergi kem luar.Ya! aku pun dah jemu..'

ok..aku malas nak citer panjang-panjang..Berikut adalah point-point pengalaman aku yang aku patut share kat korang.Check it out yo!!..


*masa kat sana,aku tengok semua orang muka gangster-gangster,Ada yang warnakan rambut dia dan macam -macam lagi..

*Pada masa itu,barulah aku tahu yang kem itu untuk budak-budak yang bermasalah..aku yang tak bermasalah ni turut terlibat dalam dalam kem tersebut.No Girl  kat kem tersebut.Hanya Lelaki.

*Pada waktu malam,diorang semua bising-bising sampai kepala otak aku susah  nak tidur.Di samping hati aku memaki budak-budak tersebut sebab kacau aku nak tido.hehe

*Ada cikgu kaunseling iaitu mak angkat kepada kumpulan aku telah menemu ramah kami semua.Dalam kumpulan aku tersebut,Kami diminta bercakap benar tentang masalah kami di sekolah..

*Perbincangan tersebut menyebabkan aku terkaku sebentar,Sebab ada di dalam kumpulan aku pernah melakukan kesalahan besar iaitu buat dapur ganja.Ada yang ponteng sekolah berbulan-bulan dan ada yang menjual rokok di sekolah.Dan yang paling penting,dalam kumpulan aku ada yang Anti pada Pengawas Sekolah,Asal nampak pengawas jerkk dia pasti nak belasah..Nasib baik aku rahsiakan diri aku sebagai pengawas.

*Ada jugak pelajar kat sana pernah dipenjarakan sebab pergaduhan sesama kaum.Bila dia ceritakan pengalamannya..Sungguh menginsafkan..

*Walaupun diorang semua pelajar yang bermasalah,tapi aku selesa berkawan dengan diorang,diorang sangat sporting dan dengar cakap.Cool kan.Memang pengalamn ni takkan aku lupakan.

*Aktiviti di sana macam ala-ala kampung.Sungguh mengotorkan dan seronok.Aku dan kumpulan aku terpaksa berguling-guling kat tanah lumpur yang busuk.errrr,..Dan kami juga melakukan aktiviti mengutip getah.sangat cool..

*Aktiviti tengah malam pulak...kami terpaksa jalan sorang sorang di waktu malam di tengah huta pulak tu.Aku boleh sesat dalam hutan!!! memang mengigil aku dibuatnya.Dalam kepala otak aku pikir macam-macam masa tu..pikir poconglahh..pikir langsuirlah..sangat suspen masa tu.Lepastu ada abang tu bawak kami kat kubur lama..lepastu dia suruh kita baca mambang apa jadah tah!..memang seram jalan sorang-sorang kat sana..


*Ceramah kat sana sangat menyeronokkan dan menginsafkan.Aku suka ceramah kat sana.Sangat bermanfaat dan beguna,Tak mengantok pon ceramah kat sana.Dan tak rugi kalau kita mnedengar...Boleh jadi orang baik tau!!

*Akhir sekali,aku merasakan kem tersebut menginsafkan dan aku sangat enjoy terhadap kem tersebut.Terima kasih cikgu aku sebab beri aku pengalaman yang macam tu.Alhamdulillaah..


P/S:sorry rr takde gambar nak letak.sebab takut kamera aku dicuri..muahaha



No comments:

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...