Monday, November 28, 2011

Apsal semua Orang disampok Hantu K-PoP ni!!


Ok..aku mengaku..Sekarang ni memang aku dilanda wabak Demam K-pOp tahap satu.Bermakna aku kadang-kadang suka,kadang-kadang tak suka.
Macam mana aku boleh kena wabak Demam K-PoP ni??


Dulu memang aku menyampah dengan K-PoP ni.Poyos gilerr..Dengan rambut serabut mcam bapak dia tak ajor sikat Rambut skema macam aku.Lepastu muka lelaki korea ni cun2 macam perempuan.Bahkan ada yang buat gaya comel macam kewanitaan gitu.Geli seyy..Yang aku pelik,Perempuan suka tengok lelaki macam tu.Dengan alasan.. "He sooOOOo Cute"

"Antara Lelaki Korea Yang cute Yang sesuai untuk melakonkan Watak Lampin Bayi Pet Pet"

Lepastu pulak..
Bapak aku mula pasang Astro..
Bila dah pasang Astro..mulalah banyak drama-drama luar negara yang dapat aku tengok.Sampailah satu drama Korea yang menjadi pilihan hati aku..

"Yuhee The Witch"
Korang tahu tak?? betapa minatnya aku terhadap drama ini sampai aku download kesemua episode drama ni.Drama ini sangat lucu dan saiko.Memang best arr..

Lepastu aku dah mula terjebak dengan Drama Korea.Antaranya My Girl,Boys Over Flowers,My Lovely Kim Sam Soon,Oh! my Lady,Princees Hour,Cofee Prince.Itulah drama yang aku tengok full episode!!

Semakin Lama..semakin ramai yang menyukai Artis Korea ni..Termasoklah kawan-kawan aku terutama sekali yang Ladies.
Lepastukan,Ada kawan aku tu kan.Suruh Aku dengar Lagu K-Pop ni.

Gee..tajuk lagu ni.Kumpulan SnSd yang nyanyi
Lagu ni dah lah gedik nak mampoz!!
tapi lama kelamaan..aku mula suka lagu ni dan mendengarnya banyak kali..What The Fish!! lagu gedik macam ni aku boleh suka!!

Lepastu aku mulalah bukak youtube..
Tengok video-video K-pOp nie..
Yang Paling Aku suka Aksi Tarian K-pop ni kan..
Kumpulan Beast-Shock

Memang cool dan hebat Tarian diorang ni..


Lepastu mulalah Era K-pOp dalam HidOp aku..

3 hero K-Pop Pujaan Aku


2 orang Ah Moy Korea ni Girlfriend aku.Tak payah nak gosip2 lagi selepas ini ok..

Sekarang ni aku tengah dengar lagu Beast..Fiction..best wooOOO..hehe.Tu lahhh dulu mengutuk.Sekarang kan dah terjebak penyakit K-PoP ni..Pada muka Aku!!blurrr




14 comments:

  1. haha..2la orang tua2 dulu ada cakap..kalau tak suka jgn xsuka sgt..amik kaw!!skrg bkn men retis lg dia dgn korea..

    ReplyDelete
  2. betul la..adik sya yg macam takde perasaan tu pun minat kpop

    ReplyDelete
  3. Wahaha..,nsb baek aq x minat lagie..,tpi x nk kutux arr..,nanti jdi macam org 2'..,hehe

    ReplyDelete
  4. kurang berminat lah dengan K-POK....ni.. A-POP minat lah...hihihi

    ReplyDelete
  5. @Mohamad Saufi bin Othmanapa yang good?? aku tengah demam ko boleh kata good.LoL

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...