Sunday, August 28, 2011

Kenapa aku nak jadi doktor




acececehhh sebelum tulis entry, buat demo gambar aku bila jadik doktor..hehe..cun tak?? cun tak??


ok..
Buat pengetahuan korang,aku memang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang Doktor.Aku ingin menjadi Doktor Gigi,Doktor Mata,ataupun Doktor Pakar Nutrisi.Kenapa aku suka menjadi kerjaya tersebut sebab aku sukakan subjek Biology..Subjek biology ni memang sukar dan susah kerana banyak kene hafal dan banyak kene faham satu persatu struktur tertentu.Kalau satu tak paham semua habiss..Tapi tak mengapa, guru anda sanggup membantu anda,kalau tak paham tu korang tanyalah kepada guru-guru anda.Mereka bukanlah kedekut ilmu,dah mereka kerja dia bagi ilmu kann..


Tentang Subjek kimia pulak,aku sebenarnya suka dengan subjek kimia ni,tapi aku melebihkan subjek Biology.Kata pelajar-pelajar yang lain subjek kimia sangat senang dan sangat kacang goreng,petik jari dah siap.confirm dapat A kononnya.Tapi aku..menganggap subjek kimia tu sangat susah.Memang cikgu aku ajar subjek kimia, 99.8% aku faham.Tapi bila balik rumah semua yang diajar sudah hilang.So aku berpesan kepada semua pelajar-pelajar yang diluar sana,selepas guru Kimia korang habis mengajar.Kita terus ulangkaji pelajaran yang cikgu ajar tadi kalau ada masa lapang.Confirm apa yang diajar itu masih segar di ingatan.Tapi buat bersungguh-sungguh.


Subjek Fizik pulak.ermmmmm~~
Nak kata paham,aku tak paham.Nak kata tak paham,Aku paham.
Fizik ni korang kene banyak bertanya pada cikgulah,itulah perkara yang paling penting.
Bagi aku,aku tak dapat lagi kuasai lagi subjek Fizik ni..errrr pening-pening

Buat pengetahuan korang......pada zaman beratus-ratus ribu dahulu,mereka menggunakan konsep fizik untuk membina bangunan,perubatan dan lain-lain.

Berbalik kepada tajuk entry aku,Kenapa aku nak jadi doktor??

  1. Aku ingin membantu masyarakat.Kalau ada masyarakat yang sakit atau memerlukan nasihat kesihatan,aku akan datang membantu beliau.Aku sukakan kanak-kanak dan sayangkan orang tua.Walaupun aku ni nampak macam gila-gila,tapi sebenarnya aku ini seorang yang penyayang..huhuhu.
  2. Kerjaya yang bagus.Menjadi doktor memang kerja yang bagus.Membantu orang ramai dan menyelamatkan nyawa orang ramai dengan bantuan Ilahi.
  3. Mak aku suka.Hari tu aku ada cakap kat mak aku yang aku suka  nak jadi Doktor.Aku tengk mak aku macam happy jerk..so,kata-kata ibu mesti dipatuhi,kadang-kadang kata-kata mereka adalah satu doa,apa lagi rebutlah peluang itu..
  4. Suka menimba pengalaman.Aku memang suka perkara yang baru.Cuba suatu hari nanti aku terpaksa bedah PERDANA MENTERI contohnya..kan pengalaman yang tidak dilupakan begitu.
  5. Aku suka Subjek Sain tulen.Buat masa sekarang memang aku lemah kepada subjek-subjek tersebut.Tapi aku takkan menyerah.Jiwa aku Jiwa Api.bukan nafsu api eh..hehehe.Aku akan berusaha bersungguh-sungguh!!
  6. Minat itu penting.Ya! aku memang minat giler-giler nak jadik doktor ni..korang semua yang baik hati.Sokong lah saya ok..

Panjang lebarlah pulak entry aku kali ni.yelahh bercakap tentang perkara yang kita minat,memanglah panjang kita berleter kan.. 
apa-apa pun..
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!
besok dah raya..nak rebus ketupat.....







5 comments:

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...