Saturday, August 27, 2011

Ulat Dan Trauma


Kalau bagi perempuan,kita sudah biasa dengan telatah mereka apabila terserempak dengan ulat,
asal jumpa ulat, mulalah diorang tergedik-gedik,terkinja-kinja sebab takut dengan ulat tersebut.. 
"OMG,OMG,OMG ulatttt!!!!!"
Ade jugak bila perempuan tu terserempak ulat depan mata,dia terus tergamam macam nampak setan pocong kat depan dia..melatah sana,terloncat sini.Bila nampak lipas or tikus, itulah time diorang berposing kat atas meja sambil memegang penyapu.

Itu cerita perempuan.
Ini pulak cerita aku..

Pada suatu hari yang tenang,di malam yang sungguh sunyi..
aku menonton cerita filem Indonesia yang menyakitkan hati,jiwa dan otak..
Tiba-tiba tengah aku syok menonton TV..
Ada satu binatang yang secara tiba-tiba terjatuh kat tangan aku..
"OH!! Pa**** mak kau!!" (sorry,...aku tak sengaja cakap ok..)
Sekali aku pandang binatang tu,aku terus terlompat katak,.....terkejut aku dohhhh,
dah lah bende binatang tu warna hitam,berkilat macam helmet bapak aku..seram dan menakutkan,perhhhh rupa-rupanya kumbang tanduk..
Celaka ko Kumbang tanduk,..takde tempat lain ke nak landing ha!!..kat tangan aku jugak..
nasib baik aku tak makan biskut cap ping pong,kalau tak, aku dah pengsan tercekik biskut.
errrrr....



KATAKAN " I TAK TAKUT PADA KUMBANG"

ni lah kumbang yang menyerang kat umah aku...



6 comments:

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...