Thursday, October 20, 2011

Cerita Aku, Kem Di Perlis (Truly Fun)

Salam,huuuuuu sudah lama aku tak update blog aku nie,kira-kira seminggu aku update blog dan berfacebook,
Selama seminggu ni,aku bersama 3 orang rakan aku ada kem kat perlis.Seperti biasa,bila aku dapat tawaran yang macam ni,aku berasa seronok giler-giler.

Dipendekkan cerita,Kitaorang di bawa dulu ke Pusat Koko Johor Bharu (Kem Tasik)..Di sana kitaorang berjumpa dengan bebrapa pelajar dari seluruh daerah Johor.Then masa tu lah kami dapat kawan-kawan baru..

Aktiviti Di Johor Bharu


Belajar Tarian 1 malaysia...(aku tak termasuk)



Flying Fox
gila best rr main game ni..rasa gerun pon ada jugak time tengok bawah..tinggiiiiii


Berkayak
ini aku cukup menyampah,sebab time aku nak berkayak,hujan turun...panas hati aku dibuatnya..grrrrr



Abseiling.
pehhhh gambar nampak gempak jerk kan, tapi kitaorg naik pakai dinding tiruan jerk..hehe

Dan yang lain-lain tu malas nak tulis,aku nak tulis pasal kat perlis jerkk..

Ok..pergi ke Perlis ni sangat seronok gila.Dari naik bas pukul 9 malam sampai Perlis 10 pagi.Gila kebas bontot aku ni..hahaha..Tiba kat sana aku ada nampak macam orang.Orang Kelantan ada,Serawak Sabah ada,Baba nyonya pon ada.Dekat situ yang paling aku tak paham cakap diorang ialah percakapan orang Kelantan ngan Terengganu.Adoooaiii..Ada member aku dari terengganu ajak berbual ngan aku,dia cakap punyalah lama,tapi satu apa pon aku tak paham..muahahaha..

Dekat sana pulak kami ada lawatan ke tempat-tempat menarik kat Perlis.Tempat pertama yang aku lawat ialah...


ermmm///aku ni bukan suka sangat pergi muzium ni sume...so aku kat sana boring jerkk tengok-tengok.Kalau muzium hantu tu,aku minatlah sikit-sikit...

Then kami pergi ke Tasik Melati.


Kumpulan Merah..
Kat tasik nie...aku penat sangat..so aku duduk dan termenung kat tepi tasik,terbayangkan ada ikan jerung yang keluar dari tasik tersebut..

Then kitaorang Pergi Shopping katt Padang Besar...


Aku beli anak harimau...korang ada!! kih3...


Kawan aku yang terlebih gedik..kih3...pegang jerk teddy bear tuuuu..beli tak ponnn...



Berposing dengan Cermin Mata RM10.00 (tibe2 aku nak sebot harga kih3)


Terbaik...


Sukar Hatiku melepaskan dirimu..oh kasihhhh..cehhhhh nak jiwang plakk..

korang tahu tak,masa aku beli seluar kat satu kedai tu kan,mak cik kedai tu cakap,harga RM25 dia kasik aku RM15 sebab aku tawar menawar....punyalah gumbira hati aku ni..dalam hati ni cakap "uuuuu syoknya dapat harga murah"..Then lepas aku balik bas jerk,Kawan aku beli seluar di kedai yang sama dengan harga RM10..Cilakak punya mak cik..grrrrr..tapi aku amik iktibar ini dan bila balik rumah aku nak berguru dengan Mak aku yang Pandai tawar menawar..huhu

Then kitaorang Balik tempat kem dan buat persiapan untuk Malam.

Pada malm tersebut,kawan-kawan aku dari Johor telah mendapat masuk final dalam Tarian 1 malaysia..gila syokkk rrrr..suka gilerrr

berikut adalah gambar2 sepanjang pertandingan itu berlangsung..








 



Pada keesokkan paginya pulak..aku ada buat aktiviti yang best seperti Oreintering,Climb wall dan Berbasikal.

Climb Wall..

alahhhh...climb wall ni senang jerkkk..ko panjat then turon..apa susah,tapi yang bengongnya,...aku tak dapat naik sampai ke atas..muahahahaha..tangan lengo!!..


Berbasikal...eh,ni basikal kerw??? salah3..kat bawah ni baru betoiiii..
v
v
v

best tau naik basikal...maksud aku..comboy berbasikal..memang syokkk..boleh tengok permandangan seluruh perlis.Ada bukit laa-lawa..ada padi,pokok bla.bla.bla.bla.bla.bla sampai besok pon tak habis kalau citer dalam nie..




Then kitaorang pergi Orientering..


Aktiviti nie memang penat giler babi..boleh kuros Adibah Noor kalau dia lakukan aktiviti ni.oleh kerana nak kejar masa,kami terpaksa berlari macam kene kejo anjing.Tapi memang Fun lah game nie..


Pada keesokkan harinya.Aku pergi ke gua Kelam..Best wooooOOOOOooOOoOOOO







Gua Kelam ni sangat cantik yoooo!!..
aku macam tak caye jerkk masok tempat-tempat macam nie secara percuma..PERCUMA OK!!!

then kita Main Paint Ball..
first time aku main Game nie..memang gila seronok....seronok habiss!! main perang2..duh3
budak lain kene tembak.Aku makan Penembak..muahahaha!!


Kenapalahhhhh cikgu Masok kumpulan lain..Kalau tak, boleh lahh dia amik gambo aku pakai Mask tu..nguwaaaa...kkamera aku pulak abis bateri.damn!!

Korang pernah Mendulang bijih Timah..Aku pernahhhhHHHHh..jangan jeles,,




Pada keesokkan harinya...kami semua pon balik Johor....sungguh sedih meninggalkan Perlis Indera Kayangan.Rasa nak kawin jerk orang kat sana.!!!.(ehem-ehem)...!!!huhu

Lepas kami balik Johor.Masing-masing Berposing Dengan Kamera untuk buat kenang-kenangan..



 






Cube korang tengok lelaki yang pakai baju biru kat tengah-tengah tu..Gedik seyyyy rudy nie..

Ok sampai disitu saja..malas nak tulis banyak2...terima kasih kepad Facebook kawan-kawan semua yerr..Tanpa korang takdelah gamba-gamba yang aku nak tarok nie..hehe..



!!BYE!!!

No comments:

Post a Comment

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...